Click jer klau ada iklan :)

Friday, October 29, 2010

BAWAL CILI API

Salam semuaa....
Kali ni nak share resepi yg femes dalam keluarga aku. Keluarga aku asal dari keturunan Kerinci. Masakan org Kerinci biasanya pedas2. Banyak menggunakan cili api dalam masakan diorang.
Ni salah satu resepi yg mak aku turunkan kat aku dan suami aku pun suka masakan ni.
Kalau suka masakan pedas, bolehla cuba masakan ni ya...

Bahan2
2 ekor ikan bawan (anggaran 500gm sekor)
1/2 cawan cili api* - blh kurangkan klau x suka pedas
2 biji cili besar merah* - optional (klau suka kuah wrna merah)
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan air
Minyak
Garam

Cara2
1. Bersihkan ikan. Potong 4 bahagian. Goreng ikan hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2. Kisar bahan bertanda *.Ketepikan.  
3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air & daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam. Sedia utk di hidang :)


Close up :)

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualikum...
Mmm sepatutnya resepi ni dimasukkan smlm. Tapi x tau kenapa line internet tahap menguji kesabaran. Adusss... Nasib baik arini dah ok dah sikit. Asam Pedas Daging ni ada bermacam2 kaedah utk memasaknya. Biasala klau bagi org yg bz msk, dia akakn gunakan bahan yg paling minimum :).Apapun jom kita skodeng resepi ni..

Bahan2
300gm daging - potong lebar & nipis, cuci & toskan
2 cawan cili kisar
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai - blh gantikan dgn daun kunyit/daun kesum/bunga kantan
1 sudu asam jawa
1 cawan air - boleh ditambah jika suka kuah yg cair
Garam
Minyak

Cara2
Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Panaskan minyak, masukkan serai. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak atau cili masak secukupnya (cili klau dimasak dgn betul akan berbau). Setelah cili cukup masak, masukkan daging dan asam. Tutup. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam. Siap.

P/s; Garam dimasukkan setelah daging empuk utk mengelakkan daging lambat masak.

Makan time :)

Wednesday, October 27, 2010

KEK PISANG ~ RESEPI II

Salam semua...
Hari ni nak share resepi mudah. Mudah lagiii ... Memang mudah sbb x perlu gunakan mixer, cuma gunakan "whisk" jer. Biasala klau org bekerja ni, waktu utk memasak agak terhad. Hujung minggu jer ada masa lebih utk cuba resepi yg rumit. Sebelum terlupa, kek ni bersaiz kecil ya. Saya cuma menggunakan loyang berukuran 6" @ 15cm.Tapi x ta u knapa bhagian tengahnya naik mcm "volcano" lak.....Apapun jom kita semak resepi ya.

Bahan2
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan gula perang
2 biji pisang - di lecek (saya guna pisang montel)
2 biji telur
1/4 s/k soda bikarbonat*
1/4 s/k baking powder*
Secubit garam
3 s/b minyak jagung - blh digantikan dgn minyak masak atau mentega cair

Cara2
Panaskan oven pada suhu 180. Ayak bahan bertanda *, ketepikan. Pukul telur & gula hingga
kembang. Masukkan telur & gula ke dlm campuran tepung & kacau sebati. Akhir sekali masukkan
garam & pisang yg teleh dilenyek tadi.
Masukkan dlm loyang yg telah di griskan dgn sedikit butter di sekelilingnya.Bakar selama 45 minit atau
sehingga masak.

Pandangan dari sisi :)

Tuesday, October 26, 2010

SAMBAL PERIA TELUR





Mmm ni ada 1 lagi resepi mudah...Sori ya...tiba2 jer ada ekor harimau terkeluar dari sambal ni :)
Spoil betullll. Apapun jom semak resepi ni yaaa.... Layannn

Bahan2
2 biji peria katak - potong nipis & serong
2 biji telur
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dimayang
3 sudu besar cili kisar (blh digantikan dgn cili api jika suka)
1/2 cawan ikan bilis - basuh & toskan
Garam

Cara2
Ikan bilis di goreng hingga garing. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang besar & cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan peria, ikan bilis & telur. Perasakan dgn garam & kacau sebati hinga peria berubah warna sedikit.. Angkat & hidang. Siap :)

Sambal Peria Telur

KERABU MANGGA

Assalamualaikum semua....
Sejak kebelakangan ni, asik nak mkn benda yg ringkas2 jer. Mungkin gak ikut perubahan umur. Tapi bagus juga untuk kesihatan makan makanan yg kurang lemak & minyak ni. Selain kurang kolestrol, vitaminnya masih kekal.
Apapun jom tengok resepi berkhasiat ni :-

Bahan2
1 biji mangga (anggaran 400gm) - potong halus (kita guna sagat)
1 biji bawang besar - potong halus
5 biji cili api - potong bulat & halus (blh kurangkan jika x suka pedas)
1 biji tomato - potong dadu
1/2 cawan kacang tanah - goreng & kupas kulit
2 s/b udang kering -  goreng tanpa minyak
2 s/b sos ikan
2 biji limau - ambil jusnya (kita guna sunquick 2 s/b)
1/2 s/k Garam
1/2 s/k Gula

