Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


Selamat pagi :)
Semoga hari ini semuanya ceria dan kesihatan dlm keadaan yg baik. Harini nak share resepi kuih Bingka Roti Kukus Pandan yg saya ambil kat blog Kak Ummi. Terima Kasih Kak Ummi. Rasa teruja nak buat sebab dengar komen dr komen Kak Ummi yg kuih ni memang sedap sampai 2 kali buat dalam sehari. Bagi saya kuih ni memang sedap dan lemak, cuma kurang suka teksturnya yg agak lembut. Next time nak bakar seketika selepas dikukus supaya dapat kerak..mesti best :) Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
8-10 keping roti putih - saya guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil
200 ml santan - saya & kak Ummi guna santan kotak Kara
200 ml air
1 cawan gula - saya & Kak Ummi  letak 3/4 cawan gula kastor
4 biji telor
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :)
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.

2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (saya & Kak Ummi sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.

4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.

5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (saya & Kak Ummi balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).

6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (saya makan panas2...hahaha)


Jemput makan :)

Wednesday, November 16, 2011

CUCUR UDANG TEMBAM vs SAMBAL KACANG


Menu minum petang weekend yg lalu. Memang gebula cucur udang ni mcm tuan punya resepi...hehehe.
Terima Kasih kat Cik Mat Gebu sbb share resepi ni. Tapi kalau ikut resepi asal, cucur udang ni di makan dgn sos cili buatan sendiri, tapi saya lebih gemar makan cucur udang yg digoreng agak garing sedikit dan makan pula dgn sambal kacang. Kena pula dengan teh O panas...memang sedappp

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air - saya jadikan 2 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

SOS LADA  (saya mkn dgn kuah kacang)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Cara-cara :-)
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

2.UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

3.UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!.. 
 
 
KUAH KACANG
2 cawan kacang tanah - yg telah digoreng dan dikisar
5 sb cili kisar
1 sb udang kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 sb gula merah
1 cawan air
Garam
Minyak
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2.Tuang air dan juga masukkan  asam keping. Bila mendidih, tambah gula merah dan perasakan dengan garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

Thursday, March 24, 2011

APAM SNOW WHITE & PINK :)


1 lagi kuih kegemaran en asben. Kalau buat mesti licin punya. Siap tapaukan untuk kawan2. Resepi amik kat MyResepi. Terima Kasih kat qnq0910 utk resepi mudah dan sedap ni. Rasanya resepinya lebih kurang dengan Apam Beras yg pernah saya buat dulu. Apapun apam ni mmg sedap. Saya cuma buat 1/2 dari adunan asal. Pada yg x suka manis boleh kurangkan sukatan gula, sbb bagi saya ianya agak manis jika guna sukatan asal. Jom semak resepi :)

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
7. Note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Buat dalam pelbagai acuan :)

Monday, March 7, 2011

PULUT SERUNDING


Diam x diam dah masuk mingge ke 2 dlm bulan Mac. Kejap jer kan. Arini nak share resepi Pulut Serunding tapi gunakan resepi yg sama dengan Pulut Panggang. Cuma kali ni tambah santan kat dalam pulut tu. Baru terasa lemaknya. Pulut Serunding ni sedap dimakan kalau serundingnya diletakkan banyak. Baru la terasa masin, pedasnya. Kita tengok resepi jom...

Bahan-bahan :

600gm beras pulut - rendam , cuci dan toskan
Santan dari 1/2 biji kelapa
Inti Serunding :
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Air
Garam

Cara-cara :
1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian kukus hingga 1/2 masak. Gaulkan pulut dengan santan yg telah dicampur dengan garam dan dikukus sehingga pulut masak.
2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6. Hidangkan bersama pulut yg telah dikukus tadi.


