Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

MARBLE CHEESE BROWNIES



Assalamualaikum....
Rasa kekok pula dengan format baru blog ni. Terkial-kial pada mulanya. Ambil masa juga nak serasi . Lama-lama ok la nanti. InsyaAllah. OK, untuk N3 pertama resepi, saya nak share resepi Marble Cheese Brownies. Ramai yang dah cuba dan puas hati dengan hasilnya termasuk la saya :). Kebetulan pula besok merupakan cuti Hari Buruh, bolehlah mencuba resepi ni ya kawan2 :) 

Resepi asal : Kak Jasmeen Nadiya / Kak Rinn Chan

Sumber : Ros@jintanmanis

Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)
1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


 

Monday, April 16, 2012

SOUTHERN RED VELVET CAKE


Red Velvet lagi..ahakssss. Manjakan besday gurl ni, memula nak cupcake untuk office-mate dan RV cake untk famili. Terpikat dengan resepi ni sebab ada perkataan Southern sebab ai kan orang Selatan :). Resepi ni pun ada perbezaan sikit dar resepi sebelum ni sebab ia menggunakan minyak sayuran dan bukannya mentega Klil jer kat foodnetwork.com  untuk tengok resepi asal.  Apapun rasanya tetap sedap. Jamu mata ya semua... 

Ingredients

  • Vegetable oil for the pans
  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 1/2 cups sugar
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon fine salt
  • 1 teaspoon cocoa powder
  • 1 1/2 cups vegetable oil
  • 1 cup buttermilk, at room temperature
  • 2 large eggs, at room temperature
  • 2 tablespoons red food coloring (1 ounce)
  • 1 teaspoon white distilled vinegar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • Cream Cheese Frosting, recipe follows
  • Crushed pecans, for garnish - saya gantikan dengan almond

Directions

1. Preheat the oven to 350 degrees F. Lightly oil and flour 3 (9 by 1 1/2-inch round) cake pans.

2. In a large bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. In another large bowl, whisk together the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla.

3. Using a standing mixer, mix the dry ingredients into the wet ingredients until just combined and a smooth batter is formed.

4. Divide the cake batter evenly among the prepared cake pans. Place the pans in the oven evenly spaced apart. Bake, rotating the pans halfway through the cooking, until the cake pulls away from the side of the pans, and a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean, about 30 minutes.

5. Remove the cakes from the oven and run a knife around the edges to loosen them from the sides of the pans. One at a time, invert the cakes onto a plate and then re-invert them onto a cooling rack, rounded-sides up. Let cool completely.

6. Frost the cake. Place 1 layer rounded-side down, in the middle of a rotating cake stand. Using a palette knife or offset spatula spread some of the cream cheese frosting over the top of the cake. (Spread enough frosting to make a 1/4 to 1/2-inch layer.) Carefully set another layer on top, rounded-side down, and repeat.

7. Top with the remaining layer and cover the entire cake with the remaining frosting. Sprinkle the top with the pecans

Cream Cheese Frosting:

  • 1 pound cream cheese, softened
  • 4 cups sifted confectioners' sugar
  • 2 sticks unsalted butter (1 cup), softened
  • 1 teaspoon vanilla extract
1. In a standing mixer fitted with the paddle attachment, or with a hand-held electric mixer in a large bowl, mix the cream cheese, sugar, and butter on low speed until incorporated.

2. Increase the speed to high, and mix until light and fluffy, about 5 minutes. (Occasionally turn the mixer off, and scrape the down the sides of the bowl with a rubber spatula.)

