Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, April 11, 2011

IKAN KELI GORENG CILI

Menu ni merupakan menu yg dah lama x masuk dapur ai. Ikan keli ni klau tokey kedai x bersihkan, mmg saya x akan beli. Pernah tekena dulu, dia ckp letak garam ikan dah boleh mati. Sampai rumah dgn penuh yakin saya pun potong 2 ikan ni, baru bersihkan kepala dia. Tetiba jer ikan tu bergerak.....apa lagi menjerit la ai. Aduhhh mcm nak gugur jantung. Tobat nak beli ikan ni hidup2. Tapi kan ikan ni klau kita goreng garing pun, kat dlamnya tetap lembut tau. Yok tengok resepi :)

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli - bersih dan toskan
3 biji cili merah *
2 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup *
1 batang serai - diketuk
1/4 asam keping (blh digantikan dgn perahan air limau)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak

Cara-cara
1. Ikan di lumurkan dengan kunyit dan garam.
2. Kisar @ tumbuk bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
4. Kurangkan minyak, tumis pula serai hingga naik bau.
5. Masukkan pula bahan kisar, masak hingga agak garing.
6. Akhir sekali masukkan asam dan perasakan dengan garam.
7. Masukkan ikan dah gaul sebati.


Jemput makan :)

Thursday, April 7, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Lama sungguh x masak menu Asam Pedas. Asam pedas ni memang lauk kegemaran orang Johor :) tapi bukan orang Perlis :( hahaha. Tapi bila sesekali buat tu, hirup kuah x hengat.. smapi naik kenyang minum kuah. Kalau x de daun kesum atau bungan kantan,  Asam Pedas akan jadi kurang enak. Bau, rasa dan aroma daun kesum @ bunga kantan akan membuatkan asam pedas betul2 piau.

Bahan-bahan
3 ikan kembong -bersih dan toskan
15 tangkai cili kering - potong, rebus dan toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan *
1 biji tomato - potong 4
6 biji kacang bende
2 pokok daun kesum
1 keping asam
Garam
Minyak
Air

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panasakan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan air (anggaran 1 cawan) dan asam keping.
4. Biarkan kuah mendidih, barulah dimasukkan ikan.
5. Masukkan kacang bende, tomato dan daun kesum bila ikan dah masak.
6. Perasakan dgn garam. Biarkan tomato dan kacang bende layu sedikit sebelum ditutp api.


Jemput makan tuan puan :)

Tuesday, March 22, 2011

IKAN BAWAL GORENG PEDAS

Salam semua... Buat apa tu?  Membasuh baju? Bila tiba musim hujan ni, banyak baju x kering. Terpaksa sidai kat dalam rumah. Buruk ghupanya .... sana sini baju. Nak wat camna..kan? Bila time2 ujan ni kan, perut pun asik lapar jer. Pagi, tengahari, petang dan malam nak mkn jer. Ikan ni pun resepi musim hujan gak..hik hik hik. Lebihan sambal boleh dicicah dgn cekodok :). Jom tengok resepi...

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal (dlam 500gm) - bersih dan toskan
15 tangkai cili kering - potong, rendam dan toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - belah 4
1/2 keping asam
Serbuk kunyit
Minyak
Garam

Cara-cara
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing/masak. Ketepikan.
4. Tumis pula cili kisar hingga garing. Masukkan bawang besar. Kacau.
5. Masukkan garam, asam dan tomato.
6. Akhir sekali masukan ikan dan gaul sebati.

Nyum nyum nyum

Friday, March 11, 2011

TALAPIA BAKAR LEMAK PECAL

Mmmm sekejap jer dah Jumaat kan. Esok cuti lagi :) Harini nak share resepi yg saya ambil kat Majalah Rasa terbaru. Senang jer nak membuatnya. Tapi en asben kurang gemar dgn rasa lemaknya. Dia lebih suka yg bakar atau grill jer. Kalau nak cuba bolehla kurangkan sedikit cili api, sbb terlalu pedas (tengok jnis cili juga).
Sebenarnya resepi ni utk seekor ikan jer, tapi w'pun saya bakar 2 ekor ikan, kuahnya tetap cukup. Kita skodeng yok resepi :)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan talapia - bersih dan toskan
10 biji cili api *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2.5cm belacan - dibakar *
5 biji cekur
250ml santan - saya guna 200ml santan kotak
1 biji cili merah - potong serong - sendiri letak
Garam

Cara-cara :
1. Bakar ikan talapia yg telah digaramkan hingga masak/ kekuningan. Ketepikan.
2. Tumbuk/kisar bahan bertanda *.
3. Masukkan bahan kisar, cekur dan santan dalam periuk dan masak dgn api perlahan.
4. Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah pekat.
5. Tuangkan kuah atas ikan yg telah dibakar tadi. 


