Click jer klau ada iklan :)

Monday, February 28, 2011

POPIA JEJARI KETAM

Menu minum petang weekend lepas. Senang jer nak membuatnya sampai habis 1 bungkus kulit popia saya kerjakan. Goreng 1/2 dozen, selebihnya saya simpan untuk buat frozen. Kalau tetamu datang, tinggal goreng jerk. Klau nak buat rfozen, rasanya x perlu la kita letakkan sayur. Cuma letakkan jejari ketam dah memadai.
Layan resepi jommm :)

Bahan-bahan :
50 keping kulit popia
50 jejari ketam
1 biji telur - utk lekatkan
Lada sulah - optional

Cara-cara :
1. Biarkan kulit popia dan jejari ketam pada suhu bilik.
2. Letakkan jejari ketam atas kulit popia, taburkan sedikit lada sulah.
3. Gulung kemas dan lekatkan dengan telur di penghujungnya.
4. Buat hingga habis.
5. Goreng popia hingga kekuningan dengan api perlahan.
6. Enak dimakan dengan sos pilihan.

Senang dan sedap :)

Sunday, February 27, 2011

TAUHU TIDAK MASAM

Bagi mengelakkan tauhu daripada berbau masam, bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Kemudian, sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, bilas semula tauhu tersebut.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 26, 2011

BAWANG GORENG LEBIH RANGUP

Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih rangup, selepas bawang kecil dimayang, taburkan sedikit tepung gandum dan garam. Kemudian, goreng seperti biasa. Hasilnya bawang yang digoreng bukan saja rangup tetapi juga kekuningan dan tahan lebih lama.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Friday, February 25, 2011

PULUT PANGGANG

Antara kuih kegemaran saya ~ Pulut Panggang. Kuih ni saya panggang kat dlm oven jerk.Resepi amik kat Saji Online. Kalau kawan2 nak cuba, rasanya lebih sedap kalau pulut dikukus dgn sedikit santan, baru la terasa lemaknya. Apapun jom kita tengok resepi :-

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut - saya gunakan 600gn jerk
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang
Lidi
Air
Garam

Cara-cara :
1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6. Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
7. Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. Panggang.


Thursday, February 24, 2011

IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK TERUNG TELUNJUK

Minggu ni teringin nak makan masak lemak lagi. Kali ni masak ikan kembung + terung telunjuk. Mmm dah lama x mkn terung ni.... ssh betul nak cari skrg ni ~sigh~. Masak 2 ekor ikan jer sbb suami x suka masak lemak :(. Gua layan sorang2. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong - bersih dan toskan
5 biji terung telunjuk - bersih dan toskan (belah 2)
1/2 biji kelapa - ambil santanya
5 biji cili api * - blh tambah utk extra pedas
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
2 1/2 cawan air
1 keping asam
Garam

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * bersama 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Didihkan 1 cawan air bersama dengan bahan kisar. Baki 1 cawan lagi digunakan untuk memerah santan.
3.Masukkan ikan, garam dan terung. Masak hingga terung lembut / berubah warna.
4. Masukkan pula santan, masak hingga mendidih dan kuah agak pekat dgn api perlahan.

Soruuu timee :)

Wednesday, February 23, 2011

BINGKA LABU

Cantik x bingka labu saya? Bolehla utk 1st attempt hehehe. Tapi rasanya memang mabeles.Terima Kasih kat Mat Gebu @ My Resepi utk resepi ni yaa. Nanti leh cuba kat loyang 4 segi lak. Exceli saya bakar 40 minit utk suhu 200C dan 20 minit utk suhu 150C tapi masih x dapat kerak yang cantik. Bagi penggemar bingka, bahagian kerak la yg menjadi rebutan :).  Gambar kat atas tu pun saya snap kat opis jer sbb dah tertido sblm bingka tu sejuk. Maaf ya kulaiti gambar amat tidak memuaskan....hik hik hik
Apa kata kita semak resepi ;

Bahan-bahan
(acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak) sya guna 1 biji kelapa
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 ***Terima Kasih kat Acik Hairiah utk labu yg manis tuuuu :)

Mcm kek pun ada kan?


Tuesday, February 22, 2011

ELAK BERAS BERKULAT


Gambar ehsan Cik Google

Beras yg disimpan terlalu lama akan berkulat. Hindarinya dengan memasukkan bawang putih yg tidak dibuang kulit ke dalam bekas beras. Tutup bekas beras dengan rapat.

