Click jer klau ada iklan :)

Thursday, March 10, 2011

KEK KUACI


Resepi muffin yang telah dikekkan hahaha... Sebenarnya kek ni resepi asalnya adalah Sunflower Muffin tapi dah diubah menjadi kek, sebab nak cepat punya pasal. Buat sebagai buah tangan untuk sepupu suami yg dimasukkan hospital sebab kemalangan. Keluar jer kat dari oven trus kena tapau. Nasib baik dah sejuk sikit masa sampai kat hospital. Kita layan jer la resepi edisi ulangan ni yaaa...

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan sunflower seeds (kuaci bunga matahari)
1/4 cawan watermelon seeds (kuaci biji tembikai)

Cara-cara :
1. Panaskan oven, lenserkan acuan dgn sedikit mentega.Campurkan gula perang, susu cair, minyak jagung, esen vanila dan telur. Pukul dengan whisk hingga sebati.

2. Masukkan tepung & baking powder sedkit demi sedikit. Apabila sebati, masukkan sunflower seeds dan watermelon seeds.

3. Masukkan dlm acuan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40-50 minit dengan suhu 170 darjah.



Merekah...sbb suhu panas sgt :(

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau gantikan gula perang dengan gula putih boleh ker?? Atau sama sahaja?

    ReplyDelete
  3. Kalau gantikan gula perang dengan gula putih boleh ker?? Atau sama sahaja?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...