Mcm sos spagetti rasanya :)

Tuesday, March 1, 2011

IKAN MASIN CILI API

Menu pembuka selera. Layan menu ni dgn nasi goreng. Mmmm x toleh kiri dan kanan. Masa perah asam limau, bau dia...buat kecur ayaq liuq..huhuhu. Mmm nti korang cuba la sendiri ya. Resepi ni amik kat buku Masakan Thai yg saya beli aritu. Jom layan resepi lak;

Bahan -bahan
2 keping ikan tenggiri masin - saya guna ikan kurau masin
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
8 biji cili api - dipotong nipis (sila kurangkan - sgt pedas)
1 tangkai daun saderi - x letak pun
2 biji limau nipis - saya guna 1 jer
1 sb minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga garing bersama bawang besar dan daun saderi.
2. Masukkan cili api. Kacau lagi.
3. Akhir sekali, perah jus limau, kacau rata dan angkat.

Sedappppp :)

Thursday, February 24, 2011

IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK TERUNG TELUNJUK

Minggu ni teringin nak makan masak lemak lagi. Kali ni masak ikan kembung + terung telunjuk. Mmm dah lama x mkn terung ni.... ssh betul nak cari skrg ni ~sigh~. Masak 2 ekor ikan jer sbb suami x suka masak lemak :(. Gua layan sorang2. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong - bersih dan toskan
5 biji terung telunjuk - bersih dan toskan (belah 2)
1/2 biji kelapa - ambil santanya
5 biji cili api * - blh tambah utk extra pedas
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
2 1/2 cawan air
1 keping asam
Garam

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * bersama 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Didihkan 1 cawan air bersama dengan bahan kisar. Baki 1 cawan lagi digunakan untuk memerah santan.
3.Masukkan ikan, garam dan terung. Masak hingga terung lembut / berubah warna.
4. Masukkan pula santan, masak hingga mendidih dan kuah agak pekat dgn api perlahan.

Soruuu timee :)

Tuesday, February 22, 2011

CENCARU SUMBAT GORENG

Exceli masak agak banyak tempohari utk sepupu yg datang tidur dirumah. Tapi x sangka pula dia nak balik pagi keran ada hal. Nasib baik  la ada adik beradik berdekatan, boleh la berkongsi rezeki yg berlebihan ni.
Resepi dari Che Iza ni amik kat My Resepi. Terima Kasih utk resepi sedap ni. Jom tengok resepi;

Bahan2
1 kg ikan cencaru

1/2 biji kelapa parut
3-4 biji bawang merah *
2-3 ulas bawang putih *
1 sudu besar udang kering *
1/2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 biji buah keras * - x letak
2 sb lada boh * - saya guna cili kisar
sedikit air asam jawa
garam, gula n perasa

Cara2
1. Tumbuk semua bahan bertanda * Tumis lada boh/cili kisar hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sekata. Masukkan garam, gula dan perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
3. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
4. Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.

My version ; extra serunding :)

Monday, February 21, 2011

IKAN BAWAL MASAK HIJAU

Nyum, nyum sedapnya.....campak2... masak...siap...makan. Mcm tu la gayanya org malas nak ke pasar.
Terpaksa gunakan apa jer yg ada dalam bakul ajaibku...hehehe. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal (500-600gm) - bersih dan toskan
2 biji cili besar hijau *
8 biji cili api hijau *
1/2 inci halia *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
1/2 helai daun kunyit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam
1/2 cawan air (blh dilebihkan utk lebih berkuah)
Minyak
Garam

Cara-cara
1. Potong ikan sederhana besar (saya potong 6). Kisar bahan bertanda *.
2. Goreng ikan hingga kekuningan / masak. Ketepikan.
3. Dlm kuali yg sama, masukkan serai dan tumis bahan kisar hingga agak garing. 
4. Masukkan air dan daun kunyit. Masak hingga kuih pekat.
5. Masukkan ikan yg digoreng tadi. Kacau sebati. Sedia utk dihidang :).

