Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

NASI LEMAK VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Salam Rabu....
Diam x diam, lagi 10 hari nak melangkah ke tahun baru. Sekejap jer kan? Usia pun bertambah lagi...Azam pun belum tercapai lagi ni :(. Apapun usaha tetap usaha, semoga kejayaan tetap milik kita biarpun pelbagai halangan dan dugaan mendatang. InsyaAllah. Mmm arini nak share resepi kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, tapi saya buat untuk makan malam :). Masa memula melangkah ke KL ni, rasa pelik bila tengok org makan nasi lemak waktu malam, sbb msa kat kampung dulu nasi lemak boleh didapati pada watu pagi saja, lama2 mcm dah terbiasa, klau x dpt waktu sarapan, blh mkan waktu malam :) Resepi ni sendiri punya..kita x sensitif sukatan pun...kurang lebih pun ok jer... 

Bahan -bahan :)
2 cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 inci halia - dihiris
2 biji bunga lawang - optional - utk wangi
secubit garam

Bahan untuk sambal :)
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar  - potong bulat
1 keping asam gelugor
1/2 cawan ikan bilis - basuh, toskan dan goreng hingga garing
1 keping asam gelugor
Minyak
Garam
Gula
(boleh juga letak sedikit belacan - jika suka)

Hiasan
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Kacang goreng
Timun - x letak

Cara-cara:
1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2.Untuk Sambal - Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, tumis cili dan bahan kisar hingga sedikit garing dan pecah minyak.
4. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dipotong bulat.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
6. Akhir sekali gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi.



Wednesday, November 16, 2011

CUCUR UDANG TEMBAM vs SAMBAL KACANG


Menu minum petang weekend yg lalu. Memang gebula cucur udang ni mcm tuan punya resepi...hehehe.
Terima Kasih kat Cik Mat Gebu sbb share resepi ni. Tapi kalau ikut resepi asal, cucur udang ni di makan dgn sos cili buatan sendiri, tapi saya lebih gemar makan cucur udang yg digoreng agak garing sedikit dan makan pula dgn sambal kacang. Kena pula dengan teh O panas...memang sedappp

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air - saya jadikan 2 cawan air
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

SOS LADA  (saya mkn dgn kuah kacang)
8 biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Cara-cara :-)
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

2.UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

3.UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!.. 
 
 
KUAH KACANG
2 cawan kacang tanah - yg telah digoreng dan dikisar
5 sb cili kisar
1 sb udang kering *
5 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 sb gula merah
1 cawan air
Garam
Minyak
Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2.Tuang air dan juga masukkan  asam keping. Bila mendidih, tambah gula merah dan perasakan dengan garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

Thursday, September 22, 2011

SAMBAL CILI API PETAI BELALANG

Pernah mkn petai belalang ? Biasanya pokok ni bnyk tumbuh meliar di tepi jalan. Masa kecik2 dulu saya suka mkn begitu jer. Kebetulan semasa menghadiri rumah terbuka kawan suami, petai ni bnyk di halaman, jadi tuan rumah pun amikkan utk saya :). Rasa petai belalang x lah sepahit petai yg biasa tp menurut jiran saya ia mampu membunuh cacing di dalam perut. So sesapa yg bnyk cacing tu blh la cari petai ni ya...hihihi. Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
1/2 cawan ikan bilis - bersih, basuh dan toskan
17 biji cili api * - blh dikurangkan jika x suka pedas
1 1/2 biji bawang besar * - 1/2 biji potong melintang
3 ulas bawang putih *
15 papan petai belalang - ambil isinya
1 keping asam gelugor
Garam
Minyak

Cara- cara:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing / kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan bertanda * yg telah dikisar hingga pecah minyak.
    (pastikan ianya betul2 masak sehingga hilang bau maung cili api)
3. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dihiris, kacau. Perasakan dgn garam.
4. Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis, kacau seketika sebelum diangkat.
***Jgn masak petai belalang terlalu lama utk mengelakkan isinya menjadi kering.


Pedas tapi layannnnn....

Wednesday, May 11, 2011

AYAM GORENG SAMBAL

Mmmm dah lama x masak ayam sambal. Sekali hadap jer selesai semuanya. Kali ni masak kurang pedas sikit. Sejak kebelakangan ni perut mcm dah x leh tahan dengan makanan pedas..huhuhu.
Kita nengok resepi jommm..

Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh dan toskan
15 tangkai cili kering* - rebus, basuh dan toskan
1 biji bawang besar* (1/2 dikisar & 1/2 lg dipotong)
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 keping asam
1/4 cawan air
Sedikit daun ketumbar
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Lumurkan ayam dgn garam dan goreng hingga kekuningan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, asam, bawang besar dan perasakan dgn garam.
4. Masak hingga kuah pekat.
5. Masukkan ayam dan kacau sebati.
6. Tabur sedikit daun ketumbar utk lebih aroma :)


Jemput makannnn :)

Friday, April 8, 2011

SAMBAL UDANG PETAI

Wah mmg x tahan tengok sambal udang ni...my febret nih, tambah lah ada petai...speechless org putih ckp :P
Lauk ni jer pun dah cukup, x perlu lg lauk sampingan. Nyum nyum. Kita layan resepi yokkk

Bahan-bahan
500 gm udang - kupas kulit, belah belakang, bersih dan toskan
3 papan petai - kupas kulit
25 tangkai cili kering - potong, rebus, bersih dan toskan *
5 biji bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan asam. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan petai dan udang, kacau seketika.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam, kacau sebati.
6. Sedia utk dihidang :)

Sambal Udang Petai

Monday, March 28, 2011

TEMPE GORENG RANGUP VS SAMBAL KICAP

Mmm bila mkn tempe, teringat zaman skolah. Ni antara makanan ringan yg ada kat skolah especially skolah kat Johor. Kira kudapan yg berkhasiat la. Tapi x tau la skrg masih ada lg ke kudapan mcm ni kat skolah. Selain boleh dimakan dgn nasi, boleh juga dibuat minum petang. Cicah lak dgn sambal kicap...memang mabeles. Jom kita tengok resepi mudah ni..

Bahan-bahan
2 keping tempe - potong nipis
4 sb tepung gandum
4 sb tepung goreng rangup
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak
Air

Sambal Kicap
5-10 biji cili api - ikut kepedasan masing2
3 sb gula
3 ulas bawang putih - digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan kicap pekat

Cara-cara
1. Bancuh tepung gandum, tepung goreng rangup, garam dan serbuk kunyit dengan air. (jangan terlalu pekat atau cair)
2. Celupkan tempe dalam tepung dan goreng hingga kekuningan dalam minyak yg telah dipanaskan.
3. Utk sambal; tumbuk cili api, bawang putih dan gula hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kicap. Kacau sebati.

Jemput makan yaaa

Contoh tepung goreng rangup yg saya gunakan :)


Thursday, March 24, 2011

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Lagi2 sambal.... hahaha. Pebret aku. Dulu2 telur puyuh 10sen jer sebiji, sekarang dah 20sen sebiji. Dah lama betul x makan telur puyuh ni sbb kadar kolestrolnya sangat tinggi. Sesekali ok kut.. Masakan sambal ni biasa2 jer, smua orang pun boleh buat. Masa duduk bujang dulu, sambal ni menu wajib sbb 2-3 ari duk perangat pun masih x jemu. Masak banyak2 pastu kita tukar jer bahannya - udang, sotong, ikan bilis, ikan, daging dll. Ha kan senang, hari2 leh makan kat rmh, x yah kluar... jimat dikkkk :)

Bahan-bahan
10 biji telur puyuh - basuh, rebus dan kupas kulit
15 tangkai cili kering - rebus, cuci dan toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1/2 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
1 keping asam
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Tumis bahan kisar hingga masak.
3. Masukkan bawang besar, ikan bilis, asam keping dan perasakan dgn garam dan gula.
4. Biar hingga bawang layu/lembut.
5. Masukkan pula telur puyuh dan kacau sebati. Siap :)


Sedap tapi x leh pulun banyak2

Tuesday, March 22, 2011

IKAN BAWAL GORENG PEDAS

Salam semua... Buat apa tu?  Membasuh baju? Bila tiba musim hujan ni, banyak baju x kering. Terpaksa sidai kat dalam rumah. Buruk ghupanya .... sana sini baju. Nak wat camna..kan? Bila time2 ujan ni kan, perut pun asik lapar jer. Pagi, tengahari, petang dan malam nak mkn jer. Ikan ni pun resepi musim hujan gak..hik hik hik. Lebihan sambal boleh dicicah dgn cekodok :). Jom tengok resepi...

