Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Monday, March 26, 2012

RENDANG KERANG TANPA SANTAN


Pernah x makan rendang tanpa santan? Masa mula-mula makan dulu, memang dah terpikat dengan rasanya. Tapi x kan nak minta resepi dengan tokey nasi lemak tu pulak kan? Tapi dah rezeki, kedai nasi tu pun dah tutup dan kebetulan pula dia pindah dan berjiran pula dengan saya. Bila dah rapat, dan mula pergi ke pasar sesama, baru la berani buka mulut nak bertanya pasal resepi ni. Alhamdulillah, dia pun x kedekut ilmu dan bagi resepi ni, dan akhirnya resepi idaman berada di depan mata dan saya yg memasaknya...lalalalala
Kalau nak tau sedap ke idak, kena la cuba ya...

Bahan-bahan :)
1 cawan isi kerang
1 batang serai dipotong kecil *
5 biji bawang kecil *
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Sedikit lengkuas *
5 biji cili api - diketuk (boleh juga dihiris halus utk extra pedas)
Minyak
Garam

Cara penyediannya ;
1. Kisar bahan bertanda * ( x perlu terlalu halus, sekadar hancur sahaja)
2. Panaskan minyak dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kerang, bawang besar dan cili api, kacau sebati.
4. Masak hingga agak kering dan perasakan dengan garam.


Friday, February 3, 2012

SCALLOP GORENG BERCILI

Salam..
Pernah mkn x siput ni? Saya pernah makan tapi ni la 1st time memasaknya. Bila gogel, nama siput ni scallop atau dalam bahasa kita kapis. Siput ni la yg jadi logo syarikat minyak Shell tu. Bila tengok siput ni, jadi sayang nak masak sebab cantik. Teksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala.  Kalau nak masak tu kena la bersihkan bahagian dalamnya yg berlumpur.
Jom kita skodeng resepi kedua untuk tahun ni :)

Bahan-bahan :)
1 kg scallop
2 biji cili merah *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
5 biji cili api - di belah - utk extra pedas
1 batang serai - diketuk
1/2 cawan air - boleh lebihkan jika suka berkuah
3 sb minyak
Garam

Cara-cara;
1. Siput dibersih, basuh dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, masukkan serai, tumis hingga wangi. Masukkan pula bahan kisar.
4. Masak hingga cili masak dan agak garing. Masukkan pula siput.
5. Biarkan hingga siput masak dan kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan garam dan kacau seketika sebelum ditutup api.

Siput scallop sebelum dimasak. Cantikkan?

Wednesday, November 9, 2011

KETAM MASAK LEMAK PEKAT

Ketam! Ketam! Makanan laut yg paling saya gemari :). Walaupun lepas makan kena menggaru, tp sedap punya pasal hentam jer...hik hik hik. Menu ni pun memang menu kegemaran famili saya. Masa 1st time  buat utk suami dulu, trus dia pun suka menu ni. Kira klau beli ketam, mmg x masak lain dah. Rasa pedas + lemak dan manis isi ketam memang mengancam!

Bahan-bahan :)
3 ekor ketam - anggaran berat 300gm seekor
25 biji cili kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 cawan air - utk memerah santan
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
1 cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan. Bersihkan ketam dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan serai kemudian masukkan pula cili kisar.
3. Masak hingga cili agak garing. Masukkan pula asam gelugor.
4. Kemudian masukkan santan bersama ketam. Masak hingga kuah menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidangkan.



Friday, August 5, 2011

PETOLA MASAK TUMIS AIR


Mmmm sekejap jer dah 5 hari kita pose kan? Hari ni mcm x de mood nak menulis, kita skodeng resepi jer la ya. Menu ni antara menu kegemaran famili saya, tp skrg ianya pun dah jadi kegemaran en asben. Mudah disediakan sedap dan berkhasiat. Lebih sedap lagi  klau cuaca panas, mmg sedap hirup kuah dia....joom kita tgk bahan2 dia yeeeaa

Bahan-bahan :)
2 biji petola - bersihkan kulit dan potong serong
Segengam udang kertas - bersih dan toskan
3 biji bawang kecil - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
3 cawan air
10gm soo hun - direndam
Garam

