Resepi utk menghabiskan baki nasi dan baki lauk daging. Sesuai tatkala malas..huhuhu. Exceli lauk daging tu untuk menu tengahari, bila x hbis saya gunakan daging tu utk buat Daging Goreng Bawang, pastu jadikan ramuan tambahan dalam nasi goreng ni. Resepinya pernah saya masukkan dulu. 2 pinggan gak cik asben tambah :) Klau nak cuba, jom kita tengok resepi :)
Bahan-bahan
3 cawan nasi putih
2 biji cili merah - potong halus
1 biji bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 cawan Daging Goreng bawang
Garam
Minyak
Cara-cara
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang besar dan cili. Goreng hingga agak garing.
3. Masukkan Daging Goreng Bawang dan garam.
4. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sebati.
Sedap beb :)
No comments:
Post a Comment