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal (dlam 500gm) - bersih dan toskan
15 tangkai cili kering - potong, rendam dan toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - belah 4
1/2 keping asam
Serbuk kunyit
Minyak
Garam

Cara-cara
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing/masak. Ketepikan.
4. Tumis pula cili kisar hingga garing. Masukkan bawang besar. Kacau.
5. Masukkan garam, asam dan tomato.
6. Akhir sekali masukan ikan dan gaul sebati.

Nyum nyum nyum

Friday, February 4, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG

Buat apa musim cuti ni? Cuti2 M'sia? Pada yg memandu tuuu, berhati-hatila ya. Maklum la musim hujan ni, jalan licin. Harini saya nak kongsi resepi yg biasa2 jer. Rasanya ni menu yg selalu disediakan oleh para surirumah. Senang dan x jemu walaupun dok perangat 2-3 ari. Selain sesuai utk makan nasi, sedap gak makan dgn lempeng, ubi rebus dll.
Jom kita tengok resepi :)

Bahan2

7 ekor sotong - bersih dan toskan
1 cawan cili kisar*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis cili yg telah dikisar bersama bahan bertanda* sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam, bawang besar dan sotong. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Tutup api bila sotong mulai lembut.
** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buang lebihan minyak setelah cili betul2 masak.

Tuesday, January 11, 2011

SAMBAL UDANG PETAI THAI

Salammm....
Ok kalini nak share resepi ke 4 yg sya cuba dlam buku Masakan Thai. Bahanya lebih kurang sambal udang versi Malaysia gak cuma ditambah sos tomato dan kicap. Rasanya x berapa pedas. Kanak2 pun sesuai makan, yg x sesuai org yg ada exzema mcm saya hehehe...Tapi nak wat camna, dah fav. seafood..blasah jer..klau naik gatal2, g jmpa Tuan Doktor. Jom tengok resepi....

Bahan2
15 ekor udang - bersih & toskan - saya guna 20 ekor
1 papan petai - ambil isinya - sya guna 2 papan
4 sb cili kisar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sb sos tomato
1 sb kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
4 sb minyak masak
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar - sya x letak
Garam
Gula

Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng udang seketika. Angkat dan toskan.
2. Tumis pula bahan kisar* hingga wangi/masak.
3. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan udang petai dan bawang besar.
5. kacau seketika sebelum diangkat. Siap..

Sedap :)

Wednesday, January 5, 2011

SAMBAL BILIS PETAI

Salam...
Mesti ramai pengemar sambal kat luar sana. Sambal mmg sinonim dgn org Malaysia. X kira bangsa apa, sambal menjadi masakan kegemaran. Apa yg membuat sambal begitu spesel, lagi lama dipanaskan, ia bertambah sedap. Kita x akan jemu walaupun dihidangkan dgn sambal setiap hari. Itu istimewanya sambal :)
Sambal bilis petai mmg menjadi kegemaran saya. Tapi setiap kali masak, saya kan bahagikan kpd 2; 1 utk saya dan 1 utk suami (tanpa petai). Adilkan? Ehhh jom kita skodeng resepi :)

Bahan2
1cawan ikan bilis - bersih dan toskan
1 cawan cili kisar*
5 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
2 papan petai - kupas kulit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis cili yg telah dikisar bersama bahan bertanda* sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam, bawang besar, petai dan ikan bilis.  Perasakan dgn garam dan gula.
4. Tutup api bila petai sudah berubah warna.
** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buang lebihan minyak setelah cili betul2 masak.

Tuesday, November 30, 2010

SAMBAL KENTANG

Salam...
Ok menu hari ni agak ringkas. Sambal ni kan mmg menu wajib utk org Malaysia ni kan, lebih2 lagi org Melayu. Kalau tiap2 hari sambal pun, masih gak x jemu2. Ada sesetengah tempat, sambalnya agak manis dan ada juga yg terlalu pedas. Kalau ikut petua org lama @ mak aku, kita perlu letak gula walaupun sedikit utk seimbangkan rasanya.
Jom kita skodeng resepi ringkas ni.

Bahan2
3 biji kentang - kupas, cuci & potong memanjang
1/2 biji bawang besar - potong bulat
6 s/b cili kisar
4 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 genggan ikan bilis - cuci & toskan
1 keping asam
Minyak
Garam
Gula

Cara2
1. Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Ketepikan.
2. Setelah minyak panas, goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
4. Tumis cili kisar hingga masak dgn api sederhana.
5. Masukkan bawang besar, asam, garam  dan gula. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan pula kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi.