3. Reduce the speed of the mixer to low. Add the vanilla, raise the speed to high and mix briefly until fluffy (scrape down the bowl occasionally). Store in the refrigerator until somewhat stiff, before using. May be stored in the refrigerator for 3 days.
Yield: enough to frost a 3 layer (9-inch) cake
Chef: Sara Moulton



Wednesday, April 11, 2012

BEST MOST CHOCOLATE CAKE


Kek Coklat resepi omputeh...hehehe. Tak de la superb sangat pun. Setakat oker jer. Boleh juga kalau nak cuba buat kek ni, mana tau korang punya hasil lagi best. Cuba jangan tak cuba ya. Rasanya sedap, cuma teksturnya agak padat. Kalau nak tengok step by step boleh tengok video kat SINI.


Ingrediants

2 Cups Flour
2 Cups Sugar
¾ Cup Hershey's Cocoa
2 Teaspoons Baking Soda
1 Teaspoon Baking Powder (Optional) This will make the cake rise just a little bit more than using the Baking Soda only.
2 Eggs (I use large eggs)
1 Teaspoon Salt
1 Cup Buttermilk
Note that you can freeze buttermilk so you have it to make another buttermilk chocolate cake recipe later.
1 Cup Mazola Vegetable Oil
1 ½ Teaspoons Vanilla Extract
1 Cup Boiling Water
You can use 1 Cup of strong coffee instead of the boiling water. Doing so intensifies the chocolate flavor. If you're making it for children you might want to stick with the boiling water.
Preparation
  1. Preheat Oven to 300° F
    (This is not a typo! This is a slow bake chocolate cake recipe.)
  2. Use Crisco Shortening to lightly grease and flour the
    9 x 13 in. Baking Dish.
    (It's a one layer chocolate cake!)
  3. Place all the ingredients on the left except the cup of boiling water into a mixing bowl.
  4. Mix at medium or medium high speed. After about 1 minute add the 1 cup of boiling water. Then continue to mix until all ingredients are blended and smooth.
  5. Pour into greased and floured baking dish
  6. Bake for 1 hr. (Cupcakes 22 - 23 min. Be sure to use cupcake liners.)
  7. Test by sticking in the middle with a knife. If it comes out clean... it's done! If not put it back in the oven for an additional 5 minutes and then test again.
  8. Allow to cool.



Thursday, February 2, 2012

SLICE CHEESE CAKE


Assalamualaikum semuaaa :)
Ni merupakan N3 pertama utk tahun ni....hahaha...Dah lama tingal xtvt berblog ni bila nak mula balik..alahaiiiii malasnya. Nasib baik ada rakan2 yg beri sokongan. Terima Kasih bebanyak :). Hari ni nak share resepi yg saya ambil dr blog Ros@Jintanmanis, terima kasih Ros. Percubaan pertama ni kira 50% berjaya sebab cuma bahagian atas jer yg naik dan gebu tp bahagian bawahnya mendap. InsyaAllah akan dicuba sekali lagi. Kek ni memang sedap, lembut dan gebu dan x rugi klau mencubanya. Jom kita skodeng resepi ;

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara :
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


W'pun bahagianya bawahnya mendap tapi tetap lembut.

Thursday, December 15, 2011

CHEESE CAKE

Salam...
Ni la Cheese Cake saya yg pertama :). Buat guna resepi paling mudah sekali. Resepi ni amik kat My Resepi..terima kasih ya pada tuan punya resepi. Oleh sebab rasa dia yg agak plain, saya tambahkan strawbery filling kat atas tu. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan (18 cm)

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt  - saya guna plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
 
Jemput makan :)

Wednesday, December 7, 2011

HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING LAGI


Kek Carrot lagi :) Kali ni saya edit sedikit resepi sebelum ni. Kurangkan sukatan serbuk kayu manis tetapi lebihkan sukatan lobak dan cream cheese toping. Hasilnya kek menjadi lebih lemak tapi lebih kalori...hehehe. Saya lebih sukakan rasa kek edisi ke 2 ni, sebab rasa kayu manis yg x berapa kuat dan rasa cream cheese yg mewah, semewah colestrolnya :). Kek yg ni pun saya buat utk bawa pulang ke kg.

