Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label masakan kerinci. Show all posts
Showing posts with label masakan kerinci. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

SAMBAL CILI API PETAI BELALANG

Pernah mkn petai belalang ? Biasanya pokok ni bnyk tumbuh meliar di tepi jalan. Masa kecik2 dulu saya suka mkn begitu jer. Kebetulan semasa menghadiri rumah terbuka kawan suami, petai ni bnyk di halaman, jadi tuan rumah pun amikkan utk saya :). Rasa petai belalang x lah sepahit petai yg biasa tp menurut jiran saya ia mampu membunuh cacing di dalam perut. So sesapa yg bnyk cacing tu blh la cari petai ni ya...hihihi. Meh kita skodeng resepi...

Bahan-bahan :)
1/2 cawan ikan bilis - bersih, basuh dan toskan
17 biji cili api * - blh dikurangkan jika x suka pedas
1 1/2 biji bawang besar * - 1/2 biji potong melintang
3 ulas bawang putih *
15 papan petai belalang - ambil isinya
1 keping asam gelugor
Garam
Minyak

Cara- cara:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing / kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan bertanda * yg telah dikisar hingga pecah minyak.
    (pastikan ianya betul2 masak sehingga hilang bau maung cili api)
3. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dihiris, kacau. Perasakan dgn garam.
4. Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis, kacau seketika sebelum diangkat.
***Jgn masak petai belalang terlalu lama utk mengelakkan isinya menjadi kering.


Pedas tapi layannnnn....

Tuesday, January 25, 2011

KENTANG MASAK ASAM

Kentang Masak Asam? Mungkin ada yg pertama kali mendengar. Masakan ni merupakan masakan biasa bagi orang Kerinci. Amat sesuai utk org yg x de selera nak makan. Rasanya masam, masin dan lemak. Lauk ni sesuai gak untuk org yg dalam pantang, cuma gantikan dgn ikan masin yg bersesuaian.
Moh skodeng resepi :)

Bahan2
3 biji kentang - belah 4
1 ekor ikan sepat kering - bersih dan toskan
8 tangkai cili kering*
3 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
Kunyit hidup - sebesar ibu jari*
4 cawan air
1 keping asam
Garam

Bahan2
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Masukkan bahan kisar ke dlam periuk bersama2 kentang, air dan asam keping.
3. Dlm kuali, goreng ikan sepat hingga garing. Potong kepada 4 bahangian. Ketepikan.
4. Apabila kentang sudah empuk dan kuah mendidih, masukkan ikan kering.
5. Perasakan dgn garam sebelum ditutup api.

Layannn...

Friday, October 29, 2010

BAWAL CILI API

Salam semuaa....
Kali ni nak share resepi yg femes dalam keluarga aku. Keluarga aku asal dari keturunan Kerinci. Masakan org Kerinci biasanya pedas2. Banyak menggunakan cili api dalam masakan diorang.
Ni salah satu resepi yg mak aku turunkan kat aku dan suami aku pun suka masakan ni.
Kalau suka masakan pedas, bolehla cuba masakan ni ya...

Bahan2
2 ekor ikan bawan (anggaran 500gm sekor)
1/2 cawan cili api* - blh kurangkan klau x suka pedas
2 biji cili besar merah* - optional (klau suka kuah wrna merah)
7 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan air
Minyak
Garam

Cara2
1. Bersihkan ikan. Potong 4 bahagian. Goreng ikan hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2. Kisar bahan bertanda *.Ketepikan.  
3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air & daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam. Sedia utk di hidang :)


Close up :)

Friday, June 25, 2010

SAMBAL BUNGA KANTAN

Salam semua.....
Mesti ada yg x pernah dgr bunga kantan buat sambak ek..Ha ni la resepi turun temurun kita org. Mmmg layan... X caya , cuba la :)

Bahan2:
2 kuntum bunga kantan - dihiris
1 cawan ikan bilis - digoreng
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cili api - belah 2 - optional
2 biji cili besar (1 putih, 1 hijau) - dihiris serong
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih & masak hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, cili api, cili besar & bunga kantan. Masak hingga layu. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng & perasakan dgn garam. Dah pun siap :)

Wednesday, May 5, 2010

SAMBAL PETAI CILI API

a Salam semua....
Sambal Petai Cili Api or Sampai Cili Api Petai? Mana2 pun ok kut.... Resepi ni memang femes di kalangan orang Kerinci yg terkenal dgn lauk mereka yg pedas2. Goreng sayur pun buh cili api gak, klau x biasa mkn blh sakit perot jadinya. Mak aku dah lama x buat sambal ni, tapi baru2 ni blk kg dia buat, so blk sini aku buat lg skali. Gian la pulok....Apapun meh kita skodeng resepi ni.

  • Bahan2;
  • 1 cawan ikan bilis yg sudah dibersihkan
  • 20 biji cili api * (blh kurangkan jika x suka pedas)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 papan petai - buang kulit & dibelah 2
  • 1 keping asam / 1 sudu asam jawa
  • Minyak utk menumis
  • Garam
Cara2;
Kisar bahan2 yg bertanda * hingga lumat. Tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak/agak garing. Masukkan ikan bilis, asam & perasakan dgn garam. Kacau. Akhir sekali, mskkan petai, kacau sekejap & angkat. (saya suka petai yg mentah-rangup, blh juga dimasak hingga layu jika suka)
***Resepi asal, ikan bilis terus dimasukkan tanpa digoreng dulu. My version, goreng ikan bilis hingga garing..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...