Sumber; Majalan Mingguan Wanita 

CENCARU SUMBAT GORENG

Exceli masak agak banyak tempohari utk sepupu yg datang tidur dirumah. Tapi x sangka pula dia nak balik pagi keran ada hal. Nasib baik  la ada adik beradik berdekatan, boleh la berkongsi rezeki yg berlebihan ni.
Resepi dari Che Iza ni amik kat My Resepi. Terima Kasih utk resepi sedap ni. Jom tengok resepi;

Bahan2
1 kg ikan cencaru

1/2 biji kelapa parut
3-4 biji bawang merah *
2-3 ulas bawang putih *
1 sudu besar udang kering *
1/2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 biji buah keras * - x letak
2 sb lada boh * - saya guna cili kisar
sedikit air asam jawa
garam, gula n perasa

Cara2
1. Tumbuk semua bahan bertanda * Tumis lada boh/cili kisar hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sekata. Masukkan garam, gula dan perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
3. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
4. Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.

My version ; extra serunding :)

Monday, February 21, 2011

IKAN BAWAL MASAK HIJAU

Nyum, nyum sedapnya.....campak2... masak...siap...makan. Mcm tu la gayanya org malas nak ke pasar.
Terpaksa gunakan apa jer yg ada dalam bakul ajaibku...hehehe. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal (500-600gm) - bersih dan toskan
2 biji cili besar hijau *
8 biji cili api hijau *
1/2 inci halia *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
1/2 helai daun kunyit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam
1/2 cawan air (blh dilebihkan utk lebih berkuah)
Minyak
Garam

Cara-cara
1. Potong ikan sederhana besar (saya potong 6). Kisar bahan bertanda *.
2. Goreng ikan hingga kekuningan / masak. Ketepikan.
3. Dlm kuali yg sama, masukkan serai dan tumis bahan kisar hingga agak garing. 
4. Masukkan air dan daun kunyit. Masak hingga kuih pekat.
5. Masukkan ikan yg digoreng tadi. Kacau sebati. Sedia utk dihidang :).

X teringin nak cuba?

BENDI GORENG TO'YU @ KICAP

Cuaca panas mcm ni mcm mls nak masak yg berat. Lebih suka yg berkuah atau goreng ringkas. Resepi ni asalnya dari kak ipar. Dah lama betul x buat. Selalu bendi ni rebus jerk pastu cicah lak dgn sambal belacan.
Sekali sekala kita beralih menu Utara lak nooo. Jom semak resepi :)

Bahan2
10 batang bendi - bersih dan toskan - potong serong
2 biji cili besar merah - potong serong
1/2 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 genggam ikan bilis - bersih dan toskan
2-3 sb kicap masin
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Goreng hingga kekuningan. Masukkan pula cili besar.
3. Masukkan bendi dan sedikit garam. Masak dgn api besar.
4. Masukkan kicap kacau sebati.
5. Angkat bila bendi sudah berubah warna.
*** Potong bendi selepas dibasuh utk elakkan berlendir.


Jemput makan tuan puan :)

Sunday, February 20, 2011

ELAK PAHIT PERIA

Gambar ikhsan Cik Google

Bagi menghilangkan atau mengurangkan pahit peria, basuh peria yg hendak dimasak terlebih dahulu. Potong sedikit bahagian yg bertangkai dah bahagian berlawanan (potong kedua-dua hujungnya). Selepas itu dirikan tegak dengan bahagian berlawanan tangkai berada di bawah. Biarkan berkeadaan begitu selama 1 jam sebelum dimasak.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 19, 2011

LOBAK PUTIH ATASI KENCING TIDAK LAWAS

Gambar ihsan dr Cik Google :)

Bagi mereka yg mengalami kencing tidak lawas, amalkan lobak putih sebagai sebahagian dari menu harian. Bagi kesan yg lebih efektif, minum air rebusan lobak putih.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Friday, February 18, 2011

UNBELIEVABLE BIRTH CASES ON EARTH

Lina Medina, is the youngest confirmed mother in medical history, who was born on September 27, 1933 in the small village of Paurange and was only 5 years 8 months old to give birth to her child on May 14, 1939. To be specific, Lina Medina\'s parents thought their 5-year-old daughter had a huge abdominal tumor and when her father carried her to a hospital. However, it turned out that she was pregnant, and the baby weighed 2.7 kg.


Rumaisa Rahman was born on 19th September 2004 with 10 inches long and 8.6 ounces heavy. His mother Mahajabeen Sheikh was pregnant only in 25 weeks and six days.
Rumaisa Rahman, the world's tiniest baby, was born at Loyola University Medical Center in Maywood. He weighs less than a can of beer. 