Bahan-bahan :)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - saya letak 1/2 st
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - saya letak 1/4 st
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya - saya letak 1 1/2 cawan
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn cawan badam yg dibakar dan dicincang

Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...


Kek Carrot ~ lum sapu mekap lagi :)






Monday, December 5, 2011

KEK LUMUT - RESEPI 2


Kek Lumut? Kek Lumut ni bkn kek expired ya.. atau kek yg dah berlumut. Kek ni dipanggil Kek Lumut  disebabkan warnanya yg macam lumut. Dulu pernah buat menggunakan resepi Dayang Jack, tapi kali ni cuba  versi Cik Mat lak. Tak berapa susah nak mnyediakannya cuma yg "agak" susah kita perlu mengukus hingga 3 jam :). Sya buat 2 biji tempohari, 1 untuk mak dan abah, dan 1 lg atas permintaan kawan. Harap2 mereka semua sukakanya. W'pun tanpa baking powder atau soda bikarnonat, kek ni tetap gebu dan lembut. Teksturnya memang halus, org yg x de gigi pun leh kunyah...hehehe. Jom kita tengok resepi..

Bahan-bahan :)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)

Cara-cara :)
1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.

3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam.




Tuesday, November 29, 2011

HEAVENLY CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING


Salam :)
Hari ni nak share 1 resepi Kek Carrot yg agak  "sarat"  dengan pelbagai bahan2. Tetapi 3 bahan telah saya tukarkan dgn bahan yg ada dalam stok.Apapun kek ni mmg sedap cuma pada yg x suka rasa kayu manis tu blh la kurangkan sedikit sukatanya. Resepi amik kat blogger masakan yg terfemes tu.... Cik Mat. Terima Kasih Mat :). Akak C&P sekali ya...

Bahan-bahan :)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar - saya x letak
1/2 cawan kelapa kering - saya gantikan dgn quaker oat
1/2 cawan kacang walnut, cincang - saya gantikan dgn 1 cawan badam yg dibakar dan dicincang

Bahan Cream Cheese Toping :)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara :)
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan nenas, lobak merah parut, quaker oat dan badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

5.UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

 

Tuesday, November 15, 2011

BLENDED ORANGE CAKE


Kek lagi :) Menu sampingan yg sempat disediakan tempohari. Tersangatlah mudah bahan2nya dan cara penyedianya. Terima Kasih pada Kak Fida dari My Resepi. X perlu menggunakan mixer, semuanya hanya perlu diblender jer. Mudah bukan? Rasanya pun sedap dan walaupun oren dikisar bersama kulitnya sekali tetapi kek tidak terasa pahit.

Bahan-bahan :)
1 biji buah oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - saya kurangkan 1 3/4 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 genggam kepingan badam - sendiri letak

Cara-cara :
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.






Thursday, November 10, 2011

KEK SUJI BADAM

Salam Khamis :)
Sepatutnya resepi ni kluar semalam tapi x tau la nape x leh update dan asik error jer. Hbis smua yg sya update semalam.. huhuhu. Even tuan punya resepi ni yg vouge ~ Sue Joshua tu pun x leh buka. Adoooiiiaii...apa sudah jadi. Kita tengok resepi jom. Oppps... lupa nak bagi tau, klau mkn kek ni kita akan  cepat rasa haus, jadi.. sebelum makan tu kena la sediakan botol air kat tepi :)

Bahan-bahan :)
300 gm mentega

4 biji telur
3 cawan tepung suji
3 s/t baking powder
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan badam - dikisar halus
1/2 cawan susu segar (Satu cawan = 250 ml)
1 genggam kepingan badam - sendiri letak

Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung suji, baking powder, dan badam kisar, kaub balik adunan sehingga sebati, kemudian masukkan susu segar sambil digaul sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar didalam oven pada suhu 150c selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Bila kek masak, biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.





