SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Sumber; Email (Terima Kasih En Mohd Reza)
Click jer klau ada iklan :)
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
NASI LEMAK VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Salam Rabu....
Diam x diam, lagi 10 hari nak melangkah ke tahun baru. Sekejap jer kan? Usia pun bertambah lagi...Azam pun belum tercapai lagi ni :(. Apapun usaha tetap usaha, semoga kejayaan tetap milik kita biarpun pelbagai halangan dan dugaan mendatang. InsyaAllah. Mmm arini nak share resepi kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, tapi saya buat untuk makan malam :). Masa memula melangkah ke KL ni, rasa pelik bila tengok org makan nasi lemak waktu malam, sbb msa kat kampung dulu nasi lemak boleh didapati pada watu pagi saja, lama2 mcm dah terbiasa, klau x dpt waktu sarapan, blh mkan waktu malam :) Resepi ni sendiri punya..kita x sensitif sukatan pun...kurang lebih pun ok jer...
Bahan -bahan :)
2 cawan beras 1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 inci halia - dihiris
2 biji bunga lawang - optional - utk wangi
secubit garam
Bahan untuk sambal :)
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam gelugor
1/2 cawan ikan bilis - basuh, toskan dan goreng hingga garing
1 keping asam gelugor
Minyak
Garam
Gula
(boleh juga letak sedikit belacan - jika suka)
Hiasan
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Kacang goreng
Timun - x letak
Cara-cara:
1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2.Untuk Sambal - Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, tumis cili dan bahan kisar hingga sedikit garing dan pecah minyak.
4. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dipotong bulat.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
6. Akhir sekali gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Tuesday, December 20, 2011
AYAM MASAK KERUTUK ADABI
Salam semuaaaa...
Harini nak share resepi yg saya masak weken aritu. Dulu pernah gak cuba resepi kerutuk ni tapi masak dengan daging dan resepinya amik kat MyResepi. Kali ni masak ayam dan guna pula resepi yg ada kat bungkusan rempah. Memang x menghampakan. Jom kita tengok resepi...
Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam (anggaran berat 500gm)
28gm serbuk Kerutuk Adabi
200ml @ 1 cawan minyak masak
50gm @ 2 sb kerisik
300ml @ 1 1/2 cwn santan
2 batang serai - ditumbuk
5gm @ 1 sudu teh gula merah - saya guna gula perang
1 sudu besar asam jawa
2 1/2 cawan @ 500ml air
Bahan A
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan B
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara-cara ;
1. Kisar bahan kisar A dan B secara berasingan. Ketepikan.
2. Bancuh rempah kerutuk Adabi dgn bahan kisar A dgn sedikit air utk dijadikan pes.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai.
4. Setelah wangi masuk bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak. Tumis selama 10-15 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat, asam jawa, air, gula merah dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah pekat.
7. Sedia untuk dihidang :)
Harini nak share resepi yg saya masak weken aritu. Dulu pernah gak cuba resepi kerutuk ni tapi masak dengan daging dan resepinya amik kat MyResepi. Kali ni masak ayam dan guna pula resepi yg ada kat bungkusan rempah. Memang x menghampakan. Jom kita tengok resepi...
Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam (anggaran berat 500gm)
28gm serbuk Kerutuk Adabi
200ml @ 1 cawan minyak masak
50gm @ 2 sb kerisik
300ml @ 1 1/2 cwn santan
2 batang serai - ditumbuk
5gm @ 1 sudu teh gula merah - saya guna gula perang
1 sudu besar asam jawa
2 1/2 cawan @ 500ml air
Bahan A
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan B
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara-cara ;
1. Kisar bahan kisar A dan B secara berasingan. Ketepikan.
2. Bancuh rempah kerutuk Adabi dgn bahan kisar A dgn sedikit air utk dijadikan pes.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai.
4. Setelah wangi masuk bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak. Tumis selama 10-15 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat, asam jawa, air, gula merah dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah pekat.
7. Sedia untuk dihidang :)
Monday, December 19, 2011
PAJERI NENAS
Tetiba jer en asben request pajeri nenas. Dah lama x mkn katanya. Alahai...saya bkn x nak buat tapi kalau buat tu mmg ssh skt nak capai standard yg diharapkan. Dah kata teringin, usahakan juga w'pun dapat komen kurang memuaskan. X pe nti cuba dan belajar lagi ya. Kali ni cuba resepi yg diambil dari suratkhabar dan tambah sedikit resepi mak...
