Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, January 19, 2010

PERIA GORENG RANGUP

Ini la sayur kegemaran suami. Kalau masak cara lain mesti tak berusik. Bila goreng, memang licin. Rasa pahit seakan hilang dengan kerangupan tepung. Kalau selama ni peria sayur pilihan terakhir, kini tidak lagi.....

Bahan2
  • 2 biji peria katak (peria biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung rangup (tepung goreng pisang adabi pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air

Cara2
Peria di belah 2 dan dibersihkan bijinya. Potong menyerong & nipis. Campurkan semua tepung, garam & sebuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair . Celupkan peria satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

1 comment:

  1. Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...