Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

SUATU PAGI @ TAMAN MAK LONG

Seronokkan duk kat kg...Pagi2 wangi jer bau bunga2 keliling rumah. Udara bersih dan x tercemar. Org sambut tahun baru kat kota tgk bunga api, saya blk kg :). Kat kg kita boleh rilek dan lepaskan tekanan. Suasana sunyi, burung menyanyi-nyanyi, angin bertiup sepoi2 bahasa.....bestnyaaaaa. Pagi2 dah ronda2 kebun bunga Mak Long kat sebelah rumah. Sambil2 tu amik gambar bunga guna kamera digital biasa jer...Kalau yg ada camera canggih tentu gambarnya lebih cantik kan. Jom layan mata...

Ini Pokok Cermin..Mak Long bg tau pokok ni boleh menghalau nyamuk. Daun dia berbau macam esen vanila.

 Close up...Daun dia berbulu mcm baldu :)

 Cantikkk

 Pokok sama tp yg ni bunga hijau

 Spesis keladi


 Pokok Bunga Raya jenis berlapis

 Pokok Bunga Raya berlapis bunga kuning

 Pokok Keladi beropol

 Pokok Rama-Rama

Yg ni bunga & kumbang yg x mandi tengah berposing :)

Thursday, August 12, 2010

KAWAN - KAWAN

Assalamualaikum.....
Diam x diam dah 2 hari kita berpuasa. Bila bulan pose jer mesti smua org pergi Pasar Ramadhan... x terkecuali la aku.... tiap2 petang msti cari kuih muih.
Tp setiap kali pergi pasar Ramadhan yg dekat dgn rmh aku, aku mesti dlam dilema... Ada 3 org kawan aku berniaga di tempat yg sama & gerai mereka berdekatan...
Jadi tiap2 hari aku akan beli kuih kat ketiga-tiga kawan aku tu... klau beli kat salah sorang, mesti yg sorang lg 1 tu kecit hati (ini andaian aku sekiranya aku di tempat mereka).... Kalau x, jgn bli dr ketiga-tiganya... Adilkan?
Aku adalah aku. Dengan cara aku :)
SELAMAT BERPUASA!!!
Kawan sejati x kenal warna & paras rupa...Saling menjaga hati & perasaan.......

& Saling sayang menyayangi.....



Monday, June 14, 2010

IP MAN & IP MAN 2

Salam Semua.....
Ha.... kali ni N3 lain sikit...Pasal filem aksi yg aku paling minat. Mula2 dulu aku tgk DRAGON TIGER GATE yg dilakonkan oleh pelakon sama. Tapi aku kurang berminat dgn kungfu terbang2 ni. X real. Hinggalah suami aku ajak tgk IP MAN 2. Mmmg best sgt2. Tapi aku blm tgk lg yg 1st, so kna la cari DVD nya... Nasib baik kwn suami aku ada...
Ni antara poster utk IP MAN. Aku plg suka minit ke 25, 50 & 1:30 - smua bab lawan2. Aku suka cite ni bukan pasal ada lawan2 jer, tp peribadi hero tu & mcmana dia jaga maruah diri & bangsa dia. Memang tabik betul dgn peribadi dia. Cara dia bercakap, cara menasihati ...mmg penuh tatasusila.Blh juga jadi contoh anak2 muda sekarang. Ikut resmi padi, Semakin berisi, semakin tunduk.Utk filem ni pasal penjajahan Jepun ke negeri China.
Yang ni pula poster utk IP MAN 2. Aku suka minit 1:35. Utk filem yg ni dia kat Hong Kong di bawah penjajahan British. Tgk la mcmana dia ajar anak murid dia pasal peribadi mulia & mcmana dia blh lembutkan hati Guru Hong yg kejam tu. Yang paling seronok ucapan terakhir dia utk mat saleh yg dia dah kalahkan. Betul2 merendah diri.
Filem ni adalah kisah benar mengenai Tok Guru Bruce Lee.
Haaaa.... ni la hero dia. Donnie Yen. Hensem ek... X rugi tgk filem ni. Gerakannaya cantik, kemas & tersusun.
Ok lah tu jer utk arini ya.... klau rajin tgk la.....Bye....

Monday, May 17, 2010

KEROPOK IKAN

Salam semuaaa... Ok hari ni bukan nak bagi resepi buat keropok ikan atau cara nak goreng keropok. Arini nak cerita pasal si penjual keropok ikan ni. Malam minggu yg lepas, aku & kak aku lepak kat kedai mamak @ Kota D'sara. Tengah syok dok sembang, dtg la sorang pemuda bawa barang. Akak nak bli kropok? Brapa? Akak aku tnya..RM 25.00/sebungkus. Mak aiii mahalnya. Lepas disoal siasat baru la tau ....
Budak ni tahfiz lulusan Al-Azhar. Baru jer grad. Berasal dari Patani. Disebabkan keadaan di Tahiland huru hara, maka dia x mndpt pekerjaan yg sesuai dgn kelulusannya. Terpaksa la dia bawa diri ke Malaysia utk teruskan hidup. Sedih gak dengar citer dia. Dia ckp kat sana mmg x de keja & keadaan hidup mereka daif sekali....
Bertuahkan kita yg duk kat M'sia ni.. semua ada, semua cukup, tp masih x menghargai... Kadang terfikir gak... aku yg keja duk jer dalam opis pun bnyk komplen. Bnyk kerja komplen, gaji naik skt komplen, nescafe hbis komplen....bla bla....
Oleh itu bersyukur la apa yang ada. Rezeki yg lebih tu sebenarnya adalah utk dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik...
Renung-renungkan... Selamat Beramal.....:))


Dek kerana kesian akak aku pun bli la 2 pek keroppok nie.....

