Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label bubur/dessert. Show all posts
Showing posts with label bubur/dessert. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES



Assalamualaikum....
Rasa kekok pula dengan format baru blog ni. Terkial-kial pada mulanya. Ambil masa juga nak serasi . Lama-lama ok la nanti. InsyaAllah. OK, untuk N3 pertama resepi, saya nak share resepi Marble Cheese Brownies. Ramai yang dah cuba dan puas hati dengan hasilnya termasuk la saya :). Kebetulan pula besok merupakan cuti Hari Buruh, bolehlah mencuba resepi ni ya kawan2 :) 

Resepi asal : Kak Jasmeen Nadiya / Kak Rinn Chan

Sumber : Ros@jintanmanis

Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)
1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


 

Saturday, April 28, 2012

BUBUR PULUT HITAM

Salam :))
Bubur kegemaran seisi keluarga. Buat atas permintaan en asben. Siap pesan "nanti buat bubur pulut hitam ya, lepas tu boleh la update kat blog, cakap suami saya yang request" hahaha. Jom kita skodeng menu minum petang hujung minggu yang lalu :)

Bahan-bahan :)
150gm pulut hitam - rendam 1 jam dan toskan
1 biji kelapa - menghasilakan 2 cawan  santan pekat
Segenggam biji sagu - basuh dan toskan
2 helai daun pandan - disimpul
Gula secukup rasa
Secubit garam
1 cawan air

Cara-cara :
1. Rebus beras pulut hitam bersama secawan air hingga empuk. (beras pulut akan sedikit merekah/pecah bila sudah lembut)
2. Perlahankan api dan masukkan santan pekat. Kacau perlahan hingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
3. Akhir sekali masukkan daun pandan dan biji sagu. Kacau rata sebleum ditutup api.
***Boleh tambah sedikit air jika kuahnya pekat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...