Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, January 19, 2010

PERIA GORENG RANGUP

Ini la sayur kegemaran suami. Kalau masak cara lain mesti tak berusik. Bila goreng, memang licin. Rasa pahit seakan hilang dengan kerangupan tepung. Kalau selama ni peria sayur pilihan terakhir, kini tidak lagi.....

Bahan2
  • 2 biji peria katak (peria biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung rangup (tepung goreng pisang adabi pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air

Cara2
Peria di belah 2 dan dibersihkan bijinya. Potong menyerong & nipis. Campurkan semua tepung, garam & sebuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair . Celupkan peria satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

SAMBAL UDANG

Salam....
Ha... inilah lauk kesukaan ku. Kalau ada petai lagi layan.... Lagi besar udang lagi bagus :). Tapi menu ni banyak kolestrol, x boleh di hidang selalu. Dah berumur ni, kena la jaga pemakanan sikit. Hahha.. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2
  • 15 ekor udang (saiz L)
  • 1 cawan cili kisar*
  • 5 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)
Cara2
1. Bersihkan udang (potong bahagian kepala dan kaki) dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis cili yg dikisar dgn bahan bertanda * sehingga pecah minyakmasak.
3. Masukkan bawang besar dan udang. Perasakan dgn garam.
4. Kacau hingga udang masak/berubah warna.
    - x perlu dimasak terlalu lama utk mengelakkan isi udang keras.

** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buangkan sedikit lebihan minyak setelah cili masak dan sebelum udang dimasukkan.

INFO - KHASIAT LADA BENGGALA

Warnanya yang ceria menyemarakkan rasa begitu juga dengan khasiatnya . Lada benggala kaya dengan vitamin C. Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. Biasanya lada benggala digunakan sebagai bahan sampingan di dalam sayur campur, sup, sos pasta dan sos salsa.

Sumber: Majalah Rapi

PETUA - HILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Papan pemotong yang sudah lama digunakan akan mudah berbau hanyir. Potong limau nipis kepada dua bahagian dan sapukan pada permukaan papan tersebut. Lakukan setiap kali selepas digunakan. Selamat mencuba!!!

Sumber; Majalah Rapi

Monday, January 18, 2010

JELLY BUAH-BUAHAN

Mmmm ini resepi kegemaran kanak2. Buat untuk perkelahan semalam. Rupanya mak & bapak budak yang dok perabih....... Apapun senang sangat membuatnya & sedap pula rasanya. Untuk sukatan ini dapat dalam 40 biji (acuan kecil). Rasa kenyal2 & rasa manis buah memang mengasyikkan. Jom skodeng......

Bahan2

1 liter air
1 1/3 cawan gula
10gm serbuk agar2 (saya pakai Konyuku)
Buah-buahan segar (saya gunakan laici & anggur)
Perasa buahan yang disukai (saya gunakan laici)

Cara2
Masak air hingga didih. Masukkan gula yang telah digaul rata dengan serbuk agar2 sedikit demi sedikit. Kacau selalu supaya tidak berketul. Masukkan dalam acuan yang telah diletakkan buah-buahan. Biar sehingga sejuk & keluarkan dalam acuan. Dahpun siap.

ROTI MENTEGA BERMADU

Resepi yang sedap dan senang...... ada rasa masin, manis & lemak. Makan waktu hujan2 lagi sedap. yang paling sedap bahagian tepi tu.... rangup dan masin.
Ayuh kita skodeng bahan2 :)

Bahan2
  • Beberapa keping roti
  • Mentega
  • Madu atau susu pekat manis
Sapukan mentega pada roti & bakar dalam oven atau dlm kuali pun boleh. Terbalikan dan bakar lagi. Masa nak hidang curahkan sedikit madu atau susu pekat manis. Makan masa panas2.

SUNFLOWER MUFFIN


  • Salam....
    Minggu lepas tiba2 jer suami minta dibuatkan muffin kesukaanya. Sebenarnya resepi ni ambil dari rumah Cik Mat, tapi di ubah sedikit mengikut selera suami yang sukakan kismis :) dan akak pun tambah pula sunflower seed yang memang ada dlm stok. Memang mengasyikkan bila kita mengunyah sunflower seeds yang lemak rasanya...... Jom skodeng bahan2 nya

    Bahan2
    2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)
    1 camca teh baking powder
    3/4 cawan gula perang (brown sugar)
    3/4 cawan susu cair
    1/2 cawan minyak jagung
    1 biji telur Gred A
    1 camca teh esen vanilla
    1/2 cawan kismis & sunflower seeds

    Cara2
    Campurkan gula perang, susu cair, minyak jagung, esen vanila & telur. Pukul dengan whisk hingga sebati.
    Masukkan tepung & baking powder sedkit demi sedikit. Apabila sebati, masukkan kismis & sunflower seeds.
    Masukkan dlm acuan muffin dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20-25 minit dengan suhu 170 darjah.