X teringin nak cuba?

Monday, February 7, 2011

KEMBUNG BAKAR vs AIR ASAM

Dah blk bercuti semua? Alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat kembali dari destinasi masing2.  Harini saya masih bercuti lagi, esok baru bkerja semula. Jadi dapat la mengemas dan basuh apa yg patut. Waktu kerja2 rumah banyak mcm ni, menu yg ringkas memang menjadi pilihan. Ikan Bakar ni dah boleh dihidang dlm masa kurang 1/2 jam. Saya hanya mengunakan grill pan utk memanggang ikan. Bagi yg tingal di kg, panggang secara tradisional lebih sedap. Jom semak resepi :)

Bahan2
2 ekor ikan kembong sederhana besar - bersih dan toskan
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam

~Air asam
8 biji cili padi - potong halus (blh kurangkan jika x suka pedas)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
2 sb paste asam jawa - saya guna Adabi
1/2 cawan air suam
Belacan - sebesar ibu jari - dibakar
Garam

Cara2
~Untuk Ikan
1. Panaskan pemanggang. Lumurkan kunyit dan ikan ke seluruh ikan.
2. Panggang ikan hingga masak/kekuningan.
(Jika suka boleh balut ikan dgn daun pisang)

~Untuk Air Asam
1. Bancuh asam, garam dan belacan dgn air suam. 
2. Masukkan pula cili api, bawang dan tomato. Gaul sebati.
Makan panas2. Nyum nyum

Monday, December 20, 2010

SIAKAP 3 RASA

Salam Isnin...
Kerja ke arini? Kesian..hahaha... Harini saya cuti lagi...masih dlm proses menghabiskan cuti tahun :) Haaa inilah masakan yg saya cuba dari buku Masakan Thai. Buat khas utk En Asben berbuka pose. Sangat berpuas hati dgn hasilnya. Saya pun x tau masakan 3 rasa ni ada berapa versi, sbb pernah mkn di restoran Thai di D'sara Utama, kuahnya warna putih jernih dan likat. Tapi versi yg ni, ala2 masam manis pun ada. Cuma ia x terlalu masam. Apapun jom kita semak resepi :)

Bahan2
1 ekor ikan siakap - sederhana besar (dlm 500-700gm) -bersihkan
100 gm nenas - potong dadu
1/2 batang timun - potong dadu - sya potong panjang
2 biji tomato - potong dadu - sya belah 16
1/2 batang lobak - sendiri letak
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap masin
1 tangkai daun ketumbar
40gm cili kering*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Minyak
Garam 
Gula
Serbuk kunyit

Cara2
1. Perapkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit selama 15 min.
2. Goreng ikan hingga garing dlm minyak yg panas yang banyak. Angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dlam kuali dan tumis bahan kisar yg bertanda *. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato dan kicap masin.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga kuah agak pekat.
6. Masukkan pula nenas, tomato,timun, lobak dan bawang besar.
7. Kacau seketika sebelum diangkat.
8. Tuang kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar yg telah dipotong tadi.
*** Sayuran boleh dipotong mengikut kreativiti masing2.

Bismillah...

Wednesday, December 1, 2010

SIAKAP MASAM MANIS

Salam Rabu...
Excelikan menu ni dimasak weekend aritu. X sempat nak update. Maklum la hujung2 bulan ni keja berlambak. Kena buat report & tutup akaun. Ok kite citer pasal ikan ni ya... Kali ni buat pedas sikit. Ubahsuai dari resepi yg terdahulu :)  1/2 ekor lagi goreng jer utk kanak2. Jom tengok resepi.

