Click jer klau ada iklan :)

Friday, March 26, 2010

AYAM MASAK ASAM



Menu ni memeng femes kat Perlis. Fav. suami aku. Ok la untuk orang yg kurang selera makan. Ada rasa masam, masin & pedas. Jom kita teropong bahan2.
Bahan2
  1. 1/2 ekor ayam potong 8 (anggaran berat 1 kg)
  2. 3 ulas bawang putih *
  3. 3 ulas bawang kecil *
  4. 1/2 inci halia*
  5. 1/2 inci lengkuas *
  6. 1 st jintan manis*
  7. 10 biji cili api - belah 2
  8. 1 biji bawang besar di potong bulat
  9. 1 batang serai - diketuk
  10. 2 sudu asam jawa
  11. sedikit garam
  12. 1/2 cawan air
Cara2
Ayam digoreng hingga kekuningan (jangan terlalu garing). Ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * & tumis bersama serai hingga kekuningan. Masukkan bawang, cili api & asam jawa. Perasakan dgn garam. Masukan air & masak hingga kuah pekat sedikit. Sedia utk dihidang :)

NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE

Nasi goreng fav. aku. Paling senang nak buat. Kalau x tau juga mmmmm x tau nak ckp...
Jom skodeng bahan2

Bahan2
  • 3 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih - di racik halus
  • 1 cawan ikan bilis - goreng garing
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 10 biji cili api - di belah 2
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang merah & cili api.
Perasakan dengan garam. Pecahkan telur, kacau sebati. Akhir sekali, masukkan nasi & ikan bilis tadi. Siap........

Wednesday, March 3, 2010

BERY BERY STRAWBERY MUFFIN

Salam semua....Muffin lagi.....Ada tempahan dari jiran terdekat. Kalau ikutkan nak bagi jer... tapi banyak juga dia order. So kita kira harga kawan2. Bayar basic jer.... :)... Jom skodeng bahan2;

Bahan2
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
1 sudu teh strawbery emulco
Jem strawbery secukupnya

Cara2
Masukkan gula, minyak jagung, susu segar telur & esen dalam bekas. Kacau dengan whisk hingga kembang & sebati. Masukkan strawbery emulco, kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dgn spatula hingga sebati. Masukkan dalam acuan, letakkan jem diatasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180'C.
*** Pastikan oven cukup panas sebelum muffin dibakar, supaya muffin naik dgn cantik.

Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...