Nyum nyum :)

Sunday, November 21, 2010

SAMBAL SARDIN BERHALIA

Add caption
Salam semua dan selamat berhujung minggu. Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibubapa yg ambil cuti utk bwa anak2 jalan. Cakap pasal anak2 ni kan, sardin ni kira lauk fav. kebanyakan kanak2.
Kira pembuka selera la, lebih2 lagi kena dgn cara masaknya. Memang layaaannn. Bagi aku x kira berapa banyak yg nak dimasak, aku tetap beli sardin dlm tin yg kecil. Ikanya lebih lembut & tak brapa besar. Sedang elok la klau buh kat pinggan. Apa kata kita tengok resepi :)

Bahan2
2 tin kecil sadin
1 cawan cili kisar
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia - cincang halus
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 tin air (gunakan sukatan tin sardin)
6-10 biji cili api - belah 2 utk extra pedas
1 keping asam keping
Minyak utk menumis
Garam

Bahan2
1. Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar.
2. Panaskan minyak, goreng halia hingga keperangan/rangup. Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga masak.
4. Masukkan ikan sardin dan bawang besar.
5. Kacau sebati. Masak hingga kuah pekat. Perasakan dgn garam.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan halia yg digoreng tadi.
7. Dah siap. Sedap makan panas2.

Paling syokk bila kunyah halia :)

Tuesday, November 9, 2010

UBI REBUS VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Salam Selasa.....
Harini nak kongsi menu sarapan pagi tadi. Aku mmg suka menu ni walaupun agak old fashion :)
Lagi lak klau makan waktu hujan2. Memang mabeles :) Exceli ubi ni mak aku tapaukan masa blk kg tempohari. Masak sekejap jer dah empuk. Lembut dan gebusss.
Oklah jom semak resepi,

UBI REBUS ~ my style

Bahan2
Ubi (dlm 3kg) - kupas kulit dan potong bulat
1/2 cawan minyak
3 cawan air - sukatan ni utk ubi yg cepat empuk
2 s/b garam

Cara2
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan garam
3. Masukkan ubi dan air. Kacau sebati.
4. Masukkan ubi dan tutup.
5. Masak hingga ubi empuk/merekah.

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2
1 cawan ikan bilis - bersih dan toskan
2 cawan cili kisar *
5 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam keping - blh ditukar dgn 1 s/k asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi.


Jom makan..

Monday, November 1, 2010

BENDI VS SAMBAL BANJAR


Sambungannnn....
Menu mlm tadi gak. Menu yg sihat & sedap. Bendi tu... rebus jer. Buh garam sikit. Jadi x perlu la di letakkan cara2 merebus bendi ya.... Klau x tau rebus bendi, mmmm x tau nak ckp la. Mmm sebut pasal Sambal Banjar nikan, tiba2 teringakat kat org yg mengajar buat sambal ni. Al-Fatihah utk Arwah Hartini binti Mokhtar yg telah kembali ke rahmatullah pada 06.06.2008. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin......Arwah seorang yg x kedekut ilmu utk dikongsikan dgn rakan & saudara.
Suatu sifat terpuji yg patut kita contohi.

Mari kita lihat bahan-bahanya ya...

Bahan2
3 biji cili merah - patahkan
3 biji cili api merah (boleh diabaikan jika x suka pedas)
2 biji bawang kecil
Segenggam ikan bilis - bersih & toskan
Minyak
Garam
Serbuk perasa
Lesung tumbuk (hehehe)

Cara2
Goreng cili, bawang & ikan bilis hingga agak layu. Angkat. Tumbuk kasar. Perasakan dgn garam & serbuk perasa. Siappp.

** Sebelum goreng cili, pastikan di belah dahulu utk mengelakkannya meletup dlm minyak panas.


 Bendi & sambal banjar dikawenkan :)
Close up. Nmpk x cili tu kasar2 skt?

Friday, October 29, 2010

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualikum...
Mmm sepatutnya resepi ni dimasukkan smlm. Tapi x tau kenapa line internet tahap menguji kesabaran. Adusss... Nasib baik arini dah ok dah sikit. Asam Pedas Daging ni ada bermacam2 kaedah utk memasaknya. Biasala klau bagi org yg bz msk, dia akakn gunakan bahan yg paling minimum :).Apapun jom kita skodeng resepi ni..