Friday, January 15, 2010

APAM GANDUM


Ha ni pun salah satu resepi dari dapur Cik Mat. Baru jer try mlm tadi. Sebenarnya adunan perlu dikukus dlm loyang 10", disebabkan periuk kukusnya kecil, akak cuma guna loyang 8". Apa lagi, melimpah ruah la apam masuk dlam air... Tapi masih dalam keadaan yang memuaskna. Jadi boleh la suami akak rasa masa sahur pagi tadi :). Disebabkan nak mkn pagi2, jadi x de la kelapa (kdai pun x buka lagi). So, akak gantikan dengan gula perang. Jom skodeng bahan2;
Bahan2
  • 500gm tepung gandum
  • 3/4 cawan gula perang ( klau suka manis boleh tambah sebab mmg x rasa manis)
  • 11gm yis dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
  • 2 cawan air
  • Sedikit kelapa parut yang dicampur dgn sedikit garam
Cara2
Gaul rata tepung dgn gula perang. Masukkan yis yang dibancuh. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga hinga tidak berketul. Masukkan adunan dlm loyang berukuran 10" biarkan 1 jam atau hingga adunan memenuhi loyang. Panaskan kukusan.
Kukus selama 45 minit.

KEK LABU


Salam semua... mmm bila jenguk di dapur Cik Mat, terliur tgk Kek Labu dia. Akak pun cuba la.... Mmm mula2 tu teruja la tgk kek tu tembam macam akak (mcm gmbr kat atas). Tup2 pagi2 nak potong dah turun..... Tapi masih boleh makan lagi. Kira kek dah jadi bingka la... Apapun t.kasih kat Mat pasal bagi akak C&P ya (bagi ke?)....

Bahan2
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan, sebab labu dah manis)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • saya guna 450gm labu setelah siap dikupas kulit (berat asal 600gm)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh soda bicarbinate
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1 1/2 camca besar susu tepung

Cara2
1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam , kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...




Friday, January 8, 2010

TEMPE GORENG RANGUP BERSIRA


Hari ni angin rajin datang.... Jadi dapat la masukkan 2 resepi :)
Resepi ni amat mudah & sedap pula tu.... Selain dibuat lauk, ianya boleh juga dijadikan kudapan sewaktu menonton TV. Jom kita skodeng bahan2 nya...

Bahan2 :
3 bungkus tempe (yg dibungkus dlm plastik, saiz dlm 10 x 13cm)
1 cawan ikan bilis
10 tangkai cili kering*
1 biji bawang putih*
2 biji bawang kecil*
3 sudu gula (boleh dikurangkan jika x suka manis)
Garam secukup rasa


Cara2 :
Potong tempe nipis2 (lebih kurang 1"). Goreng hingga garing & ketepikan. Goreng ikan bilis hingga rangup. Ketepikan. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga cili masak & garing. Masukkan gula & garam, kacau rata. Akhir sekali masukkan tempe & ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Kacau hingga sebati. Dahpun siap..... Selamat mencuba.....

KEK EPAL

Ok..... seperti yang dijanjikan.... resepi Kek Epal. Resepi ni ambil dari Blogger pujaan ramai Cik Mat Gebu. Terima Kasih ya dik untuk resepi ni & bagi akak C&P ....
Walaupun hasilnya x secantik mana, tapi puas hati sebab kerja tangan sendiri :)
Maaf.. gambar agak celaru sikit.. baru cuba software baru :)
Bahan2 :
  • 185 g mentega
  • 1 camca teh parutan kulit lemon
  • 2/3 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan susu segar
  • 2 biji epal hijau (saya guna 2 biji)
Cara2 :
1. Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Kupas epal, belah 3 setiap biji, buang bahagian tengahnya dan kelar2 setiap bahagian epal tadi .Rendam dalam air yang diperah sedikit jus lemon. Ketepikan.
2. Putar mentega, gula halus dan parutan kulit lemon hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
3. Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Toskan epal tadi dan susun atas adunan kek.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak.

Tuesday, January 5, 2010

INFO - RAMBUT GUGUR KETIKA MANDI

Keguguran rambut dalam amaun tertentu adalah normal (max ;100 helai sehari). Tetapi jika menyedari rambut gugur lebih, ia mungkin berkaitan dengan nutrien dalam badan. Wanita yang mengamalkan diet keterlaluan atau kekurangan zat besi (terdapat dlm daging, makanan laut & emping jagung) lebih senang mengalami keguguran rambut berlebihan. Ia juga mungkin petanda hormon tidak seimbang seperti underactive thyroid. Oleh itu jangan ambil mudah jika mengalami keguguran rambut yang terlampau. Dapatkan nasihat pakar.

Sumber ; Majalah Cosmopolitan

PETUA - HILANGKAN GATAL KELADI

Untuk menghilangkan rasa gatal keladi, masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang ketika masakan sedang mendidih. Cara ini juga akan membuatkan keladi akan mudah lembut dan lazat.
Selamat mencuba!!!

Sumber ; Majalah Wanita

MY FRIEND WEDDING

Salam semua....

Selamat Tahun Baru. Semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan pada kita semua & segala azam & cita-cita bakal tercapai pada tahun ini :)

Sebagai pembukaan, saya post gambar kawan saya dari Jepun yang baru sahaja melangsungkan perkahwinanya baru-baru ini.


Congratulations to Mr Wataru Ikemiya & wife.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...