Salam Rabu....
Diam x diam, lagi 10 hari nak melangkah ke tahun baru. Sekejap jer kan? Usia pun bertambah lagi...Azam pun belum tercapai lagi ni :(. Apapun usaha tetap usaha, semoga kejayaan tetap milik kita biarpun pelbagai halangan dan dugaan mendatang. InsyaAllah. Mmm arini nak share resepi kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, tapi saya buat untuk makan malam :). Masa memula melangkah ke KL ni, rasa pelik bila tengok org makan nasi lemak waktu malam, sbb msa kat kampung dulu nasi lemak boleh didapati pada watu pagi saja, lama2 mcm dah terbiasa, klau x dpt waktu sarapan, blh mkan waktu malam :) Resepi ni sendiri punya..kita x sensitif sukatan pun...kurang lebih pun ok jer...
Bahan -bahan :)
2 cawan beras 1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 inci halia - dihiris
2 biji bunga lawang - optional - utk wangi
secubit garam
Bahan untuk sambal :)
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam gelugor
1/2 cawan ikan bilis - basuh, toskan dan goreng hingga garing
1 keping asam gelugor
Minyak
Garam
Gula
(boleh juga letak sedikit belacan - jika suka)
Hiasan
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Kacang goreng
Timun - x letak
Cara-cara:
1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2.Untuk Sambal - Kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak, tumis cili dan bahan kisar hingga sedikit garing dan pecah minyak.
4. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dipotong bulat.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
6. Akhir sekali gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
No comments:
Post a Comment