Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

ROTI TELUR BERSOSEJ

Menu yg sesuai utk buat bekpes atau mnm petang. Saja buat extra utk diagihkan pada jiran2. Kanak2 memang sukakan menu ni, mmg sesuai kalau kita sediakan bersama mereka. Kali ni saya gunakan breadcrumb yg saya buat sendiri jer... tu yg x berapa cun. Yok skodeng resepi.

Bahan2
10 keping roti
10 batang sosej ayam/daging
Serbuk roti
2 biji telur
Lada hitam - optional (campurkan dgn serbuk roti)
Minyak

Cara2
1. Canaikan roti sehingga nipis. Buat hingga habis.
2. Letakkan sosej atas roti dan gulung hingga hujung.
3. Golekkan roti ke dalam telur dan kemudian golekkan pula ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api perlahan hingga kekuninga.
5. Hidang dengan sos kegemaran.
*** utk buat serbuk roti; bakar 4 keping roti hingga kekuningan. Kisar hingga halus. Bakar lagi selepas dikisar.

Jemput makan :)

Saturday, December 18, 2010

ROTI TELUR BERKEJU

Selamat pagi semuaaa...
Dah sarapan? Klau belum, apa kata cuba resepi mudah dan berkhasiat ni. Senang dan sedap. Sesuai utk kanak2 dan juga org dewasa. Resepi amik kat My Resepi. Klau nak tengok resepi asal oleh Hana, klik kat sini yaaa. Jom tengok resepi :)

Bahan2
4 keping roti

1 biji telur
2 keping cheese
2 sudu minyak msk

Cara2
1.Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
2.Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Belah dua.Buat lagi sampai abis.
3.Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Kuali biasa pun ok. Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
4.Dah siap...mkn sewaktu masih panas 
Sedap :)

Sunday, November 21, 2010

ROTI JALA

Seronok betul waktu cuti ni. Masak dari pagi sampai petang. Roti jala ni aku makan dengan Sambal Sardin Berhalia. Sedap beb. Resepi aku ambil kat My Resepi. TQ ya tuan punya resepi. Sebelum terlupa, aku x guna acuan roti jala tapi botol sos yg plastik tu. Jadi boleh la buat roti jala 4 segi, senang nak lipat.
Tapi kena buat cepat2 sbb lubangnya satu jer. Ok kita tgk resepi lakk

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna kuning
2 helai daun pandan - utk sapu minyak di kuali

Cara2
1. Kisar semua bahan2 dalam blender hingga sebati.
2. Panaskan kuali gunakan ap sederhana), sapukan minyak & kiraikan roti atas kuali.
3. Terbalikkan apabila tepung sudah nampak agak pucat.
4. Gulung atau lipat ikut kreativiti masing2.

Jemput makan :)

Wednesday, July 14, 2010

BRUSCHETTA


Salam semuaaa. Lama rasanya x update blog ni. Inipun amik kesempatan masa tngu cik abg dtg amik. Klau x berkulat rasanya gambar kat file..... Resepi ni akak yg ajar. Senang jer buatnya. Skali tgk, msti dah tahu. Rasanya pula memikat..... Ni masakan orang Itali tapi masih sesuai utk tekak Asia kita......Jom skodeng bahan2...

  • Bahan2
  • 1 ketul roti Perancis (yg pnjg tu...)
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 bungkus daun selasih (Basil leaf)
  • 3-4 keping keju - blh juga guna keju parut
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit minyak zaitun

Cara2
Roti dipotong menyerong setebal 1/2 inci. Tomato & bawang besar dipotong dadu. Bawang putih di parut. Keju dipotong kecil. Letakkan roti atas dulang pembakar yg dialas dgn aluminium foil. Taburkan tomato, bawang putih, bawang besar, daun selasih, dan keju. Bakar dgn suhu 100 selama 5 minit. Hidangkan atas pinggan & curahkan sedikit minyak zaitun. Enak di makan panas2.
Ni la rupanya sblm di bakar.

*** Bruschetta ni ada pelbagai versi. Kita blh tambah pelbagai bahan yg kita suka. Terpulang pada selera masing2. Yg paling asas cuma roti, keju, tomato, bawang putih & minyak zaitun.

Monday, January 18, 2010

ROTI MENTEGA BERMADU

Resepi yang sedap dan senang...... ada rasa masin, manis & lemak. Makan waktu hujan2 lagi sedap. yang paling sedap bahagian tepi tu.... rangup dan masin.
Ayuh kita skodeng bahan2 :)

Bahan2
  • Beberapa keping roti
  • Mentega
  • Madu atau susu pekat manis
Sapukan mentega pada roti & bakar dalam oven atau dlm kuali pun boleh. Terbalikan dan bakar lagi. Masa nak hidang curahkan sedikit madu atau susu pekat manis. Makan masa panas2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...