Nyum nyum :)

Thursday, March 3, 2011

SAMOSA

Sedap tau samosa ni. Resepi intinya amik kat jiran depan rumah yg jual kuih ni masa bulan puasa jerk.
Tapi biasala resepi orang lama2 ni mana ada sukatan, semua main agak2. Jadi saya buat sukatan sendiri dan bagi rasa kat tuan resepi. Dia kata sedap! Senyum sampai telinga :) Kalau ikutkan resepi asal, kena gunakan sayur campur yg dalam peket tu, tapi x de stok, jadi saya gunakana jagung dalam tin dan carrot yg dipotong sendiri jer. Jom kita tengok resepi ni ;

Bahan-bahan
Kulit popia secukupnya
2 cawan kentang - potong dadu
2 cawan jagung - potong dadu
2 cawan carrot - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 bungkus kecil serbuk kari
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
7 tangkai cili kering *
1/2 inci halia *
1sb lada sulah
Garam
Gula
Minyak

Cara- cara :
1. Kisar bahan bertanda * dan tumis bersama serbuk kari hingga pecah minyak.
2. Masukkan kentang, carrot dan jagung. Masak hingga kentang lembut.
(boleh tambah sedikit air jika kentang lambat empuk)
3. Masukkan lada sulah, garam dan gula.
4. Masak hingga inti agak kering. Biarkan sejuk seketika.
5. Gulung inti  dalam kulit popia yg telah dipotong 3 (gunakan kulit popia yg besar).
6. Gunakan telur utk lekatkan hujung kulit popia.
7. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
(boleh juga disimpan untuk buat frozen food)

Sedap :)

Monday, February 28, 2011

POPIA JEJARI KETAM

Menu minum petang weekend lepas. Senang jer nak membuatnya sampai habis 1 bungkus kulit popia saya kerjakan. Goreng 1/2 dozen, selebihnya saya simpan untuk buat frozen. Kalau tetamu datang, tinggal goreng jerk. Klau nak buat rfozen, rasanya x perlu la kita letakkan sayur. Cuma letakkan jejari ketam dah memadai.
Layan resepi jommm :)

Bahan-bahan :
50 keping kulit popia
50 jejari ketam
1 biji telur - utk lekatkan
Lada sulah - optional

Cara-cara :
1. Biarkan kulit popia dan jejari ketam pada suhu bilik.
2. Letakkan jejari ketam atas kulit popia, taburkan sedikit lada sulah.
3. Gulung kemas dan lekatkan dengan telur di penghujungnya.
4. Buat hingga habis.
5. Goreng popia hingga kekuningan dengan api perlahan.
6. Enak dimakan dengan sos pilihan.

Senang dan sedap :)

Friday, February 25, 2011

PULUT PANGGANG

Antara kuih kegemaran saya ~ Pulut Panggang. Kuih ni saya panggang kat dlm oven jerk.Resepi amik kat Saji Online. Kalau kawan2 nak cuba, rasanya lebih sedap kalau pulut dikukus dgn sedikit santan, baru la terasa lemaknya. Apapun jom kita tengok resepi :-

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut - saya gunakan 600gn jerk
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang
Lidi
Air
Garam

Cara-cara :
1. Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2. Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5. Sangai sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6. Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
7. Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. Panggang.


Wednesday, February 23, 2011

BINGKA LABU

Cantik x bingka labu saya? Bolehla utk 1st attempt hehehe. Tapi rasanya memang mabeles.Terima Kasih kat Mat Gebu @ My Resepi utk resepi ni yaa. Nanti leh cuba kat loyang 4 segi lak. Exceli saya bakar 40 minit utk suhu 200C dan 20 minit utk suhu 150C tapi masih x dapat kerak yang cantik. Bagi penggemar bingka, bahagian kerak la yg menjadi rebutan :).  Gambar kat atas tu pun saya snap kat opis jer sbb dah tertido sblm bingka tu sejuk. Maaf ya kulaiti gambar amat tidak memuaskan....hik hik hik
Apa kata kita semak resepi ;

Bahan-bahan
(acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak) sya guna 1 biji kelapa
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 ***Terima Kasih kat Acik Hairiah utk labu yg manis tuuuu :)

Mcm kek pun ada kan?