Bahan-bahan :)
1 biji nenas - anggran berat 600gm
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
60gm kerisik
1 liter santan
60gm udang kering
3gm kulit kayu manis
2gm bunga lawang
2gm bunga cengkih
150gm serbuk kari - dicampur dgn air
5 sb minyak
2sb cili kisar - sendiri letak
Gula
Garam
Cara-cara:
1. Bersihkan nenas dan potong kira2 2" nipisnya.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk kari dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
4. Tuangkan santan kelapa. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nenas dan kerisik.
6. Tambah gula dan garam secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah pekat.
Bahan-bahan :)
1 biji nenas - anggran berat 600gm
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
60gm kerisik
1 liter santan
60gm udang kering
3gm kulit kayu manis
2gm bunga lawang
2gm bunga cengkih
150gm serbuk kari - dicampur dgn air
5 sb minyak
2sb cili kisar - sendiri letak
Gula
Garam
Cara-cara:
1. Bersihkan nenas dan potong kira2 2" nipisnya.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk kari dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
4. Tuangkan santan kelapa. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nenas dan kerisik.
6. Tambah gula dan garam secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah pekat.
Friday, December 16, 2011
CARA KUPAS BUAH DELIMA
Salam :)
Tertarik dgn email dr En Rozlan (rakan sekerja). Terima Kasih Lan sbb slalu bg email yg best. Saja nak share dengan semua. Harap2 bermanafaat :)
Thursday, December 15, 2011
CHEESE CAKE
Salam...
Ni la Cheese Cake saya yg pertama :). Buat guna resepi paling mudah sekali. Resepi ni amik kat My Resepi..terima kasih ya pada tuan punya resepi. Oleh sebab rasa dia yg agak plain, saya tambahkan strawbery filling kat atas tu. Jom tengok resepi :)
Bahan-bahan (18 cm)
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt - saya guna plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Ni la Cheese Cake saya yg pertama :). Buat guna resepi paling mudah sekali. Resepi ni amik kat My Resepi..terima kasih ya pada tuan punya resepi. Oleh sebab rasa dia yg agak plain, saya tambahkan strawbery filling kat atas tu. Jom tengok resepi :)
Bahan-bahan (18 cm)
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt - saya guna plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Jemput makan :)
Wednesday, December 7, 2011
HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING LAGI
Kek Carrot lagi :) Kali ni saya edit sedikit resepi sebelum ni. Kurangkan sukatan serbuk kayu manis tetapi lebihkan sukatan lobak dan cream cheese toping. Hasilnya kek menjadi lebih lemak tapi lebih kalori...hehehe. Saya lebih sukakan rasa kek edisi ke 2 ni, sebab rasa kayu manis yg x berapa kuat dan rasa cream cheese yg mewah, semewah colestrolnya :). Kek yg ni pun saya buat utk bawa pulang ke kg.
Bahan-bahan :)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - saya letak 1/2 st
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - saya letak 1/4 st
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya - saya letak 1 1/2 cawan
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn cawan badam yg dibakar dan dicincang
Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
Kek Carrot ~ lum sapu mekap lagi :)
Monday, December 5, 2011
KEK LUMUT - RESEPI 2
Kek Lumut? Kek Lumut ni bkn kek expired ya.. atau kek yg dah berlumut. Kek ni dipanggil Kek Lumut disebabkan warnanya yg macam lumut. Dulu pernah buat menggunakan resepi Dayang Jack, tapi kali ni cuba versi Cik Mat lak. Tak berapa susah nak mnyediakannya cuma yg "agak" susah kita perlu mengukus hingga 3 jam :). Sya buat 2 biji tempohari, 1 untuk mak dan abah, dan 1 lg atas permintaan kawan. Harap2 mereka semua sukakanya. W'pun tanpa baking powder atau soda bikarnonat, kek ni tetap gebu dan lembut. Teksturnya memang halus, org yg x de gigi pun leh kunyah...hehehe. Jom kita tengok resepi..
Bahan-bahan :)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)
Cara-cara :)
1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam.
Wednesday, November 30, 2011
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Selamat pagi :)
Semoga hari ini semuanya ceria dan kesihatan dlm keadaan yg baik. Harini nak share resepi kuih Bingka Roti Kukus Pandan yg saya ambil kat blog Kak Ummi. Terima Kasih Kak Ummi. Rasa teruja nak buat sebab dengar komen dr komen Kak Ummi yg kuih ni memang sedap sampai 2 kali buat dalam sehari. Bagi saya kuih ni memang sedap dan lemak, cuma kurang suka teksturnya yg agak lembut. Next time nak bakar seketika selepas dikukus supaya dapat kerak..mesti best :) Meh kita skodeng resepi...