Bahan2
300gm daging - potong lebar & nipis, cuci & toskan
2 cawan cili kisar
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai - blh gantikan dgn daun kunyit/daun kesum/bunga kantan
1 sudu asam jawa
1 cawan air - boleh ditambah jika suka kuah yg cair
Garam
Minyak

Cara2
Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Panaskan minyak, masukkan serai. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak atau cili masak secukupnya (cili klau dimasak dgn betul akan berbau). Setelah cili cukup masak, masukkan daging dan asam. Tutup. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam. Siap.

P/s; Garam dimasukkan setelah daging empuk utk mengelakkan daging lambat masak.

Makan time :)

Tuesday, October 26, 2010

SAMBAL PERIA TELUR





Mmm ni ada 1 lagi resepi mudah...Sori ya...tiba2 jer ada ekor harimau terkeluar dari sambal ni :)
Spoil betullll. Apapun jom semak resepi ni yaaa.... Layannn

Bahan2
2 biji peria katak - potong nipis & serong
2 biji telur
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dimayang
3 sudu besar cili kisar (blh digantikan dgn cili api jika suka)
1/2 cawan ikan bilis - basuh & toskan
Garam

Cara2
Ikan bilis di goreng hingga garing. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang besar & cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan peria, ikan bilis & telur. Perasakan dgn garam & kacau sebati hinga peria berubah warna sedikit.. Angkat & hidang. Siap :)

Sambal Peria Telur

Friday, June 25, 2010

SAMBAL BUNGA KANTAN

Salam semua.....
Mesti ada yg x pernah dgr bunga kantan buat sambak ek..Ha ni la resepi turun temurun kita org. Mmmg layan... X caya , cuba la :)

Bahan2:
2 kuntum bunga kantan - dihiris
1 cawan ikan bilis - digoreng
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cili api - belah 2 - optional
2 biji cili besar (1 putih, 1 hijau) - dihiris serong
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih & masak hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, cili api, cili besar & bunga kantan. Masak hingga layu. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng & perasakan dgn garam. Dah pun siap :)

Wednesday, May 5, 2010

SAMBAL PETAI CILI API

a Salam semua....
Sambal Petai Cili Api or Sampai Cili Api Petai? Mana2 pun ok kut.... Resepi ni memang femes di kalangan orang Kerinci yg terkenal dgn lauk mereka yg pedas2. Goreng sayur pun buh cili api gak, klau x biasa mkn blh sakit perot jadinya. Mak aku dah lama x buat sambal ni, tapi baru2 ni blk kg dia buat, so blk sini aku buat lg skali. Gian la pulok....Apapun meh kita skodeng resepi ni.

  • Bahan2;
  • 1 cawan ikan bilis yg sudah dibersihkan
  • 20 biji cili api * (blh kurangkan jika x suka pedas)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 papan petai - buang kulit & dibelah 2
  • 1 keping asam / 1 sudu asam jawa
  • Minyak utk menumis
  • Garam
Cara2;
Kisar bahan2 yg bertanda * hingga lumat. Tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak/agak garing. Masukkan ikan bilis, asam & perasakan dgn garam. Kacau. Akhir sekali, mskkan petai, kacau sekejap & angkat. (saya suka petai yg mentah-rangup, blh juga dimasak hingga layu jika suka)
***Resepi asal, ikan bilis terus dimasukkan tanpa digoreng dulu. My version, goreng ikan bilis hingga garing..:)

Tuesday, January 19, 2010

SAMBAL UDANG

Salam....
Ha... inilah lauk kesukaan ku. Kalau ada petai lagi layan.... Lagi besar udang lagi bagus :). Tapi menu ni banyak kolestrol, x boleh di hidang selalu. Dah berumur ni, kena la jaga pemakanan sikit. Hahha.. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2
  • 15 ekor udang (saiz L)
  • 1 cawan cili kisar*
  • 5 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 keping asam keping / 1 sudu asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (anggaran 1 cawan)
Cara2
1. Bersihkan udang (potong bahagian kepala dan kaki) dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis cili yg dikisar dgn bahan bertanda * sehingga pecah minyakmasak.
3. Masukkan bawang besar dan udang. Perasakan dgn garam.
4. Kacau hingga udang masak/berubah warna.
    - x perlu dimasak terlalu lama utk mengelakkan isi udang keras.

** Minyak yang banyak perlu untuk menumis cili kisar supaya ia benar2 masak, warna sambal menjadi merah dan tahan lama. Buangkan sedikit lebihan minyak setelah cili masak dan sebelum udang dimasukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...