Tuesday, August 9, 2011

OREO CHEESE CAKE


Salam semuaaaa.....
Sekejap jer kan dah seminggu kita berpuasa. Kali ni buat projek kek yg tertangguh sejak bulan lepas. Ksian besday gurl tu.... hik hik hik. Sori ya kakek. Resepi ni amik kat My Resepi , resepi asal oleh Joyce tp ditulis semula oleh Kak Ummi :) Terima Kasih ya utk resepi yg sedap dan mudah ni. Memang mabelesss. Meh kita tengok resepi sesameee.. 

Bahan-bahan :  (loyang bulat 8 inci)

30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan - saya letak 500gm
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara
1.Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. 3.Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4.Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
 5.Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
6.Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
 
***Saya gunakan krim biskut oreo utk buat bunga atas kek :)



Pandangan dari sisi :)

Nyum nyum..

Thursday, August 4, 2011

KEK PISANG LAGIIII

Uikkkksssssss jgn terkejut ya, tetiber jer ahkak rajin update blog. Maklum la bulan pose, mcm2 diidamkan.
Kek ni saya buat sbb nak hbiskan pisang yg dah ranum pemberian jiran sebelah rumah. Memula nak buat Kek Pisang Gebu  tp stok tepung gandum tingal 1/2 cawan jer, nsib baik tepung naik sndiri ada lg. Campurkan je la, pastu saya gantikan gula dgn gula perang....mmmm lagi mengancam jadinya :). Tengok resepi yok :D

Bahan-bahan :)

1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 s/k baking powder - saya x letak
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula perang
1 1/4 biji pisang yang telak dilenyek - saya gunakan pisang berangan
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Wednesday, June 22, 2011

PANDAN LAYERED CAKE


SELAMAT HARI BAPA :)...hehehe...lambat suda. Kek ni saya buat khas utk Hari Bapa. Kebetulan famili dr kg datang, boleh la masak yg heavy sikit. Utk 1st trial, kira berbaloi sungguh buat kek ni. Bila tengok dari segi bahan2 dan cara membuatnya mcm susah, tp x la ssh sangat rupanya. Rasanya yg lemak dan lembut mmg sesuai utk org lama yg sudah kurang bilangan giginya. Resepi amik kat My resepi tp resepi asal dr
Cik Mat Gebu. Terima Kasih Mat :)...

Bahan-bahan (utk loyang 8" x 8" x 3")
5 biji telur Gred A

160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

Bahan2 utk kastard :
1050 g santan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

Cara-cara
1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
 
2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
 
3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
 
4.UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
 
5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
 
6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
 
7. Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
 
8. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...


Sebelum dipotong...

Sedapppp..


Tuesday, June 21, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Mood memasak dah lembali !!!! Nak memasak pun kena ada mood...klau x hasilnya tentu x seperti yg kita harapkan. Betulllll... seyessss. Meh kita tengok resepi pertama yg saya buat lps mood saya okey. Excelikan  kek ni saya buat atas 2 sebab.  1st sebab nak habiskan butter yg dah nak sampai akhir hayatnya dan sbb ke 2 sbb boring ddk sensorang kat rumah. Semuanya keluar atas urusan kerja....waaaaaaa... dan yg mendapat manfaatnya tentu makcik sebelah rumah..hahaha. "Bagus betul la klau awak boring, acik yang kenyang" ~ kata2 acik lepas aku bg sepinggan kek kat dia :). Kek ni mudah jer nak membuatnya, cuma bagi saya lebih baik kita cuma letakan pewarna tanpa perasa sbb bila bnyk sgt perasa, lidah pun jadi "pening". Resepi amik kat rumah Cik Mat. TQ Cik Mat :P..... Skodeng resepi yokkkk

Bahan-bahan :-)
5 biji telur gred "A"
250 gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair - saya gantikan dgn susu segar
Serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan ungu + perisa blueberry
Pewarna makanan merah jambu + perisa Strawberry
Pewarna makanan kuning + vanilla - saya gunakan pewarna lemon

Cara-cara :
1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

2.Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.