Thursday, February 3, 2011

PUTERI AYU ~ RESEPI II

Berjaya :). Sukenyaaaaa. Kali ni berjaya buat kuih Puteri Ayu. Naik dan x turun balik. Cuma kali ni warna agak kurang menarik sikit. Apapun Terima Kasih kat rohaya1710 atas resepi mudah ni. Guna sukatan cawan jerk. Jom tengok resepi :)

Bahan2
2 biji telur

1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sk ovellete
1 sk perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara2
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati.
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit. Sedia utk dihidang :) 


Cehhh, siap tunjuk bukti tu, kegebuan kuih Puteri Ayu kali ni :)

Tuesday, February 1, 2011

KUIH KETAYAP @ GULUNG

Wah..wah ada yg dah siap packing baju la nak blk kg.  Saya pun nak blk kg gak mlm ni :). Kali ni giliran ke Utara lak. Tapi dalam hati ni risau gak kat famili di Muar. Hujan x berhenti2 dan dah banyak kawasan dah mula dinaiki air :(. Semoga peristiwa banjir 2006 x berlaku lagi.
Sebut pasal hujan ni, waktu ni laaaa... perut asik lapar jeee. Ni menu minum petang Ahad lepas dan mkan waktu hujan gak. Resepi ni amik kat My Resepi dan resepi asal oleh princessharyati. Terima Kasih ya utk resepi sedap ni :) Jom tengok resepi :)

Bahan2
~ Utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk) - sya gunakan santan serbuk 50gm
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

~ Utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara
Untuk inti;
1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan.
3. Angkat. Buang daun pandan tadi.
 
Untuk kulit;
1.Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
2. Jikal guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
3.  Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
4. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
6. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
 
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Posing ala2 meriam :)

Friday, January 21, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU

Salam Jumaat...
Syoknya esok dah cuti :). Sebenarnya menu di buat masa cuti tempohari. Kebetulan ada tetamu, jadi buat la lebih sikit selain bagi kat jiran sebelah rumah. Bukan setakat bagi kuih jer tau, resepi pun bg sekali. hahaha....Cucur ni mmg best, x perlu soda bikarbonat dan ianya lemput walapun dah sejuk. Sebelum ni ada buat versi  ikan bilis, kali ni buh Udang Geragau lak dan +- apa yg patut.
Jom layan resepi ni...

Bahan2
2 cawan nasi*

2 cawan air*  diblender..
2 cawan tepung gandum (boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji lobak merah di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
1/2 cawan udang geragau - cuci dan toskan
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, udang geragau, garam dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.

Gebussss

Friday, January 14, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Salam....
Satu lagi resepi untuk menghabiskan stok pisang yg ada. Jemput-jemput pisang utk sarapan tempohari. Sedap dan lembut. Resepi  adunan sendiri. Jom tengok resepi :)

Bahan2
10 biji pisang - dilenyek
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sb gula
1 sk garam
1 sk soda bikarbonat
Minyak

Cara2
1. Gaulakn tepung dengan gula, garam dan soda bikarbonat.
2. Masukkan pisang dan air berselang-seli. Gaul sebati.
3. Jemput mengunakan hujung jari dan goreng dlm minyak yg telah panas hingga kekuningan.

*** Sukatan air boleh dilebih atau dikurangkan mengikut kesesuaian adunan.


Bismillah...

