Click jer klau ada iklan :)

Thursday, March 24, 2011

APAM SNOW WHITE & PINK :)


1 lagi kuih kegemaran en asben. Kalau buat mesti licin punya. Siap tapaukan untuk kawan2. Resepi amik kat MyResepi. Terima Kasih kat qnq0910 utk resepi mudah dan sedap ni. Rasanya resepinya lebih kurang dengan Apam Beras yg pernah saya buat dulu. Apapun apam ni mmg sedap. Saya cuma buat 1/2 dari adunan asal. Pada yg x suka manis boleh kurangkan sukatan gula, sbb bagi saya ianya agak manis jika guna sukatan asal. Jom semak resepi :)

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
7. Note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Buat dalam pelbagai acuan :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...