Sejak kebelakangan ni sana sini org sibuk bercerita pasal Bukit Kepong. Harini saya nak share gambar terbaru Balai Polis Bukit Kepong yg sempat saya rakamkan semasa menziarahi kubur arwah nenek yg kebetulan berada di seberang jalan dan berdekatan pula dgn kubur anggota polis yg telah gugur semasa pertempuran. Al-Fatihah utk semua anggota polis yg telah terkorban dan tak dilupa juga kepada anggota2 tentera dan pejuang kemerdekaan yg telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan negara, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman kerana gugur syahid.
Sekiranya anda ingin ke sini anda bolehlah mengunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan exit di Tangkak ataupun Pagoh. Balai Polis Bukit Kepong terletak betul2 di tepi Sungai Muar. Kedudukannya yg berhampiran dgn sungai menyebabkan kebanyakan peralatan mengalami kerosakan apabila dilanda banjir. Kerajaan sedang berusaha memperindahkan kawasan sejarah ini utk generasi akan datang.Setidak-tidaknya generasi kini dapat melihat betapa sukarnya kita untuk memperolehi kemerdekaan dan apa yg kita ada hari ini adalah penat lelah dari generasi terdahulu.
Selesai melawat kawasan Balai Polis, jgn lupa menziarahai pusara anggota polis yg telah terkorban pula. Ianya terletak berhadapan dengan Masjid Jamek Bukit Kepong. Jom kita lihat apa yg ada disana....
Pintu masuk ke dalam balai - ditutup.
Balai Polis ini telah beberapa kali diperbaiki keranan kerosakkan yg disebabkan oleh banjir.
Tarikh Kejadian; 23 Febuari 1950
Bot yg pernah digunakan suatu ketika dulu.
Nama2 anggota polis yg telah gugur semasa balai polis diserang pengganas komunis.
Kawasan perkuburan anngota polis yg terkorban dah ahli keluarga di letakkan dlm kawasan berpagar.
Batu nesan salah sorang anngota polis yg terkorban.
Kawasan perkuburan ini terletak di atas bukit dan ini menyebabkan pagar runtuh apabila berlaku hujan lebat.
Kawasan perkuburan terletak betul2 di hadapan Masjid Jamek Bukit Kepong.
Apa kata tahun ni tukar destinasi percutian anda ke tempat2 bersejarah pula. Selain dapat mengetahui sejarah negara sendiri ianya juga berguna untuk pembelajaran anak2.
Selamat bercuti !!!
No comments:
Post a Comment