Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, November 14, 2011

RENDANG DAGING SEMANTAN


Sambungan lagi....
Ni antara salah 1 menu yg saya gandingkan dengan Nasi Hujan Panas. Kalau ikut resepi asal, bahan2 tu untuk 2 ekor ayam kampung dan namanya Rendang Ayam Semantan tp memandangkan ayam dah kehabisan stok sehari sebelum Aidiladha terpaksa la saya tukar kepada daging. Resepi ni saya ambil dari Majalah Rasa keluaran Syawal :). Rasa rendang ni  lebih kurang dengan resepi rendang yg pernah saya cuba. Cuma mungkin berbeza dari segi bahan dan cara penyediaannya. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan :)
500 gm daging batang pinang - hiris lebar dan nipis
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
2 cm kunyit hidup *
2 batang serai *
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
3 helai daun kunyit - racik halus - saya guna 1 helai
1 keping asam gelugor
200ml santan pekat
5 biji cili padi - sendiri letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Gaul bahan2 kisar bersama daging di dalam kuali. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan santan pekat, kerisik, asam keping dan daun kunyit. Didihkan lagi.
4. Tambahkan sedikit air sekiranya perlu.
5. Perasakan dengan garam dan masak hinggan kuah agak pekat.



Sunday, November 6, 2011

DAGING MASAK KURMA

Sambungan lagi.....
Kali ni lauk ke 2 lak ya. Resepi sendiri :) Kita skodeng resepi jer la ya..

Bahan-bahan:)
500gm daging
5 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
2" halia*
1 batang serai*
1 paket kecil rempah kurma
2 biji bawang besar - potong 4 tp jgn putus
2 biji cili hijau - belah 2
2 biji kentang - belah 4
1/2 biji kelapa - ambil santanya
2 bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
Garam
Minyak

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis kemudia masukkan bahan kisar.
3. Biar hingga naik bau dan masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air.
4. Masak hingga rempah benar2 masak. (biasanya ia kelihatan berketul2)
5. Masukkan daging dan masak hingga daging lembut.
6. Masukkan kentang dan bawang besar, biarkan seketika sebelum masukkan cili besar.
7. Masukkan pula santan.Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah pekat.


Wednesday, April 6, 2011

DAGING GORENG KUNYIT



Haaaaa kan dah cakap minggu malas. Lauk goreng lagi...hehehe. Korang layan jer la ya menu ni yaaa...

Bahan-bahan
200gm daging - potong nipis dan lebar
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 biji bawang besar - potong bulat
5 biji cili api - belah 2
1 sb serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Tumbuk bahan bertanda *. Gaulkan daging dengan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging.
3. Masak hingga daging empuk/lembut.
4. Akhir sekali masukkan bawang dan cili api. Perasakan dengan garam.
5. Kacau seketika sebelum ditutup api.
***Garam perlu diletakkan akhir sekali utk mengelakkan daging lambat empuk.

Wednesday, March 23, 2011

NASI GORENG DAGING

Resepi utk menghabiskan baki nasi dan baki lauk daging. Sesuai tatkala malas..huhuhu. Exceli lauk daging tu untuk menu tengahari, bila x hbis saya gunakan daging tu utk buat Daging Goreng Bawang, pastu jadikan ramuan tambahan dalam nasi goreng ni. Resepinya pernah saya masukkan dulu. 2 pinggan gak cik asben tambah :) Klau nak cuba, jom kita tengok resepi :)

Bahan-bahan
3 cawan nasi putih
2 biji cili merah - potong halus
1 biji bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 cawan Daging Goreng bawang
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang besar dan cili. Goreng hingga agak garing.
3. Masukkan Daging Goreng Bawang dan garam.
4. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sebati.


