Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

AYAM MASAK KERUTUK ADABI

Salam semuaaaa...
Harini nak share resepi yg saya masak weken aritu. Dulu pernah gak cuba resepi kerutuk ni tapi masak dengan daging dan resepinya amik kat MyResepi. Kali ni masak ayam dan guna pula resepi yg ada kat bungkusan rempah. Memang x menghampakan. Jom kita tengok resepi...

Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam (anggaran berat 500gm)
28gm serbuk Kerutuk Adabi
200ml @ 1 cawan minyak masak
50gm @ 2 sb kerisik
300ml @ 1 1/2 cwn santan
2 batang serai - ditumbuk
5gm @ 1 sudu teh gula merah - saya guna gula perang
1 sudu besar asam jawa
2 1/2 cawan @ 500ml air
Bahan A
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan B
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara ;
1. Kisar bahan kisar A dan B secara berasingan. Ketepikan.
2. Bancuh rempah kerutuk Adabi dgn bahan kisar A dgn sedikit air utk dijadikan pes.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai.
4. Setelah wangi masuk bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak. Tumis selama 10-15 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat, asam jawa, air, gula merah dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah pekat.
7. Sedia untuk dihidang :)

Friday, November 4, 2011

AYAM GORENG ALA BERIANI

Sambungan :)
Resepi merupakan salah 1 lauk yg saya gandingkan dgn nasi minyak. Diambil drpd My Resepi juga. Terima Kasih pada tuan punya resepi:). Rasanya lebih sedap jika semasa menggoreng, kita ttp kuali supaya dagingnya tetap lembut walaupun luaran garing dan gunakan api yg sederhana besar.

Bahan-bahan
1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
5 sudu besar pes halia dan bawang putih
1 biji telur
5 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
garam secukup rasa
tepung beras secukupnya

Cara-cara :
1.Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit.
2.Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
3.Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
4. Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.
 

Wednesday, August 10, 2011

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


Ini sebenarnya menu hujung minggu aritu. Buat masa buka puasa dgn adik beradik. Best buka reramai. Makan pun selera....hihihihi. Resipi ni amik kat rumah Kak Ummi . Terima Kasih Kak Ummi. Memang ada rasa ala2 Kenny Rogers la ayam  ni. Masa memerap pun dah ada bau mcm tu. Lps ni blh la buka "Ida Rogers" lak :). Ayam ni sesuai dimkn begitu saja atau dgn nasi, tp saya mkn dgn nasi ayam dan buat sup dan sambal cili utk dimkn bersama nasi tadi. Jom kita skodeng resepi......

Bahan-bahan :)

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) - saya potong 4

Bahan2 untuk perap ayam : -
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - saya guna lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran (saya guna rosemary, oregano + basil)
1 1/2 sudu teh garam halus
2 biji kentang - sendiri letak
1 batang carrot - sendiri letak
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya perap 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
    Saya bakar kentang dan carrot bersama ayam.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )

Kuah yg berlebihan, saya curahkan atas ayam :)


Wednesday, May 11, 2011

AYAM GORENG SAMBAL

Mmmm dah lama x masak ayam sambal. Sekali hadap jer selesai semuanya. Kali ni masak kurang pedas sikit. Sejak kebelakangan ni perut mcm dah x leh tahan dengan makanan pedas..huhuhu.
Kita nengok resepi jommm..

Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh dan toskan
15 tangkai cili kering* - rebus, basuh dan toskan
1 biji bawang besar* (1/2 dikisar & 1/2 lg dipotong)
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 keping asam
1/4 cawan air
Sedikit daun ketumbar
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Lumurkan ayam dgn garam dan goreng hingga kekuningan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, asam, bawang besar dan perasakan dgn garam.
4. Masak hingga kuah pekat.
5. Masukkan ayam dan kacau sebati.
6. Tabur sedikit daun ketumbar utk lebih aroma :)


Jemput makannnn :)

Tuesday, March 15, 2011

AYAM SANTAN BERLADA

Menu minggu lepas tapi minggu ni baru sempat masukkan. Resepi ni amik kat Majalah Rasa. Belek bahan-bahan yg diperlukan semuanya ada dlm peti sejuk. Bagi saya menu x berapa serasi. Rasa berlemak dan x pedas. Sesapa nak cuba, sila kurangkan pengunaan santan dan tambah sedikit cili api. Mari kita tengok resepi :)

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong 4 - bersih dan toskan
250ml santan - saya guna santan kotak
1 helai daun kunyit
10 biji cili kering - saya letak 15 biji *
3 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1sm halia *
1sm kunyit *
1sm lengkuas *
2 biji buah keras *
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
Minyak
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
3. Masukkan pula bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula ayam. Masak hingga ayam kecut.
5. Masukkan santan dan daun kunyit. Perasakan dengan garam.
6. Tutup api bila kuah agak pekat.

