Exceli resepi ni saya cuba2 jer. Sewaktu makan di Restoran Peranakan, saya order menu ni dan dalam buku menu tu ada ditulis bahan2 yg digunakan utk buat Honey Sotong. Apa lagi.. balik rumah cuba la. Rasanya 80% hampir sama dgn kat restoran tu. Cuma saya kurangkan madu utk elakkan rasa yg terlalu manis.
Jom cuba resepi ni :)
Bahan2
2 ekor sotong - potong panjang & kecil
3 sb tepung jagung
1 sk bijan
1 sk blackpepper
1 sk garam
1/2 sk lada sulah
1 biji telur
2 sb madu
1 cawan minyak
Cara2
1. Panaskan minyak. Gaul sebati tepung jagung, blackpepper, bijan dan lada sulah.
2. Celup sotong ke dalam telur yg telah dicampur dgn garam.
3. Kemudian celupkan pula ke dalam campuran tepung.
4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Akhir sekali golekkan sotong dgn madu sebelum dihidang.
Yummy :)
No comments:
Post a Comment