Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

RAISIN PASTRY


Uiiiii bahaya makan benda ni, tak boleh nak berhenti !!! Dah la comel macam siput rasanya yang masin, manis dan rangup buat kita leka mengunyah. Sambil2 tengok tv pun boleh buat raisin pastry ni. Sebungkus pastri menghasilkan 60 biji dan boleh disimpan agak lama jika disimpan dalam bekas kedap udara. Jom skodeng resepi sedap dan mudah ni :)

Bahan-bahan :)
10 keping pasti 4" x 4" - jenama Kawan
Kismis secukupnya
Mentega
Gula Perang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Sapukan mentega pada pastry, taburkan gula perang dan kismis.
3. Gulung pastry (seperti gulungan kuih ketayap) dan tekan dengan garfu pada hujung pastry tadi hingga melekat.
4. Potong pada 6 bahagian dan susun diatas dulang pembakar yang telah digris dan dialas.
(sila alas dulang pembakar untuk mengelakkan pastry melekat dan pecah apabila dikeluarkan)
5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

Thursday, April 5, 2012

KACANG INDON



Kacang Indon? Hahaha.. sesuka hati jer bubuh nama kan? Tapi memang orang Indon yang pandai buat ni terutamanya yang berasal dari Acheh. Sekali cuba mesti nak lagi :). Memang sedap kacang ni, masa memula beli dulu & bagi opis mate cuba, sampai sekarang dia jadi peminat setia kacang ni. Kali ni saya cuba buat sendiri atas tunjuk ajar jiran sebelah rumah. Bahanya sangat mudah cuma cara membuatnya yg sangat menduga kesabaran..adehhhh. Kalau nak cuba tu, boleh mulakan dengan 0.5kg kacang dulu ya, nanti kecut tangan….hehehehe

Bahan-bahan :)
1 kg kacang tanah
2 labu bawang putih – ditumbuk kasar
Garam
Minyak

Cara-cara :
1. Kacang direndam dengan air panas yang dicampurkan dengan garam (saya letak 1 sudu besar garam) selama 4 jam atau lebih. – saya rendam semalaman.

2. Kupas kulit kacang hingga bersih, basuh dan toskan.

3. Goreng dengan api perlahan, apabila sudah kekuningan, masukkan bawang putih. Goreng hingga kacang dan bawang putih menjadi kuning dan rangup.

4. Taburkan sedikit garam dan kacau rata sebelum diangkat dan ditoskan minyak.

Monday, March 28, 2011

TEMPE GORENG RANGUP VS SAMBAL KICAP

Mmm bila mkn tempe, teringat zaman skolah. Ni antara makanan ringan yg ada kat skolah especially skolah kat Johor. Kira kudapan yg berkhasiat la. Tapi x tau la skrg masih ada lg ke kudapan mcm ni kat skolah. Selain boleh dimakan dgn nasi, boleh juga dibuat minum petang. Cicah lak dgn sambal kicap...memang mabeles. Jom kita tengok resepi mudah ni..

Bahan-bahan
2 keping tempe - potong nipis
4 sb tepung gandum
4 sb tepung goreng rangup
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak
Air

Sambal Kicap
5-10 biji cili api - ikut kepedasan masing2
3 sb gula
3 ulas bawang putih - digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan kicap pekat

Cara-cara
1. Bancuh tepung gandum, tepung goreng rangup, garam dan serbuk kunyit dengan air. (jangan terlalu pekat atau cair)
2. Celupkan tempe dalam tepung dan goreng hingga kekuningan dalam minyak yg telah dipanaskan.
3. Utk sambal; tumbuk cili api, bawang putih dan gula hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kicap. Kacau sebati.

Jemput makan yaaa

Contoh tepung goreng rangup yg saya gunakan :)


Monday, March 14, 2011

POTATO WEDGES

Selamat bekerja pada yg bekerja... dan selamat bercuti kpd saya..hahaha. Kentang ni mmg jadi fav. sesape jer. Masak la apapun mesti sedap punya. Kali ni cuba resepi yg saya mik kat My Resepi. Resepi asal oleh Tulip. Tenkiuuuu. Jom skodeng resepi :)

Bahan-bahan
2 biji kentang saiz besar  - saya guna 5 biji kentang sederhana

5 sb tepung gandum
Garam
Serbuk lada hitam - saya guna 1 sudu besar
Serbuk lada putih  - saya guna 1 sudu kecil
Gula - saya guna 1/2 sudu kecil
Serbuk kunyit

Cara-cara
1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.

Sedap :)

Friday, January 8, 2010

TEMPE GORENG RANGUP BERSIRA


Hari ni angin rajin datang.... Jadi dapat la masukkan 2 resepi :)
Resepi ni amat mudah & sedap pula tu.... Selain dibuat lauk, ianya boleh juga dijadikan kudapan sewaktu menonton TV. Jom kita skodeng bahan2 nya...

Bahan2 :
3 bungkus tempe (yg dibungkus dlm plastik, saiz dlm 10 x 13cm)
1 cawan ikan bilis
10 tangkai cili kering*
1 biji bawang putih*
2 biji bawang kecil*
3 sudu gula (boleh dikurangkan jika x suka manis)
Garam secukup rasa


Cara2 :
Potong tempe nipis2 (lebih kurang 1"). Goreng hingga garing & ketepikan. Goreng ikan bilis hingga rangup. Ketepikan. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga cili masak & garing. Masukkan gula & garam, kacau rata. Akhir sekali masukkan tempe & ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Kacau hingga sebati. Dahpun siap..... Selamat mencuba.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...