Sebenarnya kek ni pun saya buat masa ATV, tapi baru arini sempat nak upload resepi. Resepi ni pun dah dicuba sebelum ni, cuma kali ni saya gandakan bahan-bahanya. Kalau nak tengok hasil yg sebelum ni klik jer
kat sini yaaaa. Kita terus tengok resepi jer la yaa.
Bahan-bahan :
250 gm mentega
280 gm gula kastor
3 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 sudu besar pes pandan
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan kelapa kering
Cara-cara :
1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
Gambar ni amik masa kat dlm keta...hahaha :)
No comments:
Post a Comment