Pernah mkn petai belalang ? Biasanya pokok ni bnyk tumbuh meliar di tepi jalan. Masa kecik2 dulu saya suka mkn begitu jer. Kebetulan semasa menghadiri rumah terbuka kawan suami, petai ni bnyk di halaman, jadi tuan rumah pun amikkan utk saya :). Rasa petai belalang x lah sepahit petai yg biasa tp menurut jiran saya ia mampu membunuh cacing di dalam perut. So sesapa yg bnyk cacing tu blh la cari petai ni ya...hihihi. Meh kita skodeng resepi...
Bahan-bahan :)
1/2 cawan ikan bilis - bersih, basuh dan toskan
17 biji cili api * - blh dikurangkan jika x suka pedas
1 1/2 biji bawang besar * - 1/2 biji potong melintang
3 ulas bawang putih *
15 papan petai belalang - ambil isinya
1 keping asam gelugor
Garam
Minyak
Cara- cara:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing / kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan bertanda * yg telah dikisar hingga pecah minyak.
(pastikan ianya betul2 masak sehingga hilang bau maung cili api)
3. Masukkan asam gelugor dan bawang besar yg dihiris, kacau. Perasakan dgn garam.
4. Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis, kacau seketika sebelum diangkat.
***Jgn masak petai belalang terlalu lama utk mengelakkan isinya menjadi kering.
Pedas tapi layannnnn....
No comments:
Post a Comment