Saturday, January 8, 2011

APAM BERAS LAGII


Salam....
Buat kuih kegemaran sekeluarga lagi. Memang best resepi ni. Terima Kasih utk Cha atas resepi ni. Kali ni edit sikit resepi. Terpaksa abaikan brown sugar sbb x de stok. Guna gula pasir jer tapi kurangkan 1/4 cawan dari resepi asal sebab gula pasir ni manis dari gula perang. W'pun edisi ulang tayang, tetap nak buh gak resepi utk edisi tahun 2011 hahaha.....Jom layannnn

Bahan
· 2 cwn nasi
· 2 cwn tepung gandum
· 2 cwn tepung beras
· 1  1/2 cwn gula
· 2 1/2 cwn air
· 1 sudu kecil yis (mauripan)
· kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Kali ni buat gunakan acuan kuih lompang

Tuesday, December 28, 2010

KARIPAP INTI KELEDEK


Salam Selasa...
Masih lagi dlam mood bercuti... Ada 1 ari jer nak abiskan lagi. Harini nak share resepi yg sesuai dibuat sarapan atau minum petang. Kalau ikut resepi asal dapat dalam 20 biji, tp saya dapat 16 biji jer. Mgkn saiz beso sgt kutt. Mmmm lagi 1 nak bagi tau, klau ikut sukatan inti ni, mcm  bnyk sgt. Rasanya doublekan adunan tepung baru blh hbiskan semua inti (atau mgkn keledek sya beso). Apa pun jom kita tengok resepi yg saya amik kat My Resepi dan resepi asal oleh Hana.

Bahan2
 · 250g tepung gandum
· 2 sudu besar marjerin - panaskan
· 2 sudu besar minyak masak - panaskan
· garam skit
· air

· INTI
· 5 biji keledek
· 2 sudu besar kari ayam/daging
· 1 biji bwg besar
· 2 ulas bwg putih
. 1 sudu besar udang kering - sendiri letak
. 2 tangkai daun sup - sendiri letak
. 1 tangkai daun kari - sendiri letal
· garam
· air

Cara2
1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.

3. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari,daun kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering. Akhir sekali mskkan daun sup.

4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

5. Kalau nak tengok cara klim karipap klik jer kat sini yaa. Saya tekan dgn garfu jerk :)
Boleh juga trus disimpan jd frozen food.

Karipap tengah posing :)

Saturday, December 25, 2010

TAUHU BAKAR



Selamat berhujung minggu :)
Mungkin masa anda baca N3, saya dah ada kat kg :). Hahaha... Bestnya balik kg :). Pernah makan tauhu bakar? Sedapkan. Resepi ni baru cuba hujung mngu lpas. Resepi ni amik kat My Resepi. Tq utk Che Iza utk resepi ni. Klik kat sini utk tengok resepi asal.

Bahan2
4 kpg tahu
100 gm taugeh
1/2 btg timun
1/2 biji sengkuang - x letak sya gantikan dgn carot
* 3 sb lada boh / lada giling
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
1 sb bijan digoreng tanpa minyak - x letak
kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara2
 1.Tahu bakar hingga masak dan ketepikan. - saya goreng
2.Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
3.Potong kecil2 atau baji sengkuang (carot) dan timun
 4.Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5.Potong tahu kecil2 - saya potong 2 jer, letak taugeh sengkuang (carot) dan timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
6.Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur..  
Siap :)

Monday, December 13, 2010

CUCUR NASI IKAN BILIS


Selamat bekerja pada yg bekerja dan selamat bercuti pada yg bercuti mcm aku...hahhaa.
Klau tengok gmbr tu, jgn ingat saya nak ikut jejak langkah Mat Gebu ya. Set tu sebenarnya lucky draw yg saya dapat masa dinner tempohari. Sebelum kena simpan dalam almari, baik kasi posing dulu.
Resepi kali ni kan, memang berguna kalau kita ada baki nasi yg x habis. Kira x membazir la.
Resepi ni amik kat blog Hana. Klau nak tengok resepi asal klik jer kat sini. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan

1 cwn nasi*
1 cwn air* * diblender..
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji kentang di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera
Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.