World's First Male Mother
Thomas Beatie was born as a woman before she went through a surgery to be a man ten years ago. When his 34-year-old wife Nancy could not conceive due to hysterectomy, Thomas Beatie decided that he had baby himself through artificial insemination

 
Black and White Twins
This is a million-to-one survival twins born with different skin and eye colors. Marcia and Millie Biggs, both 4 years old, astounded all doctors, teachers and other people when persuading that they are twins. Marcia, the blonde hair, takes after the mother while Millie, the black one, likes the father.

 
Most Surviving Children from a Single Birth (8 babies)
Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez gets international attention when giving birth to 8 babies in one single time in January 2009. All babies were conceived via in-vitro fertilization. The unemployed single mother already has six young children at home also by in-vitro fertilization



World's Oldest First Time Mother (70 years old)
Indian Rajo Devi Lohan gave birth to her first child in November 2008 when she was at the age of 70.
The child is the magic thing for Rajo Devi Lohan after more than 40 years waiting.


 
Mom with no legs and one arm
Melek, 24, becomes a mother of nine-months-old Semih. Despite of having no legs and only one arm, she still successfully had baby thanks to caesarean section.
Melek and Mehmet are enjoying their endless happiness with their son Semih.


 
Black Parents with White Baby
Nigerian couple Ben and Angela Ihegboro gave birth to a fair skinned, blue-eyed, blonde-haired baby girl which surprised all experts. The baby is not an albino. The scientific test also dispels any rumor of wife's unfaithfulness.
The baby is named Nmachi - meaning "Beauty of God"

Thursday, February 17, 2011

ROTI TELUR BERSOSEJ

Menu yg sesuai utk buat bekpes atau mnm petang. Saja buat extra utk diagihkan pada jiran2. Kanak2 memang sukakan menu ni, mmg sesuai kalau kita sediakan bersama mereka. Kali ni saya gunakan breadcrumb yg saya buat sendiri jer... tu yg x berapa cun. Yok skodeng resepi.

Bahan2
10 keping roti
10 batang sosej ayam/daging
Serbuk roti
2 biji telur
Lada hitam - optional (campurkan dgn serbuk roti)
Minyak

Cara2
1. Canaikan roti sehingga nipis. Buat hingga habis.
2. Letakkan sosej atas roti dan gulung hingga hujung.
3. Golekkan roti ke dalam telur dan kemudian golekkan pula ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api perlahan hingga kekuninga.
5. Hidang dengan sos kegemaran.
*** utk buat serbuk roti; bakar 4 keping roti hingga kekuningan. Kisar hingga halus. Bakar lagi selepas dikisar.

Jemput makan :)

Wednesday, February 16, 2011

TELUR MASAK LEMAK CILI API

Salam bertemu kembali...mmm lama gak x update blog ni. W'pun ada resepi nak dimasukkan tp disebabkan gigi sakit, semuanya tertangguh. Terima Kasih pada en suami sbb jampi yg mujarab. Berguna juga petua org lama ni kan. Resepi ni kali ni mudah jer. Buat pun sbb dah lama x makan. Layan lak dgn ikan masin dan sambal tumis...mmg sedap. Jom kita semak resepi ya..

Bahan2
4 biji telur
5 biji cili api*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit Kunyit hidup*
1 batang serai
1/2 biji kelapa
2 1/2 cawan air 
Garam

Cara2
1. Kisar bahan  bertanda * dgn 1/2 cawan air.
2. Masak 2 cawan air bersama serai biar hingga didih.
3. Masukkan pula bahan kisar. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan dan biar ia masak dgn api perlahan (utk mengelakkan pecah minyak).
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur masak barulah dikacau.
6. Perasakan dgn garam, biarkan hinggan kuah mendidih.
7. Sedia utk dihidang.

Kalau guna telur itik lagi sedappp

Friday, February 11, 2011

UDANG GORENG TOK WAN

Ush ush.. besaqnya udang2 ni. Memang jadi kebiasaan klau blk ke kg mertua, mewah dgn makanan laut. Maklumla.. pak mertua tokey ikan. Bila saya blk Perlis jer, msti dapat makan best2 :)terutamanya seafood...maklumla w'pun ayah tokey ikan tapi ipar duai x makan makanan bercengkerang. Jadi, adik ipar depa (gua la) laaa yg duk pulun semua tu. Ayah lak bila dah jmpa regu nak makan, lagi la bersemangat membeli :). Kali ni ayah beli udang laut, yg saya rasa harganya boleh mencecah RM 60/kg kalau kat KL ni sbb saiznya yg besar... XXL. Sebagai menghormati/Terima Kasih pada tuan yg belanja, maka resepi ni dinamakan "Udang Goreng Tok Wan"....Jom skodeng resepi..