Cara-cara
1. Didihkan air dlm periuk dan masukkan udang, petola dah soo hun.
2. Biarkan seketika hingga petola berubah warna dan soo hun mengembang.
3. Perasakan dgn garam, dan boleh la di tutup api.
4. Dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang kecil hingga kekuningan.
5. Angkat dan masukkan bawang dalam sayur tadi. X perlu dikacau.
6. Masukan 2-3 sudu minyak yg masih panas ke dalam sayur. Sedia utk dihidang :)


Tuesday, May 17, 2011

TOM YAM KUNG


Sawadi kapppp :).....Selamat bercuti semuaaaa...Sempena hari cuti ni, kita layan menu Thailand lak yaaa. Menu yg plg senang.. x smpai 20 minit dah boleh makan. Semua main tuang jer. Kalau malas2 boleh la masak menu ni ya :).  Ooooopppssss sebelum terlupa nak bagi tau (bagi yg x tau) "kung" tu adalah udang dalam bahasa kita :)

Bahan-bahan :)
1 peket perencah tom yam - saya guna jenama Adabi
2 1/2 cawan air
10 ekor udang - bersihkan dan sejatkan
1/2 labu bawang Holland (yg kaler kunung tu)
2 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
4 biji cili api
1 batang celeri
1 biji tomato - belah 4
1 biji limau nipis - ambil airnya
Sedikit daun ketumbar
Garam

Cara-cara
1. Masak air hingga didih dan masukkan perencah tomyam.
2. Masukkan pula serai, daun limau purut, batang celeri dan bawang besar.
3. Perahkan air limau dan masukkan pula tomato, cili api dan udang yg telah disejatkan.
4. Perasakan dengan garam dan tutupkan api.
***Saya cuma merendamkan udang dalam air panas utk menyejatkannya.
      (udang perlu disejatkan supaya rasa tomyam dapat dikekalkan)



Friday, April 8, 2011

SAMBAL UDANG PETAI

Wah mmg x tahan tengok sambal udang ni...my febret nih, tambah lah ada petai...speechless org putih ckp :P
Lauk ni jer pun dah cukup, x perlu lg lauk sampingan. Nyum nyum. Kita layan resepi yokkk

Bahan-bahan
500 gm udang - kupas kulit, belah belakang, bersih dan toskan
3 papan petai - kupas kulit
25 tangkai cili kering - potong, rebus, bersih dan toskan *
5 biji bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan asam. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan petai dan udang, kacau seketika.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, kacau sebati.
6. Sedia utk dihidang :)

Sambal Udang Petai

Tuesday, April 5, 2011

SOTONG GORENG KUNYIT


Minggu malas memasak.... hahaha. Masak yg simple2 jer utk mkn malam. Tapi walaupun simple, bertambah juga nasi.... huhuhu. Kalau nasi dah bertambah, yg lain pun ikut bertambah lerr. Kolestrol, kalori, berat, badan dll. Mmm hbis diet kena langgar. Adusss camna la nak kurus camni :(

Bahan-bahan
5 ekor sotong sederhana besar- potong, bersih dan toskan
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih  - dicincang
3 batang kacang panjang - potong 1"
2 biji cili besar - dihiris
1 sk serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang besar, kacang dan cili. Goreng seketika.
3. Akhir sekali masukkan sotong. Perasakan dengan garam.
4. Kacau seketika sebelum diangkat.

Friday, February 11, 2011

UDANG GORENG TOK WAN

Ush ush.. besaqnya udang2 ni. Memang jadi kebiasaan klau blk ke kg mertua, mewah dgn makanan laut. Maklumla.. pak mertua tokey ikan. Bila saya blk Perlis jer, msti dapat makan best2 :)terutamanya seafood...maklumla w'pun ayah tokey ikan tapi ipar duai x makan makanan bercengkerang. Jadi, adik ipar depa (gua la) laaa yg duk pulun semua tu. Ayah lak bila dah jmpa regu nak makan, lagi la bersemangat membeli :). Kali ni ayah beli udang laut, yg saya rasa harganya boleh mencecah RM 60/kg kalau kat KL ni sbb saiznya yg besar... XXL. Sebagai menghormati/Terima Kasih pada tuan yg belanja, maka resepi ni dinamakan "Udang Goreng Tok Wan"....Jom skodeng resepi..

