Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, April 17, 2012

RAISIN PASTRY


Uiiiii bahaya makan benda ni, tak boleh nak berhenti !!! Dah la comel macam siput rasanya yang masin, manis dan rangup buat kita leka mengunyah. Sambil2 tengok tv pun boleh buat raisin pastry ni. Sebungkus pastri menghasilkan 60 biji dan boleh disimpan agak lama jika disimpan dalam bekas kedap udara. Jom skodeng resepi sedap dan mudah ni :)

Bahan-bahan :)
10 keping pasti 4" x 4" - jenama Kawan
Kismis secukupnya
Mentega
Gula Perang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Sapukan mentega pada pastry, taburkan gula perang dan kismis.
3. Gulung pastry (seperti gulungan kuih ketayap) dan tekan dengan garfu pada hujung pastry tadi hingga melekat.
4. Potong pada 6 bahagian dan susun diatas dulang pembakar yang telah digris dan dialas.
(sila alas dulang pembakar untuk mengelakkan pastry melekat dan pecah apabila dikeluarkan)
5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...