Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

FETTUCINI CARBONARA


Nyum..nyum..nyum.. lama betul tak makan menu ni. Walaupun layan sensorang, boleh bertambah..hehehe. Menu ni saya ikut resepi yg disediakan di luar tin cuma tambah bawang putih dan bawang besar jer. Tengok resepi yok ;)

Bahan-bahan :)
100gm fettucini
1 tin sos carbonara - saya guna jenama Prego
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 cawan isi ayam
1 tin air - gunakan tin yg sama
3 helai daun basil
5 kuntum cendawan butang - dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil blackpepper
2 sudu besar minyak zaitun
Cheese powder - untuk extra sedap dan extra kalori :)
Garam

Cara-cara ;
1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.

2. Gaulakan isi ayam dengan sedikit garam dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.

3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan cendawan.

4. Masukkan pula sos carbonara dan air dan dikacau rata. Masak hinggan kuah pekat. Masukkan mixed herbs dan perasakan dengan garam.

5. Tuangkan sos carbonara ke atas fettucini dan letakkan isi ayam ,cheese powder dan blackpepper.

Friday, March 23, 2012

POTATO SALAD


Kali ni berubah angin ke barat lak... Dulu masa memula kawen, hampir setiap hari buat salad ni. Setiap pagi inilah sarapa untuk en asben, ianya atas nasihat seorang kawan bagi mengatasi masalah gastrik. Sesapa yg ada masalah gastrik tu boleh la cuba ya, tapi sila abaikan cili, cuma campurkan kentang dan mayonis. Salad ni memang layan kalau di makan dengan western menu. Saya sediakan bersama fish & chips tempohari :)

Bahan-bahan :)
3 biji kentang - dikupas kulit dan direbus hingga empuk
1/2 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji cili hijau - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
2 sudu besar mayonis
Daun salad secukupnya 
Sedikit lada sulah/blackpepper
Sedikit perahan limau - optional

Cara penyediannya :
1. Potong kentang berbentuk dadu. Ketepikan.
2. Campurkan kentang, cili, bawang besar, mayonis. gaul rata.
3. Susun daun salad dan letakkan potato salad di atasnya.
3. Akhir sekali taburkan sedikit lada sulah/blackpepper dan sedikit perahan limau.
4. Sedia untuk dihidang dgn menu western kegemaran :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...