Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, February 29, 2012

MAGGI GORENG SEMPOI - SIMPLE TAPI MABELES :)

Salam...
Memang dah lama x makan maggi, tapi bila dengar jiran depan rumah buat maggi goreng yg sempoi ni dan sedap, keinginan nak cuba tu membuak-buak. X sangka resepi semudah ni memberikan hasil yg memberangsangkan. Terima Kasih jiranku :). Bak kata en asben, mcm mee goreng mamak la, sedap. Ni yg bersemangat nak buat lagi...hahaha. Oppps sebelum terlupa, nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada yg sambut besday arini. Mesti special kan? Sebab 4 tahun sekali baru dapat sambut besday...huhuhu

Bahan-bahan :)
2 bungkus maggi
1 bungkus perencah
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2 biji telur
5 biji cili api - untuk extra pedas
2 sb kicap
Minyak
Garam

Cara-cara :
1. Masak maggi hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak hingga bawang kekuningan.
3. Masukkan perencah dan pecahkan telur sambil dikacau rata.
4. Masukkan maggi, cili api dan kicap. Kacau rata dan perasakan dengan garam.
Sedia untuk dihidang.
***Jika suka boleh juga diletakkan sayur sawi dan carrot.

19 comments:

  1. tima kasih atas tipsnya ya.memang enak maggi goreng ni

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Terima kasih kerana mencuba ya :)

    ReplyDelete
  3. Sama-sama. Terima kasih kerana mencuba ya :)

    ReplyDelete
  4. Sama-sama. Terima kasih kerana mencuba ya :)

    ReplyDelete
  5. nak guna maggi kari ke?

    ReplyDelete
  6. baru je buat tadi..jadi!!sedap lak tu..thanks share ^^

    ReplyDelete
  7. Baru nak buat tadi masuk dapur tgk maggie habis, binawe

    ReplyDelete
  8. Baru nak buat tadi masuk dapur tgk maggie habis, binawe

    ReplyDelete
  9. nak try la..lapor la waktu sejuk nie

    ReplyDelete
  10. Kalau x letak bawang dan cili api tak pe ke?

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsiannya.. sekarang saye dh tau masak maggi goreng yg sedap..

    ReplyDelete
  12. allahuuu ..sepinggan tak cukup ni.. 2 pinggan please :)
    .
    Resepi Premium Untuk Orang Asia

    ReplyDelete
  13. Nak tanyaaa perencah tu pakai ala ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...