Bahan-bahan :)
8-10 keping roti putih - saya guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil
200 ml santan - saya & kak Ummi guna santan kotak Kara
200 ml air
1 cawan gula - saya & Kak Ummi letak 3/4 cawan gula kastor
4 biji telor
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :)
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya & Kak Ummi sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (saya & Kak Ummi balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (saya makan panas2...hahaha)
Jemput makan :)
Tuesday, November 29, 2011
HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING
Salam :)
Hari ni nak share 1 resepi Kek Carrot yg agak "sarat" dengan pelbagai bahan2. Tetapi 3 bahan telah saya tukarkan dgn bahan yg ada dalam stok.Apapun kek ni mmg sedap cuma pada yg x suka rasa kayu manis tu blh la kurangkan sedikit sukatanya. Resepi amik kat blogger masakan yg terfemes tu.... Cik Mat. Terima Kasih Mat :). Akak C&P sekali ya...
Bahan-bahan :)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya x letak
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn 1 cawan badam yg dibakar dan dicincang
Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
5.UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
Tuesday, November 22, 2011
BIHUN GORENG LADA HITAM
Salam....
Minggu ni mcm x berapa selera nak mkn nasi. Lepas mkn mee kita makan bihun pula ya. Kalau ikut resepi mak, dia kisar ikan bilis sekali tapi x letak udang, tapi saya abaikan ikan bilis dan gantikan dengan udang. Terpulang pada selera masing2. Mari kita tengok resepi sesama :)
Bahan-bahan :)
1/2 bungkus bihun - rendam dan toskan
1/2 biji lobak merah
10 ekor udang
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sb lada hitam *
5 biji cili api * - utk extra pedas
2 pokok sawi - potong 1"
2 fisah cake
10 biji fish ball
1 mangkuk kecil tauge
Daun sup utk hiasan
Minyak
Garam
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *, Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga agak garing.
3. Masukkan lobak merah dan udang, kacau rata.
4. Masukkan pula fisah cake, fish ball, garam dan bihun. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge, kacau seketika sebelum diangkat.
Monday, November 21, 2011
MEE GORENG SEMPOI
Salam...
Harini kita jamu mata dengan resepi bidan terjun. 1st time saya goreng mee tanpa menggunakan cili kisar tetapi hasilnya sungguh memuaskan dan sudah beberapa kali diulang atas permintaan en asben :). Kekadang kita hanya perlu bahan yg paling asas utk mendapat hasil yg terbaik. Jom kita tengok resepi...
Bahan-bahan :)
400gm mee kuning - celur dan toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb serbuk cili
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb kicap
1 biji telur
2 pokok sawi - potong 1"
1 cawan udang kertas - bersih dan toskan
Daun sup utk hiasan
Minyak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan udang, serbuk cili. Kacau seketika.
2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
3. Pecahkan telur, masukkan mee dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan sayur, kacau seketika sebelum diangkat. Siap.
*** X perlu dimasukkan garam kerana sos tiram dah memasinkan mee tersebut.
Friday, November 18, 2011
SUP TELUR DAN KENTANG
Salam semuaa....
Tengok Cik Mat buat, terus terpikat...memang sedap. Klau mood malas nak memasak dan cuaca agak panas, menu ni memang sesuai. Senang dan cepat. Terima Kasih kat Cik Mat...akak copy sekali resepi dia ya Mat :P... Skodeng resepi yok!!!
Bahan-bahan :)
3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 - 5 biji telur
1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi" - sya guna kiub jer
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cara-cara :)
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.
3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.
Thursday, November 17, 2011
SOMETHING FOR YOU TO KNOW
Ants Problem:
Ants hate cucumbers.
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
To get pure and clean ice :
Boil water first before freezing.
Boil water first before freezing.
To make the mirror shine:
Clean with sprite
Wednesday, November 16, 2011
CUCUR UDANG TEMBAM vs SAMBAL KACANG
Terima Kasih kat Cik Mat Gebu sbb share resepi ni. Tapi kalau ikut resepi asal, cucur udang ni di makan dgn sos cili buatan sendiri, tapi saya lebih gemar makan cucur udang yg digoreng agak garing sedikit dan makan pula dgn sambal kacang. Kena pula dengan teh O panas...memang sedappp
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum 1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air - saya jadikan 2 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
SOS LADA (saya mkn dgn kuah kacang)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
Cara-cara :-)
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
2.UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
3.UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..
KUAH KACANG
2 cawan kacang tanah - yg telah digoreng dan dikisar
5 sb cili kisar
1 sb udang kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 sb gula merah
1 cawan air
Garam
Minyak
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2.Tuang air dan juga masukkan asam keping. Bila mendidih, tambah gula merah dan perasakan dengan garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tuesday, November 15, 2011
BLENDED ORANGE CAKE
Kek lagi :) Menu sampingan yg sempat disediakan tempohari. Tersangatlah mudah bahan2nya dan cara penyedianya. Terima Kasih pada Kak Fida dari My Resepi. X perlu menggunakan mixer, semuanya hanya perlu diblender jer. Mudah bukan? Rasanya pun sedap dan walaupun oren dikisar bersama kulitnya sekali tetapi kek tidak terasa pahit.