Sedapnya :)

Friday, December 10, 2010

PUTERI AYU

Salam Jumaat...
Sekejap jer dah nak cuti balik. Kali ni nak kongsi resepi kuih fav. en asben lagi :).Kuih ni buat minum petang masa cuti tempohari. Rasanya sedap. Tapi x tahu di mana silapnya, dia x berapa gebu la. En Asben srh cuba lagi. Resepi ni pun amik kat My Resepi. Klik jer utk tengok resepi asal. Saya cuma buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya utk Tuan pnya resepi :)


Bahan2
· 4 cawan tepong gandum
· 1 1/2 cawan gula caster
· 3 biji telor
· 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air ) - saya guna santan kotak
· 1 sudu makan ovelette
· 1 sudu makan baking powder
· 1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
· 1 biji kelapa parut putih sahaja
· 2 sudu teh garam
· 1 sudu makan tepong ubi - saya guna tepung gandum jer

Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.  - saya kukus 15 min.

Jamu mata jer la yaaa...

Thursday, December 9, 2010

APAM BERAS

Salam Khamis :)
Syok betul waktu cuti ni kan. Macam2 resepi blh dicuba. Pagi kuih lain, petang kuih lain. Kuih ni salah satu kuih fav. en asben. Buat utk bekpes. Petang pun buat kuih fav. dia gak. Tunggu N3 seterusnya ya.
Resepi ni amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal, korang boleh la klik kat sini ya.
Kali ni buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya Cha utk resepi ni :)

Bahan2

· 2 cwn nasi
· 2 cwn tepung gandum
· 2 cwn tepung beras
· 1 cwn brown sugar
· 3/4 cwn gula
· 2 1/2 cwn air
· 1 sudu kecil yis (mauripan)
· kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam. - saya perap 2 jam jer
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
*** Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan supaya senang dikeluarkan.

Jemput makan :)

Thursday, December 2, 2010

PISANG GORENG VS SAMBAL KICAP

Salam Khamis.
Resepi kali ni rasanya orang bujang pun tau. Tapi x pe kan klau nak kongsi gak, terutamanya resepi sambal kicap tu. Mesti ramai orang yg x biasa dengar mkan goreng pisang dgn sambal kicap. Klau disebelah Johor & Pahang, memang kita orang mkn dgn sambal kicap. Sedap.. klau x caya cuba yaa...

GORENG PISANG
Bahan2
8 biji pisang (saya gunakan pisang nipah)
2 sudu tepung goreng pisang Adabi
2 sudu tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Minyak

Cara2
Gaulkan semua bahan (kecuali pisang) hingga sebati dan tidak berketul.
Belah 2 pisang yg telah dikupas kulitnya. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan goreng dgn minyak yang panas hingga kekuningan.




SAMBAL KICAP
Bahan2
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
2 s/b gula
Kicap

Cara2
Goreng bawang putih  hingga kekuningan.
Tumbuk hingga lumat bawang putih dan cili api.
Masukkan gula dan kicap. Kacau sebati.
*** Sedap juga di makan dgn keledek, keladi, sukun & tempe goreng.

Sunday, November 21, 2010

ROTI JALA

Seronok betul waktu cuti ni. Masak dari pagi sampai petang. Roti jala ni aku makan dengan Sambal Sardin Berhalia. Sedap beb. Resepi aku ambil kat My Resepi. TQ ya tuan punya resepi. Sebelum terlupa, aku x guna acuan roti jala tapi botol sos yg plastik tu. Jadi boleh la buat roti jala 4 segi, senang nak lipat.
Tapi kena buat cepat2 sbb lubangnya satu jer. Ok kita tgk resepi lakk

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna kuning
2 helai daun pandan - utk sapu minyak di kuali

Cara2
1. Kisar semua bahan2 dalam blender hingga sebati.
2. Panaskan kuali gunakan ap sederhana), sapukan minyak & kiraikan roti atas kuali.
3. Terbalikkan apabila tepung sudah nampak agak pucat.
4. Gulung atau lipat ikut kreativiti masing2.

Jemput makan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...