Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

AHLI KELUARGA BARU LAGIIIII :)


Assalamulaikum......
Ni N3 pertama utk bln ni...hehehe. Saja nak share kegembiraan famili kita org dapat ahli keluarga baru.
Boboi boy lagi :).  Alhamdulillah semuanya selamat, ummi dan baby sihat. Tahniah juga buat Zamri dan Siti Hawa. Bertambah meriahlah Raya tahun ni..

Saat N3 ni ditulis, baby belum diberi nama lagi.


2nd day)

Nazmi dan Ira dah jadi kakak dan abang.
Lepas ni kena tolong jaga adik yaaaaa

Tuesday, May 10, 2011

TUN HUSSEIN ONN NATIONAL EYE HOSPITAL

Pada 14.04.2011 abah saya telah selamat menjalani pembedahan mata di Tun Hussein Onn Eye Hospital. ALHAMDULILLAH. Prosesnya cuma mengambil masa selama 45 minit sahaja.  Kini dia x perlu pakai cermin mata lagi dan berkira2 nak buat pembedahan kali ke 2 pula. Semangat tu dapat "mata baru" :)

Dr Zainal bin Mohamad merupakan Dr yg merawat abah. X sangka Dr Zainal ni rupanya Dr febret kat situ w'pun saya pilih dia sbb nama dia mula dari huruf "Z". Boleh gitu?

Ruang menunggu di hadapan bilik Dr Zainal. Lepak2 sambil mnm air free :)

Monday, April 18, 2011

AHLI KELUARGA BARU

Alhamdulillah..... Semuanya selamat. Adik saya telah melahirkan bayi ke 2 nya pada 04:27 pagi Selasa lalu @ 12.04.2011. Pada saat N3 ini ditulis, baby ni belum diberi nama lagi. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga yg baru ini, akan bertambahlah rezeki dan rahmat pada keluarga kami.

Wajahnya saling x tumpah mcm abg dia :)


D.O.B. 12.04.2011

InsyaAllah bulan Julai akan datang akan lahir seorang lagi ahli keluarga En Mohd Raya :)
Pasti Raya tahun ni akan lebih meriah.

Tuesday, January 4, 2011

SUATU PAGI @ TAMAN MAK LONG

Seronokkan duk kat kg...Pagi2 wangi jer bau bunga2 keliling rumah. Udara bersih dan x tercemar. Org sambut tahun baru kat kota tgk bunga api, saya blk kg :). Kat kg kita boleh rilek dan lepaskan tekanan. Suasana sunyi, burung menyanyi-nyanyi, angin bertiup sepoi2 bahasa.....bestnyaaaaa. Pagi2 dah ronda2 kebun bunga Mak Long kat sebelah rumah. Sambil2 tu amik gambar bunga guna kamera digital biasa jer...Kalau yg ada camera canggih tentu gambarnya lebih cantik kan. Jom layan mata...

Ini Pokok Cermin..Mak Long bg tau pokok ni boleh menghalau nyamuk. Daun dia berbau macam esen vanila.

 Close up...Daun dia berbulu mcm baldu :)

 Cantikkk

 Pokok sama tp yg ni bunga hijau

 Spesis keladi


 Pokok Bunga Raya jenis berlapis

 Pokok Bunga Raya berlapis bunga kuning

 Pokok Keladi beropol

 Pokok Rama-Rama

Yg ni bunga & kumbang yg x mandi tengah berposing :)

Thursday, June 10, 2010

PERMATA HIJRAH

Minggu yg lepas, mak & abah & adik datang. Hari Ahad ada kenduri kahwin di rumah sedara. Sabtu, kita org smua pergi Permata Hijrah cawangan Bangi. Memang tujuan abah nak ke sini minggu sebelumnya. Tapi disebabkan, rompakan tempohari, maka terbatal la rancangan dia. Huhuhu......Oleh kerana free, maka Abg Khai x melepaskan peluang mencuba. Termasuk la aku.. hehhe
Tengok tu khusyuk betul abah..... Syshhhhh x leh gerak2...

