Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

RAISIN PASTRY


Uiiiii bahaya makan benda ni, tak boleh nak berhenti !!! Dah la comel macam siput rasanya yang masin, manis dan rangup buat kita leka mengunyah. Sambil2 tengok tv pun boleh buat raisin pastry ni. Sebungkus pastri menghasilkan 60 biji dan boleh disimpan agak lama jika disimpan dalam bekas kedap udara. Jom skodeng resepi sedap dan mudah ni :)

Bahan-bahan :)
10 keping pasti 4" x 4" - jenama Kawan
Kismis secukupnya
Mentega
Gula Perang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Sapukan mentega pada pastry, taburkan gula perang dan kismis.
3. Gulung pastry (seperti gulungan kuih ketayap) dan tekan dengan garfu pada hujung pastry tadi hingga melekat.
4. Potong pada 6 bahagian dan susun diatas dulang pembakar yang telah digris dan dialas.
(sila alas dulang pembakar untuk mengelakkan pastry melekat dan pecah apabila dikeluarkan)
5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

Thursday, June 9, 2011

SARDINE PUFF

Assalamualaikum semuaaa....
Wahhhhh lama betul x update blog. Setelah selesai Majlis Reunion tempohari barulah ada masa nak berblog. Lega.. semuanya berjalan dengan lancar. Nanti saya akan update foto sekitar majlis tu nanti ok. Mula2 kita update dulu menu yg saya sempat siapkan tempohari. OK kita mulakan dengan menu pertama, Sardine Puff ya..

Bahan-bahan :)
30 keping pastri (saya guna jenama Kawan)

Untuk Inti
2 tin kecil mackarel
4 biji kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 senduk cili kisar
3 biji bawang putih - dicincang
Garam
Minyak

Untuk sapuan
1 biji telur
Sedikit mixed herbs
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
1. Keluarkan pastri dan biarkan lembut pada suhu bilik (anggaran 10-15 min)
2. Utk inti; Gorengkan kentang yang dipotong dadu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
3. Tumis pula bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar.
4. Masuk hingga cili benar2 masak. Kemudian masukkan mackarel (hancurkan sedikit isi ikan).
5. Kacau hingga sebati, masukkan pula bawang besar.
6. Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan kentang yg digoreng tadi.
7. Toskan minyak supaya puff tetap rangup.
8. Lipat puff mengikut kreativiti masing2.  Kelar sedikit bahagian atas puff.
9. Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn sedikit mixed herbs & pewarna.
10. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah.


Sardine Puff


Thursday, December 16, 2010

PUFF DAGING

Salam Khamis
OK seperti dijanjikan, resepi yg menggunakan Daging Goreng Bawang. Tapi kali ni saya dah edit sedikit dgn memasukkan 2 biji kentang yg dipotong dadu ke dalam daging. Jom kita tengok resepi ni. Resepi asal adalah resepi Apple Puff amik kat blog Hana tapi kali ni aku guna inti daging. Jom tengok resepi :)

Bahan2
Puff pastri secukupnya
1 biji telur
Inti daging secukupnya

Cara2
1.  Ambil sekeping pastry. Bentukkan ikut bentuk yg dikehendaki. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur sekeliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.

2. Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.

3. Sejukkan di atas redai.

TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP ~ tip berguna dr Hana

· Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.

· Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.

· Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan@keemasan.

· Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.

· Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!

· Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.

· Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.


Inti daging yg telah di edit
Tp aku pnya x berapa naik la... :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...