Click jer klau ada iklan :)

Thursday, March 3, 2011

SAMOSA

Sedap tau samosa ni. Resepi intinya amik kat jiran depan rumah yg jual kuih ni masa bulan puasa jerk.
Tapi biasala resepi orang lama2 ni mana ada sukatan, semua main agak2. Jadi saya buat sukatan sendiri dan bagi rasa kat tuan resepi. Dia kata sedap! Senyum sampai telinga :) Kalau ikutkan resepi asal, kena gunakan sayur campur yg dalam peket tu, tapi x de stok, jadi saya gunakana jagung dalam tin dan carrot yg dipotong sendiri jer. Jom kita tengok resepi ni ;

Bahan-bahan
Kulit popia secukupnya
2 cawan kentang - potong dadu
2 cawan jagung - potong dadu
2 cawan carrot - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 bungkus kecil serbuk kari
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
7 tangkai cili kering *
1/2 inci halia *
1sb lada sulah
Garam
Gula
Minyak

Cara- cara :
1. Kisar bahan bertanda * dan tumis bersama serbuk kari hingga pecah minyak.
2. Masukkan kentang, carrot dan jagung. Masak hingga kentang lembut.
(boleh tambah sedikit air jika kentang lambat empuk)
3. Masukkan lada sulah, garam dan gula.
4. Masak hingga inti agak kering. Biarkan sejuk seketika.
5. Gulung inti  dalam kulit popia yg telah dipotong 3 (gunakan kulit popia yg besar).
6. Gunakan telur utk lekatkan hujung kulit popia.
7. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
(boleh juga disimpan untuk buat frozen food)

Sedap :)

Wednesday, March 2, 2011

CONDENSED MILK POUND CAKE

Mmm sedapnya kek ni...Resepinya saya kapooo kat rumah Cik Mat . Kalau ikut resepi asal kena bakar 50 minti hingga 1 jam, tapi saya bakar 1 jam 20 minit baru masak. Mungkin pasal ada susu pekat manis kut..sbb bila cucuk lidi ada susu lekat kat lidi tu. Apapun kek ni mmg sedap dah bahan-bahannya mudah.
Tengok resepi yokkk

Bahan-bahan :

120 gram mentega berkualiti tinggi
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla
2 sb kuaci tembikai - sendiri letak

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.

3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.

4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.

5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

Walllllaaahhh :)

Tuesday, March 1, 2011

IKAN MASIN CILI API

Menu pembuka selera. Layan menu ni dgn nasi goreng. Mmmm x toleh kiri dan kanan. Masa perah asam limau, bau dia...buat kecur ayaq liuq..huhuhu. Mmm nti korang cuba la sendiri ya. Resepi ni amik kat buku Masakan Thai yg saya beli aritu. Jom layan resepi lak;

Bahan -bahan
2 keping ikan tenggiri masin - saya guna ikan kurau masin
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
8 biji cili api - dipotong nipis (sila kurangkan - sgt pedas)
1 tangkai daun saderi - x letak pun
2 biji limau nipis - saya guna 1 jer
1 sb minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga garing bersama bawang besar dan daun saderi.
2. Masukkan cili api. Kacau lagi.
3. Akhir sekali, perah jus limau, kacau rata dan angkat.

Sedappppp :)

Monday, February 28, 2011

POPIA JEJARI KETAM

Menu minum petang weekend lepas. Senang jer nak membuatnya sampai habis 1 bungkus kulit popia saya kerjakan. Goreng 1/2 dozen, selebihnya saya simpan untuk buat frozen. Kalau tetamu datang, tinggal goreng jerk. Klau nak buat rfozen, rasanya x perlu la kita letakkan sayur. Cuma letakkan jejari ketam dah memadai.
Layan resepi jommm :)

Bahan-bahan :
50 keping kulit popia
50 jejari ketam
1 biji telur - utk lekatkan
Lada sulah - optional

Cara-cara :
1. Biarkan kulit popia dan jejari ketam pada suhu bilik.
2. Letakkan jejari ketam atas kulit popia, taburkan sedikit lada sulah.
3. Gulung kemas dan lekatkan dengan telur di penghujungnya.
4. Buat hingga habis.
5. Goreng popia hingga kekuningan dengan api perlahan.
6. Enak dimakan dengan sos pilihan.

Senang dan sedap :)

Sunday, February 27, 2011

TAUHU TIDAK MASAM

Bagi mengelakkan tauhu daripada berbau masam, bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Kemudian, sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, bilas semula tauhu tersebut.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 26, 2011

BAWANG GORENG LEBIH RANGUP

Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih rangup, selepas bawang kecil dimayang, taburkan sedikit tepung gandum dan garam. Kemudian, goreng seperti biasa. Hasilnya bawang yang digoreng bukan saja rangup tetapi juga kekuningan dan tahan lebih lama.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Friday, February 25, 2011

PULUT PANGGANG

Antara kuih kegemaran saya ~ Pulut Panggang. Kuih ni saya panggang kat dlm oven jerk.Resepi amik kat Saji Online. Kalau kawan2 nak cuba, rasanya lebih sedap kalau pulut dikukus dgn sedikit santan, baru la terasa lemaknya. Apapun jom kita tengok resepi :-

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut - saya gunakan 600gn jerk
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang
Lidi
Air
Garam

Cara-cara :
1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6. Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
7. Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. Panggang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...