Bahan-bahan :)
1 biji buah oren
1 cawan minyak 2 cawan gula halus - saya kurangkan 1 3/4 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 genggam kepingan badam - sendiri letak
Cara-cara :
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Monday, November 14, 2011
RENDANG DAGING SEMANTAN
Sambungan lagi....
Ni antara salah 1 menu yg saya gandingkan dengan Nasi Hujan Panas. Kalau ikut resepi asal, bahan2 tu untuk 2 ekor ayam kampung dan namanya Rendang Ayam Semantan tp memandangkan ayam dah kehabisan stok sehari sebelum Aidiladha terpaksa la saya tukar kepada daging. Resepi ni saya ambil dari Majalah Rasa keluaran Syawal :). Rasa rendang ni lebih kurang dengan resepi rendang yg pernah saya cuba. Cuma mungkin berbeza dari segi bahan dan cara penyediaannya. Jom kita skodeng resepi :)
Bahan-bahan :)
500 gm daging batang pinang - hiris lebar dan nipis
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
2 cm kunyit hidup *2 batang serai *
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
3 helai daun kunyit - racik halus - saya guna 1 helai
1 keping asam gelugor
200ml santan pekat
5 biji cili padi - sendiri letak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Gaul bahan2 kisar bersama daging di dalam kuali. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan santan pekat, kerisik, asam keping dan daun kunyit. Didihkan lagi.
4. Tambahkan sedikit air sekiranya perlu.
5. Perasakan dengan garam dan masak hinggan kuah agak pekat.
Friday, November 11, 2011
NASI HUJAN PANAS
Jangan terkezutttt... tetiba jer rajin nak update blog. Sebenarnya bnyk gak resepi x berupdate lagi ni. Maknanya ada sesetengah resepi tu dah 2 minggu dalam simpanan... huhuhu. Menu ni saya buat utk Hari Raya Aidiladha tempohari. Resepi ni ambil kat buku 50 Nasi keluaran Karangkraf. Memang best resepi ni..mudah dan sedap :)
Bahan-bahan :)
500gm beras basmathi - saya guna beras biasa jer
125 gm minyak sapi
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - di mayang
2 cm halia - dihiris
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
4 kuntum bunga cengkih
500ml susu cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh pewarna hijau
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 ketul kiub ayam - sendiri letak
1 genggam kismis hitam - sendiri letak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang putih , bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
2. Tumis pula bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan sehingga naik baunya.
3. Masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan susu cair, air dan garam secukup rasa. masak hingga nasi kering.
5. Titiskan pewarna, gaul sekadar rata.
6. Sedia untuk dihidang.
Thursday, November 10, 2011
KEK SUJI BADAM
Salam Khamis :)
Sepatutnya resepi ni kluar semalam tapi x tau la nape x leh update dan asik error jer. Hbis smua yg sya update semalam.. huhuhu. Even tuan punya resepi ni yg vouge ~ Sue Joshua tu pun x leh buka. Adoooiiiaii...apa sudah jadi. Kita tengok resepi jom. Oppps... lupa nak bagi tau, klau mkn kek ni kita akan cepat rasa haus, jadi.. sebelum makan tu kena la sediakan botol air kat tepi :)
Bahan-bahan :)
300 gm mentega
4 biji telur
3 cawan tepung suji
3 s/t baking powder
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan badam - dikisar halus
1/2 cawan susu segar (Satu cawan = 250 ml)
1 genggam kepingan badam - sendiri letak
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung suji, baking powder, dan badam kisar, kaub balik adunan sehingga sebati, kemudian masukkan susu segar sambil digaul sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar didalam oven pada suhu 150c selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Bila kek masak, biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.
Wednesday, November 9, 2011
KETAM MASAK LEMAK PEKAT
Ketam! Ketam! Makanan laut yg paling saya gemari :). Walaupun lepas makan kena menggaru, tp sedap punya pasal hentam jer...hik hik hik. Menu ni pun memang menu kegemaran famili saya. Masa 1st time buat utk suami dulu, trus dia pun suka menu ni. Kira klau beli ketam, mmg x masak lain dah. Rasa pedas + lemak dan manis isi ketam memang mengancam!
Bahan-bahan :)
3 ekor ketam - anggaran berat 300gm seekor
25 biji cili kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 cawan air - utk memerah santan
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 cawan minyak
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan. Bersihkan ketam dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan serai kemudian masukkan pula cili kisar.
3. Masak hingga cili agak garing. Masukkan pula asam gelugor.
4. Kemudian masukkan santan bersama ketam. Masak hingga kuah menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)