Cara2
Cili kering ditumbuk (jgn terlalu lumat). Tumbuk kacang tanah kasar. Gaulkan semua bahan2 hingga rata.
Perasakan dengan garam & gula. Dah pun siap :)

Mabeles... :)

Tuesday, October 19, 2010

KERABU IKAN BILIS

Salam semuaa...
Mmm ni menu malam tadi. Bosan gak klau asik mkan lauk bergoreng dan bersantan. Kali ni kita mkn lauk mentah lak. Ala2 org Jepun gituuu.Kerabu ni mmg digemari oleh kaum Hawa, sebab rasanya yg ada masam2 sedikit. Penyedianya mmg ringkas dan mudah. Lebih2 lagi klau bahan2 dah ada dlm simpanan :)
Jom skodeng bahan2nya,

Bahan2;
Segengam ikan bilis - bersih & toskan
Segengam kacang tanah - goreng tanpa minyak & buang kulitnya
1 biji bawang besar - di mayang
1 batang serai - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
1 biji cili hijau - potong bulat & nipis (blh dgantikan dgn cili api jika suka)
1 biji cili merah - potong bulat & nipis
1 s/b sos ikan
2 s/b sunquick (blh ganti dgn perahan asam limau)
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk perasa
1/2 sk gula

Cara2;
Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Masukkan bahan2 yg telah di mayang. Gaul rata. Selepas itu baru dimasukkan garam, gula, sos ikan & serbuk perasa. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan kacang tanah & ikan bilis yg telah digoreng tadi. Dahpun siapp :) 

Sedapnyaaa :)

Friday, October 15, 2010

INFO - LEMON KURANGKAN KESAN KEHITAMAN

Tahukan anda, selain enak di buat minuman, lemon juga berkesan menghilangkan kesan kehitaman di bawah lengan. Caranya dengan menghiris lemon tersebut dan gosokkannya ke bawah lengan. Amalkan selalu.
InsyaAllah kesan kehitaman itu akan bertambah pudar. Selamat mencuba :)

Sumber; Majalah Rapi

PETUA - MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Daun betik terutama pucuknya banyak digunakan untuk tujuan perubatan. Ianya juga enak dijadikan ulam.
Disebabkan rasanya yg agak pahit, maka ianya kurang digemari.
Untuk mengurangkan rasa pahit daun betik, masukkan 3-4 helai daun senduduk ke dalam air rebusan. Biarkan seketika, barulah dikeluarkan daun senduduk itu

Sumber; TV 1 (rancangan apa dah x ingat )

Daun senduduk, buah & bunganya.

Tuesday, October 12, 2010

UDANG GORENG CILI

Assalamualaikum....
Hahaha ini resepi utk org yg malas masak tapi terpaksa masak.... mmm tapi rsaanya sdap. Sebagai pengemar udang, aku mmg suka klau udang dimasak simple2 mcm ni...Jangan masak terlalu lama & terlalu banyak bahan. Nanti rasa udang dah "lari". Jom tengok ressepinya...

Bahan2
300gm udang sederhana besar - buang kulit & kepalanya
2 biji cili merah - potong serong
2 biji cili hijau
1 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
Garam
Minyak

Cara2
Panaskan minyak. Tumis halia & bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili, bawang besar.
Masak hingga layu. Akhir skali masukkan udang & perasakan dgn garam.
*Masak udang sekejap dgn api yg besar.


Sedap oooo :)

Monday, October 11, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE

Salam Semua.....
OK hari ni nak kongsi resepi yg baru di cuba Sabtu lalu. Buat atas permintaan anak buah yg ari2 nak potong kek.... Resepi mmg mudah & sedap. Teksturnya lembut & basah. X rugi mencubanya.
Resepi amik kat rumah Hana . Terima Kasih Hana....
Jom skodeng bahan2 ;)

Bahan2;
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1 sk baking soda - kita ikut Hana ~ 1/2 sudu baking powder, 1/2 soda
1 biji telur
1/2 cawan butter @ minyak masak - kita guna minyak jagung
1/2 cawan buttermilk @ susu segar - kita guna air milo (dlm kotak)
1 sk esen vanila
1/2 cawan air panas

Cara2;
1; Panaskan oven. Gris loyang 7" x 11" dgn butter.
2; Ayak tepung, baking soda. Ketepikan.
3; Pukul gula & butter, mskkan telur & pukul lagi.
4; Masukkan air panas & esen vanila.
5; Akhir sekali mskkan tepung yg diayak & gaul sebati.
6; Masukkan dlm loyang dan bakar 30-35 min. -Kita kukus :)
7; Sejukkan & tuang topping @ ganache kegemaran.
***Kek ni kurang manis. Klau x letak topping mmg agak tawar.

Teksturnya mmg lembut.....

Ni la budak yg x jemu2 sambut besday...