3.Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.

4.Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.

5.Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing yea. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...



Jemput makan :)

Monday, June 13, 2011

RED VELVET CAKE

Alhamdulillah.....Mmmmm 1st buat frosting - berjaya dah hasilnya x mengecewakan :). Sebenarnya resepi ni saya gabungkan dari 2 resepi. Untuk kek, saya gunakan resepi dari rumah Kak Zai dan untuk frosting pula saya gunakan resepi dari rumah Hana. Kek ni memang mewah dari segi rasanya. Teksturnya pun cukup lembut dan lembap. Rasanya yg sedikit masam memang amat sesuai dengan Cream Cheese frosting. Sebagai tambahan, saya menguna Jeli untuk deco tulisan kat atas tu, klik kat sini utk resepinya :). Jom tengok resepi :)


Bahan-bahan :)
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
3 cawan tepung naik sendiri *
3 sudu makan serbukbkoko *
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cream Cheese Frosting
227g cream cheese
227 mascarpone - hana dan saya ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream

Cara-cara
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.

2. Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.

4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

7. Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.

10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))




Tuesday, March 29, 2011

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

Mula mula sekali nak ucapkan HEPPY BESDAY kat adik saya Zurani. Sebenarnya kek yg impian saya bukan la mcm dlm gambar ni. X tau la kenapa white choc. ni tekstur dia x sehalus coklat yg biasa tu :(. Memang frust sesangat. Lain kali kena buat base coklat dan daunya white choc. baru ok agaknya. Apapun resepi kek coklat tu mmg sedap. Resipi tu saya amik kat rumah Hana. Cara membuatnya pun mudah. X rugi mencubanya :)

Bahan A
1 cawan gula pasir - saya dan hana letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - saya dan hana gune susu segar
1 cawan susu pekat - saya guna 1/2 cwn susu pekat + 1/2 cwn susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde - saya x letak

*** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender

Cara-cara
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
4. Saya tambah dgn coklat cair sebagai topping :)

Posing (mode; malu)

Gambar ni amik masa "Earth Hour" sbb tu malap sikit :)


Friday, March 25, 2011

KEK GULA HANGUS

Mmm sdapnya kek ni. Banyak btul lubang dia, klau semut duk kat dlam gerenti sesat punya. Dulu selalu gak buat kek ni guna resepi kwn baik saya ~ Ramlah, tp msa tu bakar atas dapur jer. Kali ni saya guna resepi yg saya amik kat MyResepi. Terima Kasih ya zairiasrul atas resepi ni. W'pun blm ada komen dr kawan MyR saya tetap nak cuba sbb resepinya hampir sama dgn resepi kwn saya. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan ( utk loyang 9X9X3 )
2 cawan air
2 cawan gula
2 sudu besar merjerin
1 cawan susu pekat
6 biji telur - saiz B - saya pakai 5 biji saiz A
2 cawan tepung gandum - diayak
2 sudu besar soda bikarbonat- diayak
vanila essen

Cara-cara
1. Hanguskan gula (warna kek bergantung kepada tahap kehangusan gula)
2. Masukkan air perlahan2 (perlahankan api ~ sbb gula akan terpercik) biar didih sekejap - sejukan.
3. Pukul mentega dan susu pekat hingga sebati.
4. Masukan telur sebiji demi sebiji
5. Masukan tepung gandum, soda bikarbonat dan vanila essen.
6. Akhir skali msukan gula yg telah dihanguskan kacau hingga sebati .
7. Utk mndapatkan kek yg gebu, perap adunan selama 1 jam atau lebih. - saya perap 1 jam. 
8. Bakar dlm oven pada suhu 150 darjah calcius selama 30-45 minit. (ikut kepanasan oven masing2)
    (saya bakar pada suhu 170 selama 50 minit) 


Kek posing dr tepi :)

Kek tunggu masa nak kena "ngap" oleh paparazzi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...