Jemput makan semuaaa :)

Wednesday, March 9, 2011

AYAM BBQ

Mmm terliur x tengok ayam tu?  Semenjak kebelakangan ni macam jadi trend lak..... beli ayam mesti panggang. Nasib baik en asben pun suka. Siap tanya amik resepi kat mana... hahaha. Resepi mabeles ni amik kat Majalah Mingguan Wanita. Exceli sukatannya utk 1 ketul peha ayam, so kalau nak buat 2 ketul macam saya, korang gandakan jer sukatanya yaaaa. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan :
1 ketul peha ayam - bersih dan toskan
1 ulas bawang putih - dicincang
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk oregano
1 sk serbuk lada hitam
1 sk gula
1/2 sk serbuk stok ayam - saya guna Knorr Pasti Sedap
2 sb minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan2 hingga sebati. Gaul dengan ayam hingga rata.
2. Perapkan ayam sekurang-kurangnya satu jam. (saya perap 1/2 jam jer)
3. Panggang dengan api sederhana selama 30 minit atau hingga masak.
4. Hidangkan bersama salad dan sos pilihan.


Jemput makan tuan puan :)

Monday, January 31, 2011

AYAM GRILL BBQ


Kali ni saya nak share resepi yg saya dapat dari Majalah Mingguan Wanita. Resepi disumbangkan oleh Restoran Pannaz @ Damansara Perdana. Pernah gak sekali menjamu selera di restoran yg menghidangkan western food ni, kebanyakan makananya di grill. Ianya dimiliki oleh En Shahnaz Ismail dan Dr Halina Haron.
Exceli resepi ni untuk 4 ketul Chicken Wings, tapi saya guna 1/2 ekor ayam dan bahan2nya saya gandakan sukatanya. Buat pertama kalinya test grill pan yg dihadiahkan oleh akak dan adik saya. Terima Kasih Za & Ani :) Nti nak set BBQ lak ya..hahaha. Jom tengok resepi :)

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 4, bersih dan toskan
2 sb sos tomato
2 sb jus lemon atau cuka makan - saya gunakan Sunquick
2 sb minyak zaitun
Secubit serbuk stok ayam - saya gunakan Knorr Pasti Sedap
1 sk lada hitam
2 sk serbuk cili
2 sb madu asli
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - sendiri letak - dicincang halus
Garam secukup rasa
(bahan2 telah digandakan, gunakan 1/2 sukatan diatas utk 4 ketul kepak ayam)

Cara2
1. Gaul sebati semua bahan2.
2. Sapu rata bahan2 pada ayam dan perap selama 1 jam. Simpan dlm peti sejuk.
3. Grill ayam atas pemanggang ayam selama 40 minit hingga kekuningan/masak.
4. Makan ketka masih panas bersama sos pilihan.


 Enaknya dimakan begitu sajaaa........

Monday, January 24, 2011

AYAM PANGGANG ROSEMARY

Salam sejahtera dan selamat bekerja....
Ok harini Chef nak kongsi resepi yg Chef sendiri x tau nak bagi nama apa pada mulanya. hahaha.  Resepi ni disediakan dalam keadaan yg tergesa2 dan ayam pun x sempat diperap. Jadi... kurang la kicknyaaa. Apapun sedap...aduss sapa lg nak ckp sdap klau tuan punya resepi kan? Resepi ni dicipta, ditulis dan dimasak oleh saya sendiri (bkn Ana Raffali). Maka layan jer la

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 2, bersih dan toskan (kelar2 sedikit isi ayam)
2 sb Rosemary
2 inci halia*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
3 sb madu
1 sk garam
2 sb kicap seasoning
2 sb serbuk perasa - saya gunakan Knorr Pasti Sedap

Cara2
1. Kisar bahan bertanda *. Gaul sebati dengan kicap seasoning, gararm, serbuk perasa, madu dan Rosemary.
2. Lumurkan bahan2 tadi ke seluruh bahagian ayam. Seeloknya perapkan ayam selama 2-3 jam.
3. Masukkan ayam dalam oven yg telah dipanaskan dan bakar selama 45min  hingga 1 jam atau hingga ayam masak dengan suhu 200.
4. Hidangkan ayam bersama sos kegemaran atau boleh juga dimakan dgn nasi.
Yg panjang2 tu Rosemary bkn rumput ekkk

Tuesday, December 21, 2010

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS

Salam..
Hari ni malas nak menulis. Jom kita tengok resepi jer la. Resepi amik kat Ros-Jintan manis. Terima Kasih ya Ros atas resepi ni. Minta izin C&P sekali :). Kalau nak tengok resepi asal klik kat sini yaaa. Tapi Ros pnya versi cantik la sikit. X la rentung mcm saya pnya huhuhu.Excelikan yg terbakar tu mayonis yg terkumpul. Apapun ayam ni mmg sedap. X rugi mencuba...

