Click jer klau ada iklan :)

Monday, March 7, 2011

PULUT SERUNDING


Diam x diam dah masuk mingge ke 2 dlm bulan Mac. Kejap jer kan. Arini nak share resepi Pulut Serunding tapi gunakan resepi yg sama dengan Pulut Panggang. Cuma kali ni tambah santan kat dalam pulut tu. Baru terasa lemaknya. Pulut Serunding ni sedap dimakan kalau serundingnya diletakkan banyak. Baru la terasa masin, pedasnya. Kita tengok resepi jom...

Bahan-bahan :

600gm beras pulut - rendam , cuci dan toskan
Santan dari 1/2 biji kelapa
Inti Serunding :
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Air
Garam

Cara-cara :
1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian kukus hingga 1/2 masak. Gaulkan pulut dengan santan yg telah dicampur dengan garam dan dikukus sehingga pulut masak.
2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6. Hidangkan bersama pulut yg telah dikukus tadi.


Nyum nyum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...