Bahan2
1/2 ekor ikan siakap (1 ekor jika ikan kecil - 500gm)
6 s/b cili kisar*
2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
3 s/b cili sos
1 inci halia - racik halus
1/2 biji capsicum merah - potong berbaji
1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - potong berbaji
1 biji carrot - potong berbentuk bunga
1/2 s/b gula perang - optional
Minyak
Garam
Serbuk Kunyit

Cara2
1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dgn kunyit. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan.
3. Goreng ikan hingga kekuningan/ masak. Ketepikan.
4. Tumis halia hingga naik bau, masukkan pula cili kisar. Masak hingga cili masak.
5. Masukkan sos, carrot & bawang besar. Kacau sebentar.
6. Masukkan pula capsicum, garam & gula perang. Perasakan.
7. Masukkan tomato sebelum diangkat.
***Capsicum, bawang, tomato & carrot boleh dipotong ikut kreativiti masing2.

Sodap!

Sunday, November 21, 2010

SAMBAL SARDIN BERHALIA

Add caption
Salam semua dan selamat berhujung minggu. Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibubapa yg ambil cuti utk bwa anak2 jalan. Cakap pasal anak2 ni kan, sardin ni kira lauk fav. kebanyakan kanak2.
Kira pembuka selera la, lebih2 lagi kena dgn cara masaknya. Memang layaaannn. Bagi aku x kira berapa banyak yg nak dimasak, aku tetap beli sardin dlm tin yg kecil. Ikanya lebih lembut & tak brapa besar. Sedang elok la klau buh kat pinggan. Apa kata kita tengok resepi :)

Bahan2
2 tin kecil sadin
1 cawan cili kisar
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia - cincang halus
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 tin air (gunakan sukatan tin sardin)
6-10 biji cili api - belah 2 utk extra pedas
1 keping asam keping
Minyak utk menumis
Garam

Bahan2
1. Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar.
2. Panaskan minyak, goreng halia hingga keperangan/rangup. Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga masak.
4. Masukkan ikan sardin dan bawang besar.
5. Kacau sebati. Masak hingga kuah pekat. Perasakan dgn garam.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan halia yg digoreng tadi.
7. Dah siap. Sedap makan panas2.

Paling syokk bila kunyah halia :)

Wednesday, November 3, 2010

KEMBONG MASAK LADA HITAM


Hari ni mcm malas nak menulis. Kita terus ke resepi ke jer la ya.....

Bahan2
5 ekor ikan kembong - bersih & toskan
6 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 s/b lada hitam*
5 biji cili api* - optional
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b kicap masin
Minyak
Garam

Cara2
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak & goreng ikan hingga kekuningan/garing. Ketepikan.
3. Tumis pula bahan yg dikisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula kicap, bawang besar & cili besar. Kacau sebentar.
5. Perasakan dgn garam & angkat.

Sedappp tapi pedassss

Monday, November 1, 2010

BAWAL MASAK MASAM MANIS


Salam Isnin & selamat bekerja kembali..
Kali ni nak share menu makan malam tadi. Cepat & mudah. Bayangkan dlm masa kurang 1 jam, aku berjaya siapkan 3 hidangan. Mmm resepi yg ringkas & membuka selera. Org depan rumah (tokey nasi ayam) ajar buat menu ni. Jom kita tengok :)

Bahan2
1 ekor ikan bawal (dlm 400-500gm) - bersih & toskan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji capsicum - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam
*Kalau suka boleh tambah hirisan nenas & timun

Cara2
1. Kelar ikan, goreng dgn api besar (supaya garing di luar tp isinya lembut) hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air.
5. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)


Hanya 1/2 jam diperlukan :)

Friday, October 29, 2010

BAWAL CILI API

Salam semuaa....
Kali ni nak share resepi yg femes dalam keluarga aku. Keluarga aku asal dari keturunan Kerinci. Masakan org Kerinci biasanya pedas2. Banyak menggunakan cili api dalam masakan diorang.
Ni salah satu resepi yg mak aku turunkan kat aku dan suami aku pun suka masakan ni.
Kalau suka masakan pedas, bolehla cuba masakan ni ya...

Bahan2
2 ekor ikan bawan (anggaran 500gm sekor)
1/2 cawan cili api* - blh kurangkan klau x suka pedas
2 biji cili besar merah* - optional (klau suka kuah wrna merah)
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan air
Minyak
Garam

Cara2
1. Bersihkan ikan. Potong 4 bahagian. Goreng ikan hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2. Kisar bahan bertanda *.Ketepikan.  
3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air & daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam. Sedia utk di hidang :)


Close up :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...