Bahan2
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rosemary - sendiri letak
sedikit lada sulah

Cara2
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam (saya perap semalaman), bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu - tp jgn smpai rentung mcm saya..hahaha)


W'pun rentung, ko tetap sedap Cik Yam

Sunday, December 12, 2010

AYAM GORENG PAPRIKA


Hari Ahad :)  Esok dah keja kan... Nasib baik saya cuti. Boleh bermalas-malasan lagi. Resepi ni dah lama terperuk kat dalam Majalah Rasa keluaran khas Hari Ibu. Cuma baru2 ni berkesempatan nak cuba resepi yg memikat hati. Kalau ikutkan resepi asal, ayam tu kena perap semalaman, tp sya cuma perap 4 jam jer.
Mabeles gak rasanya. Cuma tepungnya agak keras bila siap digoreng. Jom tengok resepi :)

Bahan2
4 potong ayam - bersih & toskan
240gm tepung jagung - saya guna 3 sudu besar jer
3 ulas bawang putih - dicincang
1 s/k serbuk paprika
1 sudu makan minyak bijan - saya gantikan dgn minyak jagung
1 s/k lada hitam - tumbuk kasar
Garam
Minyak

Cara2
1. Masukkan lada hitam, garam, serbuk paprika dan bawang putih ke dalam mangkuk ayam.
2. Masukkan pula minyak bijan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula tepung jagung. Gaul rata. Perap semalaman.
4. Goreng ayam hingga masak/ kekuningan.
***Gunakan api sederhana dan tutup kuali utk mendapatkan ayam goreng yg garing di luar tapi lembut di dalam :)



Cuba ya :)

Saturday, November 20, 2010

KUAH DALCA


Ok menu seterusnya Kuah Dalca. Yg ni pun amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal klik jer kat sini ya. Terima Kasih untuk tuan punya resepi. Saya masak cair skt sbb nasi beriani agak kering. Tapi kuah dalca ni kalau sejuk sikit, dia akan bertambah pekat. Apapun jom skodeng resepinya....



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
· 300 gm daging rusuk - saya tukar ayam
· 2 batang lobak merah
· 1 batang terung panjang
· 3 biji ubi kentang - saya guna 4 biji
· 2 biji tomato - x letak
· 100 gm kacang buncis - x letak
· 2 cawan kacang dal
· 8 sudu besar bumbung rempah kari daging - saya guna 2 bungkus kecil
· 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
· 5 cm kulit kayu manis
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· air asam secukupnya - saya guna asam keping
· garam secukupnya
· Minyak untuk menumis

·Bahan untuk dikisar 
· 2 biji bawang besar
· 4 ulas bawang putih
· 3 cm halia

Cara-cara

1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.

2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.

3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.

4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.

5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging



Sodap!

Tuesday, November 16, 2010

NASI AYAM BEREMPAH

Salam Isnin buat semuaa..
Sebenarnya menu ni dah lama buat.. tapi camna leh terlupa nak mskkan rsepinya dlm blog ni. Ada beberapa org bertnyakan resepinya esp. ayam tuuuu. Bagi x menghampakan, sya mskkan gak resepinya, w'pun blh dikira agak "basi" huhuhu.... Layan jer la yaaa :)

AYAM BEREMPAH
Bahan2;
1/2 ekor ayam (berat +- 1.5kg) - bersih & toskan
2 s/b sudu serbuk kari ayam
2 s/b sudu cili kisar
3 s/b sudu kicap pekat
1 s/b garam
1 s/b madu
1 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk

Cara2
1. Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ayam, gaul rata.
2. Perapkan ayam 2-3 jam sebelum menggoreng.
3. Goreng ayam dengan api sederhana dan ditutup rapat utk memastikan ianya garing diluar, lembut didalam.
4. Angkat & toskan bila ayam dah kekuningan.


NASI AYAM
Bahan2
5 cawan beras - bersih & toskan
5 cawan sup
Garam secukup rasa

Cara2
1. Masukkan sup  & beras ke dalam periuk.
2. Masukkan air (ikut sukatan masak nasi)
3. Kacau sebati. Perasakan dengan garam.


