Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Monday, April 29, 2013

YEEEEEHAAAAAA!!! KITA BERTEMU KEMBALI



Assslamualaikum semuaaa :)

Selamat bertemu kembali :). Hari ni genap setahun blog ni TIDURzzzzz. Sebelum ni blog saya x boleh dibuka. Tak tahu dimana silapnya….hampir 3 bulan saya x dapat masukkan N3 baru. Banyak juga gambar yang tersadai dalam simpanan. Setelah diselidiki, kawan saya memberitahu blog saya kena hacked di atas sebab yg saya sendiri pun x tahu :( Lepas lama juga “merajuk” akhirnya saya kembali aktif. Harap2 selepas ni peristiwa tu x akan berlaku. Kalau x kena tunggu setahun lagi nak update blog…hahahaha


Sempena "kelahiran" baru blog ini & atas nasihat orang2 terdekat, saya ada buat sedikit perubahan dari segi nama (depa kata nama blog terdahulu x relevan…hihihi) dan susun atur blog secara berperingkat-peringkat... Harap semua akan suka dengan penampilan baru blog ini. TERIMA KASIH atas nasihat & galakan dari orang2 tersayang, keluarga & juga kawan2. X lupa juga TERIMA KASIH juga pada kawan2 yg sudi singgah walaupun dah lama blog ini x ada entry baru.


Terharu rasanya bila ada kawan2 yang bagi tau dia menggunakan resepi saya untuk berniaga. Mereka minta saya aktif balik (walaupun saya dah beri beberapa link blogger masakan terkenal) dan update resepi2 yang saya cuba supaya mereka juga dapat mempelbagaikan list jualan mereka. Maklum la kalau mereka cuba resepi di blog saya boleh terus direct tanya tuanpunya blog kalau percubaan x menjadi…hahaha. Siapa sangka ya blog yang x seberapa ni dapat memberi manfaat pada orang lain. ALHAMDULILLAH.


InsyaAllah, saya akan cuba meng"update"kan blog saya ni sekerap mungkin. Lepas ni kena la rajin menjengok blog ni ya & jangan lupa mencuba resepi2 baru :)

Akhir sekali, TERIMA KASIH semua :).

Salam sayang,

Zurayda



Thursday, April 28, 2011

FROM BRUNEI WITH LOVE :)

Assalamualikummmm....
Fuhhhh lamanya x update blog. Itu tandanya lama x masak.... hahahha. Mentang2 bonda tercinta ada kat sini, blk rumah jer, jengok tudung saji :). Teringat zaman skolah dulu :).

Pada 14.04.2011 saya menerima bungkusan dr Brunei. (harap2 Meera x berkecil hati sbb akak ambil masa lama utk update kat blog ni). Sukanya x terkata. TERIMA KASIH banyak2 atas pemberian itu.

Cenderamata dr Brunei :).. sukeeee

Bungkusan tu saya terima dari Siti Ameera. W'pun kitaorang x pernah bersua muka tp ikatan persahabatan terasa erat. Bermula dengan berbalas komen di forum wanita, kemudian chat di YM, selepas tu sama2 mula menulis blog dan berlanjutan hingga ke FB. Kebetulan kami mempunyai hobi yg sama ~ memasak!


Ada juga makanan istimewa dr Brunei...... lagi sukeeee :)

Ameera ni hebat orangnya. W'pun bekerja tapi masih mampu mengambil tempahan membuat kek. Kebetulan moto kami sama "Masaklah dengan kasih sayang, InsyaAllah makanan tu akan sedap"
Amat2 berharap persahabatan ini berkekalan...dan semoga suatu hari nanti dapat saling berbalas kunjungan pula..... InsyaAllah.


TERIMA KASIH AMEERA :)

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU :)

Assalamualaikum....
::SELAMAT TAHUN BARU::
Semoga di tahun baru ini semuanya akan bertambah baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA


Assalamualaikum.....
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada semua....
Pada yg pulang ke kampung halaman ; pandu berhati-hati ya...

Saturday, November 6, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

ALHAMDULILLAH......
Hari ini genap11 tahun yang penuh warna-warni, suka-duka, hilai-tawa, sedu-hiba semuanya dapat diharungi dgn penuh tabah. Semoga tahun2 yg mendatang akan dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yg ramai, diberikan kesihatan yg baik,dipanjangkan umur, ditetapkan hati utk saling mengasihi serta diberikan kekuatan utk menempuhi dugaan dan cabaran mendatang.
Aminnnnn.......

Thursday, August 26, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tahukah kita, org dizaman dahulu melaungkan Merdeka dengan penuh semangat sambil menitiskan air mata! Betapa peritnya masa2 yang mereka lalui untuk mencapai kemerdekaan. Semakin lama, semangat ini semakin hambar..... Sebagai generasi ke-3 selepas kemerdekaan, kita hanya mendengar cerita tentang kemerdekaan.
Di zaman ini org menyambut merdeka sambil berpesta, menari di kelab2 malam. Mereka hanya menganggap Hari Kemerdekaan adalah sebagai cuti umum. Apakah definasi kemerdekaan utk anak cucu kita nanti. Mampukah mereka bayangkan dan selami apa yg dilalui oleh moyang mereka dahulu?
Apapun tafsiran anda tentang kemerdekaan, kibarkan Jalur Gemilang tanda anda sayangkan negara.
SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Friday, August 6, 2010

AH LAN WA SAH LAN YA RAMADHAN.....

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI AMALAN KITA DIBERKATI OLEH NYA... AMINNN...

Thursday, December 31, 2009

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDIL FITRI


Walaupun dah agak terlambat.... masih ada masa lagi kan.....
Di kesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"
Maklumla internet problem sebelum cuti raya... Nanti kita kongsi citer raya ok...

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN

Kini Ramadhan datang lagi......... Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan. Amin.....

Friday, August 14, 2009

AL-FATIHAH




Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...