Mak & Hawa khusyuk dengar penerangan dari petugas di situ.
Masa ni aku tgh mencuba gak....

Ada juga rawatan resdung di sini. Mcm mata gak, blh cuba - FREE. Klau nak bli ubat jer kena bayar. Utk rawatan mata, blh la prepare dlm RM 500.00 (utk 1 set ubat & cermin mata tu). Petugas kat sini smuanya dari Pantai Timur. Kena dgr btul2, klau x, mmg ssh nak faham.
Bangga dpt g tmpt mcm ni, smuanya berkopiah & bertudung. 100% bumiputera. Syabasss!!

Ooops.. sya bkn wakil atau dibayar utk N3 ni ya.... Saja nak share....

Friday, June 4, 2010

RUMAHKU DIROMPAK

Pada 25.05.2010 yang lepas, rumahku di kampung dimasuki perompak. 2 motor, 2 HP & duit dikebas. Alhamdulillah tiada siapa yg cedera. Ketika kejadian, semua sedang nyenyak tidur, sampai dia msk bilik abah ku pun, abah x sedar. Waktu Subuh barulah smua tersedar apa yg terjadi. Sejak kebelakangan kejadian pecah rumah mmg menjadi2. Ada juga kes smpai dipotong telinga, dirogol.... sadis...Laknat betul!!!!!

Perompak tu masuk ikut tingkap tepi parking tu.
Bilik abah aku yg dimasuki perompak tanpa disedari.
Nasib baik budak comel ni x de masa tu. Mana la tau kan... kes culik kanak2 pun makin x terbendung...
Nampak tin hitam tu? Haaa tu la cara yg Ustaz kat kg aku bg petua...Bakar tiap2 Maghrib sambil membaca ayat2 Al-Quaran bagi dia panas. Semoga berhasil....

Saat N3 ni ditulis, aku dapat berita sebuah lagi rumah dirompak. Kali ni lebih sadiss. Dah la dirompak, isterinya pula dirogol. Dlam dunia penuh materialistik ni, duit lebih berharga dari nyawa & maruah. Hmmm nampaknya tanda2 Kiamat semakin hampir kini muncul satu persatu...
Sudahkah anda bersedia???

Monday, May 10, 2010

BIRTHDAY GATHERING

Salam semuaaa.. ni edisi lambat update & lambat celebrate la ni...huhuhu... Semuanya tertangguh sebab kenduri kendara. At last dpt juga gather2 w'pun kurang sorang......Kita org lay park @ Manhattan Fish Market...Ni la antara tetamunya - sorang x dtg psl ada hal (suami ku) & sorang lg tukang amik gambo (akak aku )
Kat sini portion dia besau....so sapa2 yg x kuat mkn baik share je la.. Klau x membazirrrr

Budak kecitt ni mmg sentiasa ada. Kaki gambo mcm bapa dia yg pura2 malu tu....kekeke

Sibuk dengan kartun Ben 10 dia... Ni Ami nyaaa..


Kita orang adik-beradik mmg buat gather2 ni setiap kali besday. Kira ni group Bandor....yg kat kg pun x mau mngalah. Buat jugak tu. Mentang2 la KFC baru buka & latest pizza pun buka kdai. Klau x kedai Siam la tempat gather2 diaorang. Huhuhu...
Anyway Terima Kasih ya pada Ani & Za pasal blanja....:))

Wednesday, November 4, 2009

BUAH TANGAN UNTUK FAMILI

Ok... seperti yang dijanjikan.... Nak bawa muffin balik kampung bagi semua orang rasa.....