 Sedap beb :)

Wednesday, January 12, 2011

DAGING MASAK KICAP

Salam Rabu....
Korang suka x mkn daging masak kicap?  Ni salah satu lauk fav. saya. Sesetengah resepi perlu dimasukkan sedikit rempah. Tapi resepi ni paling saya suka :). Resepi bonda, mungkin sbb dah dimakan sejak kecil lagi. Resepi ni diminta oleh sorang tetamu saya. Jadi, x yah susah payah nak tulis, jengok blog dah boleh jmpa :)
Jom tengok resepi :)

Bahan2
300gm daging - potong lebar dan nipis - bersih dan toskan
6 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 s/b lada hitam*
5 biji cili api* - optional
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong bulat
1 cawan kicap masin
1/4 cawan air
Minyak
Garam

Cara2
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan daging, masak hingga daging empuk/lembut dan kuah pekat.
4. Masukkan pula kicap, bawang besar dan cili besar. Kacau sebentar.
5. Angkat apabila bawang agak layu. Sedia untuk dihidang.
***Semakin lama kita masak, semakin sedap sbb kicap dah meresap ke daging.
Sedap :)

Friday, January 7, 2011

SUP TULANG ADABI


Salam...
Nama sup ni diambil sempena resepi yg saya ambil di bungkusan rempah sup bunjut Adabi yg saya gunakan. X kurang sedapnya klau gunakan resepi yg dicetak pada pembungkus sup bunjut tu. Jom kita tengok resepi :)

300gm tulang lembu - bersih dan toskan
1/2 inci halia - diketuk
6 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 cawan air
4 biji kentang
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili api - optional
Minyak untk menumis

Cara2
1. Tumis halia dan bahan yg ditumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan air, daging dan rempah sup bunjut. Biarkan atas api hingga 1/2 jam.
3. Maukkan kentang dan biar hingga kentang dan daging empuk.
4. Perasakan dgn garam. Masukkan cili api (jika suka).
5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.


Walllllaaahhh :)

Wednesday, December 29, 2010

DAGING GORENG THAI


Salam...
Hahaha ini resepi ke 3 yg saya cuba dalam buku Masakan Thai.  Sedap. Ala2 daging goreng kunyit tapi ada rasa sedikit masam & manis. Jom tengok resepi :)

Bahan2
200gm daging
1 batang serai - diketuk
10 helai daun purut – saya gunakan 3 helai saja
3 biji cili api – dipotong serong
1 labu bawang besar – potong bulat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun ketumbar
3 sudu besar minyak masak
1 sudu the gula
Garam
Air secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng ½ biji bawang besar bersama daging. Masak hingga separuh masak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, cili api dan goring hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam.
4. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Tambahkan air jika perlu.
5. Apabila hampir kering, masukkan daun ketumbar dan lebihan bawang besar tadi. Kacau rata sebelum diangkat dan dihidangkan.
 
Jemput makan :)

Wednesday, December 15, 2010

DAGING GORENG BAWANG

Salam Rabu....
Musim cuti sekolah ni kan, msti bnyk dapat jemputan kahwin kan? Lebih2 lagi hujung minggu. Kadang2 tu smpai x terkejar masa nak memenuhi undangan. Kalau di sebelah Johor, setiap tetamu pasti dibekalkan nasi dan lauk utk dibawa pulang. Itu istimewanya kenduri di Johor dan x terdapat kat negeri lain. Resepi kali ni ada kena mengena dgn lauk kenduri. Kalau dah banyak sgt lauk, tentu kita pun naik jemu dok perangat kan?
Apa kata kita ubah jadi satu lauk yg baru. Resepi ni mak saya dpt dr jiran masa duk di Jln Kuching dulu. Kan tentera dpt bnyk lauk dlm tin, jadi bila buat mcm ni , baru layan :)

Bahan2
1 mangkuk daging/ayam - disiat2 (mcm nak buat serunding)
2 biji bawang besar
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang hingga layu.
3. Masukkan daging yg telah disiat tadi. (kuah x diperlukan) 
4. Masak dgn api perlahan hingga kering. Perasakan dgn garam.
***Resepi ni sesuai utk daging/ayam yg dimasak kari, beriani dan kurma sahaja.
***Jika mengunakan ayam, asingkan tulangnya.

Tunggu N3 seterusnya utk ketahui apa yg blh dibuat dgn resepi ini selain dimkn dgn nasi putih.