Bahan2
2 kg udang - belah belakang, bersih dan toskan
2 inci halia - dimayang
5 biji bawang kecil - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
2 sb serbuk kunyit
2 sb garam
2 sb serbuk kari
10 biji cili api - diketuk
1 cawan air
Minyak
1 tangkai daun sup - utk hiasan

Cara2
1. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang kecil hingga kekuningan.
3. Masukkan pula serbuk kari dan cili api. Masak hingga naik bau.
4. Masukkan air, biarkan mendidih, barulah dimasukkan udang.
5. Masak dgn api besar, kacau dan biarkan hingga udang berubah warna dan kuahnya pekat.
6. Angkat dan hiaskan dgn hirisan daun sup.

Fuhhhhhhh! sedapnyaaa

Thursday, February 10, 2011

KEK COKLAT MINYAK


Kek lagiiiii....hik hik hik. Buat masa nak blk kg tempohari. Kira buah tangan la :). Blk keja trus buat sbb takut x sempat sejuk nti. Resepi ni amik kat MyResepi. Terima Kasih pada kakbesah utk resepi mudah ni. Disebabkan tersalah pusing suhu, maka terhangus la sikit bahagian atasnya....tapi masih boleh disantap lagi :)
Jom tengok resepi.....

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak - saya gantikan marjerin cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko (kalau nk lebih gelap tambah sesudu lg)
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam

Cara2
1. Panaskan oven,sapu minyak @ majerin pd acuan dan masukkan dlm oven biar panas.
2. Ayak tepung,koko, soda bicarbonate dan baking powder.
3. Mesin telur, susu dan gula hingga gula hancur dan berbuih dgn blender . Lepastu masukkan minyak dan garam.blend untuk 5-6 saat lagi.
4. Campurkan bahan blend td ke dalam tepung. Gaul rata2 dan boleh la dimasukkan kedalam acuan yg telah dipanaskan.
5. Bakar dgn suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit.


Wednesday, February 9, 2011

NASI GORENG

Mmm arini nak share menu mudah dan sedap di makan. Menu ni kira fofular di kalangan org bujang :).
Boleh dimakan begitu saja atau dengan lauk sampingan spt ikan masin, telur goreng dll. Tapi kali ni saya layan dgn telur mata kerbau dan peria goreng.  Klau nak tgk resepi peria, klik jer kat sini atau kat sini pun ada gak. Jom skodeng resepi..

Bahan2
2 mangkuk nasi putih
2 sb cili kisar
2 sb kicap pekat
1 biji bawang besar - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dicincang
2 pokok sawi
1/2 batang carot
1 biji telur
1 genggan ikan bilis - basuh dan toskan
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukan pula bawang besar.
3. Masukkan cili kisar, masak hinggan agak garing.
4. Pecahkan telur, gaul sebati. Perasakan dgn garam. Masukkan pula kicap.
5. Akhir sekali masukkan nasi, carot dan sawi. Kacau sebati.
6. Sedia utk dihidang :)

Psssttt... pingan baru bli smlm tu :)

Tuesday, February 8, 2011

HONEY SOTONG

Exceli resepi ni saya cuba2 jer. Sewaktu makan di Restoran Peranakan, saya order menu ni dan dalam buku menu tu ada ditulis bahan2 yg digunakan utk buat Honey Sotong. Apa lagi.. balik rumah cuba la. Rasanya  80%  hampir sama dgn kat restoran tu. Cuma saya kurangkan madu utk elakkan rasa yg terlalu manis.
Jom cuba resepi ni :)

Bahan2
2 ekor sotong - potong panjang & kecil
3 sb tepung jagung
1 sk bijan
1 sk blackpepper
1 sk garam
1/2 sk lada sulah
1 biji telur
2 sb madu
1 cawan minyak

Cara2
1. Panaskan minyak. Gaul sebati tepung jagung, blackpepper, bijan dan lada sulah.
2. Celup sotong ke dalam telur yg telah dicampur dgn garam.
3. Kemudian celupkan pula ke dalam campuran tepung.
4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Akhir sekali golekkan sotong dgn madu sebelum dihidang.
Yummy :)

Monday, February 7, 2011

KEMBUNG BAKAR vs AIR ASAM

Dah blk bercuti semua? Alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat kembali dari destinasi masing2.  Harini saya masih bercuti lagi, esok baru bkerja semula. Jadi dapat la mengemas dan basuh apa yg patut. Waktu kerja2 rumah banyak mcm ni, menu yg ringkas memang menjadi pilihan. Ikan Bakar ni dah boleh dihidang dlm masa kurang 1/2 jam. Saya hanya mengunakan grill pan utk memanggang ikan. Bagi yg tingal di kg, panggang secara tradisional lebih sedap. Jom semak resepi :)