Bahan2
2 kg udang - belah belakang, bersih dan toskan
2 inci halia - dimayang
5 biji bawang kecil - dimayang
3 biji bawang putih - dimayang
2 sb serbuk kunyit
2 sb garam
2 sb serbuk kari
10 biji cili api - diketuk
1 cawan air
Minyak
1 tangkai daun sup - utk hiasan

Cara2
1. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang kecil hingga kekuningan.
3. Masukkan pula serbuk kari dan cili api. Masak hingga naik bau.
4. Masukkan air, biarkan mendidih, barulah dimasukkan udang.
5. Masak dgn api besar, kacau dan biarkan hingga udang berubah warna dan kuahnya pekat.
6. Angkat dan hiaskan dgn hirisan daun sup.

Fuhhhhhhh! sedapnyaaa

Tuesday, February 8, 2011

HONEY SOTONG

Exceli resepi ni saya cuba2 jer. Sewaktu makan di Restoran Peranakan, saya order menu ni dan dalam buku menu tu ada ditulis bahan2 yg digunakan utk buat Honey Sotong. Apa lagi.. balik rumah cuba la. Rasanya  80%  hampir sama dgn kat restoran tu. Cuma saya kurangkan madu utk elakkan rasa yg terlalu manis.
Jom cuba resepi ni :)

Bahan2
2 ekor sotong - potong panjang & kecil
3 sb tepung jagung
1 sk bijan
1 sk blackpepper
1 sk garam
1/2 sk lada sulah
1 biji telur
2 sb madu
1 cawan minyak

Cara2
1. Panaskan minyak. Gaul sebati tepung jagung, blackpepper, bijan dan lada sulah.
2. Celup sotong ke dalam telur yg telah dicampur dgn garam.
3. Kemudian celupkan pula ke dalam campuran tepung.
4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Akhir sekali golekkan sotong dgn madu sebelum dihidang.
Yummy :)

Monday, February 7, 2011

KEMBUNG BAKAR vs AIR ASAM

Dah blk bercuti semua? Alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat kembali dari destinasi masing2.  Harini saya masih bercuti lagi, esok baru bkerja semula. Jadi dapat la mengemas dan basuh apa yg patut. Waktu kerja2 rumah banyak mcm ni, menu yg ringkas memang menjadi pilihan. Ikan Bakar ni dah boleh dihidang dlm masa kurang 1/2 jam. Saya hanya mengunakan grill pan utk memanggang ikan. Bagi yg tingal di kg, panggang secara tradisional lebih sedap. Jom semak resepi :)

Bahan2
2 ekor ikan kembong sederhana besar - bersih dan toskan
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam

~Air asam
8 biji cili padi - potong halus (blh kurangkan jika x suka pedas)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 biji tomato - potong dadu
2 sb paste asam jawa - saya guna Adabi
1/2 cawan air suam
Belacan - sebesar ibu jari - dibakar
Garam

Cara2
~Untuk Ikan
1. Panaskan pemanggang. Lumurkan kunyit dan ikan ke seluruh ikan.
2. Panggang ikan hingga masak/kekuningan.
(Jika suka boleh balut ikan dgn daun pisang)

~Untuk Air Asam
1. Bancuh asam, garam dan belacan dgn air suam. 
2. Masukkan pula cili api, bawang dan tomato. Gaul sebati.
Makan panas2. Nyum nyum

Friday, February 4, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG

Buat apa musim cuti ni? Cuti2 M'sia? Pada yg memandu tuuu, berhati-hatila ya. Maklum la musim hujan ni, jalan licin. Harini saya nak kongsi resepi yg biasa2 jer. Rasanya ni menu yg selalu disediakan oleh para surirumah. Senang dan x jemu walaupun dok perangat 2-3 ari. Selain sesuai utk makan nasi, sedap gak makan dgn lempeng, ubi rebus dll.
Jom kita tengok resepi :)

Bahan2

7 ekor sotong - bersih dan toskan
1 cawan cili kisar*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis cili yg telah dikisar bersama bahan bertanda* sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam, bawang besar dan sotong. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Tutup api bila sotong mulai lembut.
** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buang lebihan minyak setelah cili betul2 masak.