Tuesday, January 5, 2010

MY FRIEND WEDDING

Salam semua....

Selamat Tahun Baru. Semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan pada kita semua & segala azam & cita-cita bakal tercapai pada tahun ini :)

Sebagai pembukaan, saya post gambar kawan saya dari Jepun yang baru sahaja melangsungkan perkahwinanya baru-baru ini.


Congratulations to Mr Wataru Ikemiya & wife.

Wednesday, October 14, 2009

JAMUAN RAYA - PART 3

Jamuan ni untuk kawan suami. Ini pun di buat dalam waktu yang terhad. Alhamdulillah sempat. Maklum la mlm minggu tu raya sakan... sampai pukul 2 pagi. Pagi esoknya susah nak bangun... Hehehe...
Nasi Ayam, Ayam Pandan
Ayam Pandan
Masa ni daun pandannya dah dicabutkan. Sedap dihidangkan masa panas2. Tetamu nak datang, barulah digoreng.

Nasi impit & kuah kacang.
Maaf ya, masa ni kuah kacang dah habis...


Cucuq udang lagi.
Patutla kuah kacang habis cepat..... Depa cicah dengan cucuq udang ni.....

dan... Dadih Nenas
Terima kasih pada kawan2 yang sudi datang. X lupa untuk suami yang rajin membantu.
Siap promote lagi..... "Lepas makan nasi, makan la kuih raya, semua ni isteri saya buat sendiri"
Terharu dengar......

Sebenarnya dari dulu, tiap2 tahun kami buat "open house" tapi tahun ni x larat la. Jadi buat jamuan kecil-kecilan & panggil kawan2 dalam kumpulan yang kecil. Tu yang banyak jamuan raya tahun ni..... Rasanya lagi best camni, dapat layan tetamu dengan lebih mesra....

JAMUAN RAYA - PART 2

Jamuan ke 2 ni di buat pada waktu malam untuk kawan adik ipar. X banyak yang boleh disediakan sebab x sempat. Balik kerja terus masak. Nasi Tomato.
Ayam masak merah. Last "Kopek"

Kuah Dhal

Acar rampai

JAMUAN RAYA - PART 1

Mmmmm x habis lagi cerita pasal raya... Raya dah pun nak habis... Saja nak kongsi menu yang sempat di jamu untuk tetamu. Jamuan pertama pada hari raya ke 3 - b'day Ami.


Cucuq udang & donut. X sempat nak ambil masa tengah banyak.....Donut tu sebenarnya x berapa jadi... Tapi tetap "clear"... Hehe siap ada yang tapau bawa balik & minta resepi.

Monday, August 17, 2009

AWALNYA.....



Minggu ni aku diserang selsema. 2 hari cuti duduk rumah jer. Makan ubat.... zzzzzzzzzzzz
Nasib baik semalam selsema dan batuk dah berkurangan. Jadi, sempat juga potong kain untuk buat baju raya. Kerja yang dah lama tertangguh. Memang la raya lama lagi, tapi bila fikirkan langsir yang belum dijahit, nak buat kuih raya lagi... pening. Target nak siapkan baju raya sebelum puasa pun tak tercapai. Selalunya bulan puasa malas nak menjahit.... Tapi kali ni terpaksa juga, kalau x, x de la baju baru....hehehe

Wednesday, July 15, 2009

UMRAH



Hari ini kawan baik aku berlepas ke Tanah Suci Mekah. Awal2 dah hantar mesej minta maaf atas apa2 kesalahan. Aku pula awal2 dah suruh tolong doakan untuk aku (apalagi klau bukan utk dptkan zuriat). Semoga Ramlah & keluarga selamat pergi & selamat kembali.
Orang kata pemandangan seperti di bawah sudah biasa bagi penduduk Mekah. Kambing terpaksa memanjat pokok untuk mencari makan.
Tentu seronok dapat menjejakkan kaki ke sana dan berada dekat dengan rumah Allah.
Suatu hari nanti pasti tiba giliran aku pula... Insyaallah...
Bye................ Assalamualaikum!!!

Tuesday, July 7, 2009

HANTARAN - PART 2


Yang ni pula hantaran dari pihak perempuan (adik). Tapi yang dah old fashion sikit (2006). Yang terbaru x de ambil gambar.


































So..... enjoy.........
Bye............... Assalamualaikum!!!

HANTARAN - PART 1

Walaupun gambar ni dah lama (Feb 2007), tapi atas permintaan kawan dari Brunei, saya download gambar hantaran orang Malaysia. Hantaran ni dari pihak laki (adik saya) dan di buat oleh kakak dia (saya la). Hehehe












































So enjoy.......
Bye.......... Assalamualaikum!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...