Friday, November 19, 2010

KERUTUK DAGING

Menu ke 2 ni pun saya ambik kat My Resepi. Klik kat sini kalau nak tengok resepi asal ya. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan ( 5 orang )
· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk
· 2 sudu cili giling
· 1/2 biji bawang besar
· 3 cawan santan pekat
· 2 sudu besar kicap pekat
· 1/2 keping gula melaka/manisan
· 2 sudu besar kerisik

· [bahan tumis]
· 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih
· 1 batang kulit kayu manis
· 2 kuntum bunga lawang
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· 3 sudu besar minyak

Cara-cara
1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. - saya potong lebar & nipis
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang.
*Kalau suka berkuah, boleh buat cair sedikit ya.

Sedap :)

Friday, October 29, 2010

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualikum...
Mmm sepatutnya resepi ni dimasukkan smlm. Tapi x tau kenapa line internet tahap menguji kesabaran. Adusss... Nasib baik arini dah ok dah sikit. Asam Pedas Daging ni ada bermacam2 kaedah utk memasaknya. Biasala klau bagi org yg bz msk, dia akakn gunakan bahan yg paling minimum :).Apapun jom kita skodeng resepi ni..

Bahan2
300gm daging - potong lebar & nipis, cuci & toskan
2 cawan cili kisar
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai - blh gantikan dgn daun kunyit/daun kesum/bunga kantan
1 sudu asam jawa
1 cawan air - boleh ditambah jika suka kuah yg cair
Garam
Minyak

Cara2
Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Panaskan minyak, masukkan serai. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak atau cili masak secukupnya (cili klau dimasak dgn betul akan berbau). Setelah cili cukup masak, masukkan daging dan asam. Tutup. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam. Siap.

P/s; Garam dimasukkan setelah daging empuk utk mengelakkan daging lambat masak.

Makan time :)

Monday, August 23, 2010

PULUT KUNING & KARI DAGING

Salam semua...
Ni la menu berbuka utk semalam. Tiba2 jer teringin mkn pulut kuning. Cicah lak dgn kuah kari ..... fuhhh memang layan.......
Cara masak pulut kuning ni berbeza ikut negeri. Mcm di Johor, pulut direndam, kukus & gaul dgn santan & ditanak kembali.
Berlainan dgn sblh utara (my mertua style) .. pulut direndam & ditanak. Bila nak mkn barulah di gaul dgn santan yg diletakkan serbuk kunyit...
Apapun caranya...jom kita tgk resepi :)

PULUT KUNING

Bahan2;
2 cawan beras pulut - basuh & rendam dgn serbuk kunyit selama 2 jam
1 biji kelapa - amik santan pekat sahaja
1 s/k garam - gaulkan dgn santan

Cara;
Panaskan kukusan. Toskan beras pulut. Tanak hinggan separuh masak (anggaran 1/2 jam). Angkat dan gaulkan dengan pati santan hingga sebati. Kukus kembali pulut tadi hingga masak (anggaran 1 jam). Dahpun siap. Pulut yg dikukus begini boleh tahan 2 hari tanpa dipnaskan.


Kari daging ni aku buat yg simple jer..... Tapi rasanya tetap mabeles.... :)
KARI DAGING
Bahan2 utk kari daging;
300 gm daging btg pinang
1 bungkus kecil serbuk kari
2 biji bawang kecil - dimayang
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
5 biji cili padi- optional*
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
2 s/b kerisik
3 jenis rempah tumis
Cara2;
Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, mskkan bahn tumis, bawang kecil & bahan kisar. Tumis hingga naik bau, kmudian mskkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging masak hingga daging empuk, barulah mskkan kentang.
Akhir sekali mskkan santan, kerisik & perasakan dgn garam.
Masak hingga kuah agak pekat. Sedia utk dihidang :)

Monday, May 24, 2010

DAGING GORENG HALIA

Salam semua.... Arini disebabkan, sistem kat opis slow... maka dari dok diam baik update blog...Masakan ni asalnya adalah daging gorreng kunyit tapi di ubahsuai utk selera sendiri...kalau ada sup mmg layannnn...

  • Bahan2
  • 300gm daging batang pinang
  • 2 biji kentang - kupas & potong memanjang
  • 11/2 inci halia *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 sudu kecil lada hitam *
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • Garam

Cara2
Goreng kentang hingga kekuningan & ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * & tumis hingga naik bau atau kekuningan. Masukkan daging & tutup. Masak hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan cili besar yg telah dihiris kasar & perasakan dengan garam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...