Wednesday, October 6, 2010

KUIH CARA MANIS


Salam semua....
Diam x diam kita kini dah di penghujung raya. Cepat masa berlalu.
Hari ni saya nak kongsi resepi mudah yg saya ambil di Myresepi. Resepi oleh Kak Jun. Terima Kasih ya atas resepi ni.
Kebetulan ada acuan kuih baulu yg mak saya bwa dr kg., tu yg smangat nak buat :). Acuan utk projek kuih baulu nti. Saya buat 2 adunan, dpt la dlm 23 biji.
Jom kita skodeng resepi ni :)

Bahan2
100gm tepung gandum
200ml santan sederhana pekat/susu segar (sya guna santan kotak yg dicairkan)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sb jus pandan (sya guna esen pandan)
Beberapa titik pewarna hujau
Gula sebagai inti

Cara2
Campur tepung, santan, telur & garam. Kacau rata. Masukakan jus pandan & pewarna hijau.
Klau berketul, tapis. (sya blend smua bahan hingga sebati)
Panaskan acuan, lenser dgn minyak. Masukan aduanan tepung dan 1/2 sudu kecil gula atasnya.
Tutup acuan sebentar. Kuih akan masam dalam 1-2 minit (bergantung pada acuan masing2)
Pastikan apinya kecil supaya kuih x hangus.
Nyum... nyum...


Tuesday, October 5, 2010

SIFAT2 MEWARISI KEPAPAAN

Assalamualaikum ....
Kali ni nak kongsi sifat2 yg boleh mewarisi kepapaan. Sebelum ni ada trima email pasal sifat2 ni, tp terDELETE, jadi rasa rugi lak klau x simpan ilmu yg berguna ni. Smlm google utk cari blk. Nasib bik jumpa :)
Mmm banyk juga yg slalu aku buat terutamanya yg no.: 5 tuuu :P
Apa lagi baca la... msti ada yg fail...hehehe
SIFAT-SIFAT MEWARISI KEPAPAAN

1: Jangan lewatkan solat Perbuatan ini Allah tidak suka (klau tertidur lain cerita)

2: Jangan masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) takut2 terbawa keluar najis mengotori seluruh rumah kita

3: Jangan makan @ minum dl bekas yg sumbing makruh & membahayakan

4: Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tak berbasuh makruh dan mewarisi kepapaan .

5: Jangan tidur lepas solat Subuh krn berpagi-pagi membuka pintu rezeki

6: Jangan makan tanpa baca "Bismillah” dan doa makan nanti rezeki dikongsi bersama syaitan

7: Jangan keluar rumah tanpa niat untuk buat kebaikan takut kita mati dalam perjalanan

8: Jangan pakai kasut berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan

9: Jangan bergaul bebas di tempat kerja banyak buruk dr baiknya

10: Jangan biarkan mata liar di perjalanan nanti hati gelap diselaput dosa

11: Jangan tanguh taubat bila berbuat dosa krn mati boleh datang bila bila

12: Jangan ego minta maaf drpd ibu bapa & sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13: Jangan mengumpat bersama rakan taulan nanti hilang bahagia rosak persahabatan .

14: Jangan lupa bergantung kpd Allah dlm setiap kerja kita nanti sombong bila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

15: Jangan bakhil untuk bersedekah sedekah memanjangkn umur, rezeki murah .

16: Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17: Jangan biasakan berbohong ,itu ciri2 munafik dan menhilangkan kasih orang pada kita.

18: Jangan suka aniaya manusia juga haiwan kerana doa makhluk teraniaya cepat dimakbulkan Allah

19: Jangan terlalu susah hati dgn urusan dunia Akhirat lebih utama dan disana hidup kekal selama lamanya

20: Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Monday, October 4, 2010

MAKKAH CLOCK

Salam semuaaa...
Hujung minggu ni dah masuk musim haji. Jemaah yg pertama akan berlepas 9hb ni.
Sempena musim haji yg bakal tiba ni... kita layan gambar2 jam di Makkah ni....









Ini pun salah satu email yg aku dapat :)

Friday, October 1, 2010

TUDUNG DI AKHIR ZAMAN

Assalamualikum semua....

Hari ni saya nak berkongsi email yg saya rasa perlu kita semua ambil perhatian. Kadang2 kita
terlepas pandang benda sekecil ini. Semoga N3 ini sedikit sebanyak kita mendapat ilmu yg sebelum ini kita tidak tahu.

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup
auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu
apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat
apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan
disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir
Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG
AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di
belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah
seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai
sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak
sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang
yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan
ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta








Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau
fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat.






Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk
badan




Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang
selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi
bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..


p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan
masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang
memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita
pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan
tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat
ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat." (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum
hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di
hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan
dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan
Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda
kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh
memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan
kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t
tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung
ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya
tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai
oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita?
Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke
belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan
Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada.
Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita
Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang
diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah
An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin
terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan
mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya
sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan.
Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari
kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...