Wednesday, January 19, 2011

UDANG GORENG OAT

Selamat bercuti pada yg bercuti jerk yaaaa... Memandangkan ada masa yg bnyk, apa kata masak sesuatu yg istimewa. Selain mudah nak buat, rasanya pun sedap. Udang Goreng oat ni sesuai gak mkn begitu saja dgn sos. Terima Kasih kat 14 sept dari My Resepi utk resepi mudah ni. Kalau tengok pada resepi asal, ianya x de sukatan, jadi resepi ni sya edit dgn memasukkan sukatan yg sya gunakan. Jom tengok resepi :)

Bahan2
· 15 ekor Udang -dibersihkan dan dibuang kulit
· 1 biji telur Putih telur - saya guna smuanya
· 2 sb tepung jagung
· 4 sb Oat
· Garam
· Minyak bijan - saya gunakan kicap seasoning
· Minyak masak

Cara-cara

1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan atau kicap sesoning dan garam.
2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Jemput makan :)

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Selamat pagi semuaaa....
Suka siput sedut x? Ada sesetengah org x menggemari siput ni. Petua klau nak mkn siput ni, lps sedut jgn tengok...hahaha. Kalau nak masak lemak, x boleh terlalu pedas, sbb takut tersedak masa kita sedut siput tu...msti mngalir air mata klau msk pedas2. Meh layan resepi ni....

Bahan2
1 mangkuk siput (anggaran 400gm) - bersih dan toskan
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit Kunyit hidup* (sebesar duit 5 sen)
5 biji cili api*
1 batang serai
1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan air
Garam

Cara2
1. Kisar bahan bertanda * dgn 1/2 cawan air. (1 cawan lagi utk diperah bersama kelapa).
2. Masukan bahan kisar dan serai ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
3. Masukkan pula siput. Biar hingga siput berubah warna.
4. Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dgn garam.
5. Masak dgn api perlahan hinggan mendidih dan kuah agak pekat. Sedia utk dihidang.

Jemput sedut... Slrrrrppp

Tuesday, January 18, 2011

UDANG GORENG KUNYIT

Salam Selasa..
Resepi ni sesuai kalau kita malas memasak. Kalau malas gak nak buat...no komen. Seeloknya ianya dihidangkan sejurus lepas masak. Panas. Sedap.
Jom skodeng resepi :)

Bahan2
15 ekor udang - potong kepala, bersih dan toskan
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili besar - dihiris
1/2 biji carot - dipotong
1 sb serbuk kunyit
1sk garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak. Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.
2. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis pula bawang putih, bawang besar, cili dan carot. Kacau seketika.
4. Masukkan udang dan kacau sebati sebelum diangkat.

Jemput makan :)

Tuesday, January 11, 2011

SAMBAL UDANG PETAI THAI

Salammm....
Ok kalini nak share resepi ke 4 yg sya cuba dlam buku Masakan Thai. Bahanya lebih kurang sambal udang versi Malaysia gak cuma ditambah sos tomato dan kicap. Rasanya x berapa pedas. Kanak2 pun sesuai makan, yg x sesuai org yg ada exzema mcm saya hehehe...Tapi nak wat camna, dah fav. seafood..blasah jer..klau naik gatal2, g jmpa Tuan Doktor. Jom tengok resepi....

Bahan2
15 ekor udang - bersih & toskan - saya guna 20 ekor
1 papan petai - ambil isinya - sya guna 2 papan
4 sb cili kisar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sb sos tomato
1 sb kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
4 sb minyak masak
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar - sya x letak
Garam
Gula

Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng udang seketika. Angkat dan toskan.
2. Tumis pula bahan kisar* hingga wangi/masak.
3. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan udang petai dan bawang besar.
5. kacau seketika sebelum diangkat. Siap..

Sedap :)

Wednesday, January 5, 2011

SAMBAL BILIS PETAI

Salam...
Mesti ramai pengemar sambal kat luar sana. Sambal mmg sinonim dgn org Malaysia. X kira bangsa apa, sambal menjadi masakan kegemaran. Apa yg membuat sambal begitu spesel, lagi lama dipanaskan, ia bertambah sedap. Kita x akan jemu walaupun dihidangkan dgn sambal setiap hari. Itu istimewanya sambal :)
Sambal bilis petai mmg menjadi kegemaran saya. Tapi setiap kali masak, saya kan bahagikan kpd 2; 1 utk saya dan 1 utk suami (tanpa petai). Adilkan? Ehhh jom kita skodeng resepi :)

Bahan2
1cawan ikan bilis - bersih dan toskan
1 cawan cili kisar*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
2 papan petai - kupas kulit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis cili yg telah dikisar bersama bahan bertanda* sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam, bawang besar, petai dan ikan bilis.  Perasakan dgn garam dan gula.
4. Tutup api bila petai sudah berubah warna.
** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buang lebihan minyak setelah cili betul2 masak.

