Nyum..nyum..nyum.. lama betul tak makan menu ni. Walaupun layan sensorang, boleh bertambah..hehehe. Menu ni saya ikut resepi yg disediakan di luar tin cuma tambah bawang putih dan bawang besar jer. Tengok resepi yok ;)
Bahan-bahan :)
100gm fettucini
1 tin sos carbonara - saya guna jenama Prego
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 cawan isi ayam
1 tin air - gunakan tin yg sama
3 helai daun basil
5 kuntum cendawan butang - dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil blackpepper
2 sudu besar minyak zaitun
Cheese powder - untuk extra sedap dan extra kalori :)
Garam
Cara-cara ;
1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
2. Gaulakan isi ayam dengan sedikit garam dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan cendawan.
4. Masukkan pula sos carbonara dan air dan dikacau rata. Masak hinggan kuah pekat. Masukkan mixed herbs dan perasakan dengan garam.
5. Tuangkan sos carbonara ke atas fettucini dan letakkan isi ayam ,cheese powder dan blackpepper.
No comments:
Post a Comment