SUP AYAM
Bahan2
1/4 ekor ayam - potong kecil, bersih & toskan
2 kiub pati ayam
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji cengkih & halba
10 cawan air
Garam

Cara2
1. Mayang bahan2 bertanda*.  Tumiskan rempah tumis bersama bahan yg dimayang tadi hingga kekuningan. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam, kiub pati ayam.
3. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam.
*** Ambil 1/2 (5 cawan) dari sup utk di masukkan ke dalam nasi.

SAMBAL NASI AYAM
Bahan2
5 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1s/b gula
1s/k serbuk perasa
1 keping asam atau 1s/k asam jawa
Air
Garam

Cara2
Kisar semua bahan2. Masak seketika hingga didih/pekat. Perasakan dgn garam.

Bahan2 hiasan;
Daun sup*
Daun bawang*
Bawang goreng
Timun*
Tomato*
*Potong ikut kreativi masing2 :)

Monday, November 15, 2010

AYAM MASAK KICAP

Salam....
Harini nak kongsi resepi fav. aku tapi bukat fav. suami aku.. huhuhu..
Senang disediakan, sedap rasanya. Jom skodeng bahan2 :)

Bahan2
1/2 ekor ayam - bersih & toskan
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b lada hitam*
1 inci halia*
1/2 cwan kicap
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji cili merah - belah 2
Minyak

Cara2
1. Goreng ayam hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda*. Tumis hingga naik bau/masak. Masukkan kicap.
3.Masukkan bawang, cili hijau & merah. Masak hingga layu.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

Makan time :)

Thursday, September 30, 2010

AYAM GORENG KARI

Sebelum tengok resepinya, kita baca dulu mcmana terjadinya menu ni... hahaha. Ini kes adik ipar (aku la tuuu) shoping x ingat dr pagi smpai ptg baru blk. Maka tingal la akak ipar dia kat dapur sorang2 terkotang kating. Oleh kerana nak cepat, dia mskkan jer apa yg ada kat dapur tuu... tapi hasilnya mabeles gak. Blk sini aku cuba buat sndiri, mmm mmg sdap.. :)
Jom kita skodeng bahan2 nya.

Bahan2
1/2 ekor ayam - potong 8
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
8 biji cili api* (blh tambah jika suka pedas)
1 bungkus kecil sebuk kari - dibancuh dgn sdikit air
Rempah tumis 3 bersaudara - bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 cawan air
5 s/b minyak
Garam

Cara2
Kisar bahan bertanda *. Tumis serai, rempah tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam & air. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi tomato.
*** Jika suka, ayam boleh digoreng 1/2 masak dulu.

Jom makan :)





Friday, March 26, 2010

AYAM MASAK ASAM



Menu ni memeng femes kat Perlis. Fav. suami aku. Ok la untuk orang yg kurang selera makan. Ada rasa masam, masin & pedas. Jom kita teropong bahan2.
Bahan2
  1. 1/2 ekor ayam potong 8 (anggaran berat 1 kg)
  2. 3 ulas bawang putih *
  3. 3 ulas bawang kecil *
  4. 1/2 inci halia*
  5. 1/2 inci lengkuas *
  6. 1 st jintan manis*
  7. 10 biji cili api - belah 2
  8. 1 biji bawang besar di potong bulat
  9. 1 batang serai - diketuk
  10. 2 sudu asam jawa
  11. sedikit garam
  12. 1/2 cawan air
Cara2
Ayam digoreng hingga kekuningan (jangan terlalu garing). Ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * & tumis bersama serai hingga kekuningan. Masukkan bawang, cili api & asam jawa. Perasakan dgn garam. Masukan air & masak hingga kuah pekat sedikit. Sedia utk dihidang :)

Wednesday, August 12, 2009

AYAM GORENG BERCILI


Bila ada tetamu pastinya kita akan menghidangkan menu istimewa untuk mereka. Pastinya sebagai menantu, aku masak yang terbaik untuk ibu mertuaku. Ok mari kita lihat cara-caranya ya;


Bahan2
1 ekor ayam - goreng terlebih dahulu
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar - 2 biji di kisar, 1 biji di potong bulat
1 inci halia
15 biji cili api - boleh dikurangkan jika x suka pedas
3 biji kentang - dipotong seperti french fries
1 batang serai - diketuk


Cara2
Kentang digoreng hingga kekuningan. Ketepikan. Bawang putih, besar, halia & cili api di kisar. Tumis serai diikuti bahan yang dikisar tumis sehinga kekuningan. Masukkan garam, ayam & kentang. Gaul rata. Dahpun siap. Senangkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...