Muffin Kelapa Pandan. Muffin ni aku buat pukul 7 pagi (nak bertolak 9.30pagi). Alhamdulillah siap juga. Mak, za & adik ipar suka yang ini :-)

Yang ni pula Muffin Black Currant.
Suamiku & abah suka yang ini :-)

Yang ni..... Muffin Choc Chip Berbadam....
Ami, Ira, Ani & Zamri suka yang ini :-)
Mula2 tu dapat 3 bekas.... Masa ni muffin kelapa pandan dalam ketuhar lagi...

Tapi yang ni jer dapat bawa balik....Selepas di agih-agihkan untuk rakan sepejabat suami & Ani... Sesiapa nak cuba... boleh la ke blog Mat Gebu ya......

KENDURI KAHWIN

Kenduri kahwin anak sepupu pada 25.10.2009.
"Selamat Pengantin Baru" untuk Nurul & Naim. Semoga kekal selamanya....
Buah tangan untuk para tetamu.

Tuesday, October 20, 2009

JALAN2 @ SUA RASA TV 9

Hari Ahad yang lepas kmi 3 beradik (Mohd Raya Angels) jalan2 di Shah Alam. Ada karnival Sua Rasa. Ok juga la...
Ni la kakak & adik aku.... Dua2 pun slim jer... Aku yg gebu sikit... Hua hua hua

Kononnya nak "snap" gambar Maya Karin. Tapi tengok la apa yang aku dapat... Hua hua hua

Kenal x sapa ni? Mana hantu? Itu hantu? Ceplos... Tengok cara Ami pandang dia. Mungkin Ami nampak dia mcm kat dalam tv tu kut...... Akutnya....

Kat sini ada pertunjukan udara juga.....

Jalan punya jalan, ni jer yang aku beli. Botol air aluminium. Sebenarnya bukan peminat Arsenal, tapi x de pilihan. Logo MU (Manchaster United) amat menakutkan.....
Rasanya hujung minggu ni nak cuba buat muffin, klau jadi nanti saya update ok. Lagipun minggu ni mak datang dari Johor. Anak sepupu kawen. Tentu banyak gambar nak dikongsi bersama. So... tunggu....................................

Monday, October 5, 2009

MELAKA @ SEBELUM BERTOLAK - PART 1

Sebelum pergi, budak2 ni la yang paling seronok... Nak jalan.. Tengok la Ami, gaya mcm org besar, tapi sayang puting lupa nak buang....
Ini pula aksi Ira dengan skirt kembangnya. Senyum sampai ke telinga......

Bila dah boring tunggu orang bersiap, habis dibukanya kasut & stokin.

MELAKA @ A FAMOSA - PART 2

Tempat pertama dilawati adalah A Famosa.
A Famosa terletak di atas bukit. Kena la naik tangga...... Banyak dah berubah.

Ini gambar "Eye on Malaysia" dari atas A Famosa

Kesian mak & abah.... X larat nak naik tangga. Tapi pasal dah lama x datang ke Melaka, naik juga perlahan2 ke atas.

Asyik ambil gambar orang... Sesekali nak juga bergambar. Sama x muka dengan mak? Macam kembar kan? Masa ni kasut Ami dah kena buka, pasal dah x larat nak kejar. Pantang pakai kasut, nak berlari aje...

MELAKA @ KOTA MERAH - PART 3

Destinasi kedua ialah Kota Merah.

Di Kota Merah memang banyak beca yang cantik. Untuk 1/2 jam upahnya RM 20.00.

Famili foto dengan ular. Nampak x ular tu? Saya pegang ekornya.....


Ni pula gambar kanak2 di taman bunga. Mmm nampak macam Ira ni kakak Ami pula...


Di Kota Merah memang banyak dijual souvenier. Tapi hati2 bila menbeli kerana harga untuk pelancung agak mahal sikit. Kena pandai tawar menawar.


Tengok tu.... Mak saya pun sibuk ber"shopping" juga. Sampai x perasan gambar dia kena ambil oleh "paparazzi"



On the way balik ke parking. Kanak2 keletihan nak berjalan. So bapak2 kena la dukung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...