Bahan2
2 ekor ikan kembong sederhana besar - bersih dan toskan
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam

~Air asam
8 biji cili padi - potong halus (blh kurangkan jika x suka pedas)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
2 sb paste asam jawa - saya guna Adabi
1/2 cawan air suam
Belacan - sebesar ibu jari - dibakar
Garam

Cara2
~Untuk Ikan
1. Panaskan pemanggang. Lumurkan kunyit dan ikan ke seluruh ikan.
2. Panggang ikan hingga masak/kekuningan.
(Jika suka boleh balut ikan dgn daun pisang)

~Untuk Air Asam
1. Bancuh asam, garam dan belacan dgn air suam. 
2. Masukkan pula cili api, bawang dan tomato. Gaul sebati.
Makan panas2. Nyum nyum

Sunday, February 6, 2011

KEJU TAHAN LAMA

Jika anda mengalami kerosakan peti sejuk, cara lain untuk menyimpan keju agar tahan lama adalah dengan membungkus keju dalam sehelai kain bersih yang dilembapkan dgn air garam terlebih dahulu.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 5, 2011

BUNGA CENGKIH KECUTKAN JERAWAT

Bagi mengecutkan jerawat, ambil beberapa tangkai bunga cengkih. Gosokkan di bahagian belakang lesung batu atau permukaan yg kasar. Kemudian titikkan sedikit air dan sapukan di bahagian yg berjerawat. Amalkan setiap malam. InsyaAllah jerawat akan hilang dan tidak meninggalkan parut.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Friday, February 4, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG

Buat apa musim cuti ni? Cuti2 M'sia? Pada yg memandu tuuu, berhati-hatila ya. Maklum la musim hujan ni, jalan licin. Harini saya nak kongsi resepi yg biasa2 jer. Rasanya ni menu yg selalu disediakan oleh para surirumah. Senang dan x jemu walaupun dok perangat 2-3 ari. Selain sesuai utk makan nasi, sedap gak makan dgn lempeng, ubi rebus dll.
Jom kita tengok resepi :)

Bahan2

7 ekor sotong - bersih dan toskan
1 cawan cili kisar*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis cili yg telah dikisar bersama bahan bertanda* sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam, bawang besar dan sotong. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Tutup api bila sotong mulai lembut.
** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buang lebihan minyak setelah cili betul2 masak.

Thursday, February 3, 2011

PUTERI AYU ~ RESEPI II

Berjaya :). Sukenyaaaaa. Kali ni berjaya buat kuih Puteri Ayu. Naik dan x turun balik. Cuma kali ni warna agak kurang menarik sikit. Apapun Terima Kasih kat rohaya1710 atas resepi mudah ni. Guna sukatan cawan jerk. Jom tengok resepi :)

Bahan2
2 biji telur

1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sk ovellete
1 sk perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara2
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati.
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit. Sedia utk dihidang :) 


Cehhh, siap tunjuk bukti tu, kegebuan kuih Puteri Ayu kali ni :)

Wednesday, February 2, 2011

MEE GORENG BANDUNG


Tentu ramai yg dah bercuti arini. Saya pun akan bercuti seminggu :). Saat korang baca entry ni, saya dah pun berada di Perlis. Kali ni nak share resepi mee goreng yg digoreng menggunakan perencah Mee Bandung. Kalau nak tengok perencah yg saya gunakan klik kat sini yaaa. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2
2 sb Perencah Mee Bandung
2 sb cili kisar
2 sb cili sos
1 bungkus mee kuning - celur dan toskan
1 genggam daging
1 genggam udang
1 genggam sotong
2 pokok sawi
2 biji tomato - potong 6
2 biji bawang kecil - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Bawang goreng
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bawang kecil dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga masak.
3. Masukkan pula Perencah Mee Bandung & cili sos.
4. Masukkan pula daging. Masak hingga daging empuk.
5. Kemudian masukkan udang dan sotong. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan sawi dan tomato. Kacau seketika sebelum diangkat.

Tuesday, February 1, 2011

CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KEK

Bagi mengatasi masalah kekeringan kek buah, sebaiknya balut kek buah dengan menggunakan kertas minyak ketika masih panas. Ia boleh menambahkan tekstur kek tersebut selain menjadikan rasanya lebih enak, lembut dan mudah dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...