Tuesday, November 9, 2010

UBI REBUS VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Salam Selasa.....
Harini nak kongsi menu sarapan pagi tadi. Aku mmg suka menu ni walaupun agak old fashion :)
Lagi lak klau makan waktu hujan2. Memang mabeles :) Exceli ubi ni mak aku tapaukan masa blk kg tempohari. Masak sekejap jer dah empuk. Lembut dan gebusss.
Oklah jom semak resepi,

UBI REBUS ~ my style

Bahan2
Ubi (dlm 3kg) - kupas kulit dan potong bulat
1/2 cawan minyak
3 cawan air - sukatan ni utk ubi yg cepat empuk
2 s/b garam

Cara2
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan garam
3. Masukkan ubi dan air. Kacau sebati.
4. Masukkan ubi dan tutup.
5. Masak hingga ubi empuk/merekah.

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2
1 cawan ikan bilis - bersih dan toskan
2 cawan cili kisar *
5 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam keping - blh ditukar dgn 1 s/k asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi.


Jom makan..

Wednesday, November 3, 2010

KEMBONG MASAK LADA HITAM


Hari ni mcm malas nak menulis. Kita terus ke resepi ke jer la ya.....

Bahan2
5 ekor ikan kembong - bersih & toskan
6 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 s/b lada hitam*
5 biji cili api* - optional
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b kicap masin
Minyak
Garam

Cara2
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak & goreng ikan hingga kekuningan/garing. Ketepikan.
3. Tumis pula bahan yg dikisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula kicap, bawang besar & cili besar. Kacau sebentar.
5. Perasakan dgn garam & angkat.

Sedappp tapi pedassss

Monday, November 1, 2010

BAWAL MASAK MASAM MANIS


Salam Isnin & selamat bekerja kembali..
Kali ni nak share menu makan malam tadi. Cepat & mudah. Bayangkan dlm masa kurang 1 jam, aku berjaya siapkan 3 hidangan. Mmm resepi yg ringkas & membuka selera. Org depan rumah (tokey nasi ayam) ajar buat menu ni. Jom kita tengok :)

Bahan2
1 ekor ikan bawal (dlm 400-500gm) - bersih & toskan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji capsicum - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam
*Kalau suka boleh tambah hirisan nenas & timun

Cara2
1. Kelar ikan, goreng dgn api besar (supaya garing di luar tp isinya lembut) hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air.
5. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :)


Hanya 1/2 jam diperlukan :)

Tuesday, October 19, 2010

KERABU IKAN BILIS

Salam semuaa...
Mmm ni menu malam tadi. Bosan gak klau asik mkan lauk bergoreng dan bersantan. Kali ni kita mkn lauk mentah lak. Ala2 org Jepun gituuu.Kerabu ni mmg digemari oleh kaum Hawa, sebab rasanya yg ada masam2 sedikit. Penyedianya mmg ringkas dan mudah. Lebih2 lagi klau bahan2 dah ada dlm simpanan :)
Jom skodeng bahan2nya,

Bahan2;
Segengam ikan bilis - bersih & toskan
Segengam kacang tanah - goreng tanpa minyak & buang kulitnya
1 biji bawang besar - di mayang
1 batang serai - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
1 biji cili hijau - potong bulat & nipis (blh dgantikan dgn cili api jika suka)
1 biji cili merah - potong bulat & nipis
1 s/b sos ikan
2 s/b sunquick (blh ganti dgn perahan asam limau)
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk perasa
1/2 sk gula

Cara2;
Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Masukkan bahan2 yg telah di mayang. Gaul rata. Selepas itu baru dimasukkan garam, gula, sos ikan & serbuk perasa. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan kacang tanah & ikan bilis yg telah digoreng tadi. Dahpun siapp :) 

Sedapnyaaa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...