Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Monday, April 30, 2012

ASPARAGUS UDANG KERING

Assalamualaikum....
Lama betul tak makan sayur asparagus. Biasanya benda yang kita nak, mesti susah nak cari, akhirnya jumpa gak kat pasar SS14 :). Sampai gak hajat nak makan sayur ni. Selalunya saya goreng jer sayur ni, tak pernah lagi cuba resepi lain. Ringkas dan sedap :)

Bahan-bahan :)
1 ikat asparagus (-+ 300gm) - potong panjang 1"
1 sudu udang kering - basuh & toskan *
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 biji cili merah *
2 sudu besar minyak
Garam - optional

Cara-cara :
1. Tumbuk bahan yang bertanda *- tak perlu terlalu lumat, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing. 
3. Masukkan sayur asparagus dan kacau hingga berubah warna/layu.
4. Tambah garam (jika perlu sebab udang kering sudah masin) kacau rata sebelum ditutup api.



Thursday, March 22, 2012

TOFU CENDAWAN SHITAKE

Salam :)
Kali ni misi berjaya..hahaha. Selalu order sayur ni klau makan di restoran berdekatan rumah. Mula-mula tu agak-agak jer bahan-bahannya, tp bila selalu makan dah dapat agak apa bahan yg digunakan. Lepas ni x perlu order sayur ni lagi sebab dah boleh sediakan sendiri. Kalau nak sedap x sedap kena la cuba buat ya...meh kita bg tau resepinya.

Bahan-bahan :)
1 ketul tofu - saya  guna brand 1st Choice
3 cendawan shitake - hiris nipis
1 mangkuk kecil brokoli
1 cawan isi ayam - 1/2 cwn dihiris & 1/2 cwn dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub ayam - dilarutkan dgn 1/2 cwan air panas - blh digantikan dgn stok ayam
2 biji cili merah - potong kasar
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak

Cara-caranya :)
1. Panaskan minyak, goreng tofu yg telah di potong setebal 1/2 inci hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan pula bawang putih dan isi ayam, goreng hingga sedikit kekuningan.
3. Masukkan kiub ayam yg telah dilarutkan, kacau dan masukkan pula cendawan dan brokoli dan cili besar.
4. Kacau sehingga sayur dan cendawan berubah warna, masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Hidang ketika panas :)
***x perlu diletakkan garam

Monday, February 27, 2012

KANGKUNG GORENG BELACAN


Salam...
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bln 3 kan? Cepat betul masa berlalu. Sedar x sedar dah nak menghampiri usia emas :). Kaki pun dah mula rasa sakit, gigi pula ada masanya x mampu mengunyah dgn pantas dan cekap seperti dulu, nasib baik rambut masih hitam :). Begitulah kitaran hidup manusia, mau x mau kita perlu menerima seadanya. Uishhh kekadang bila mood sentimental datang menerjah, banyak idea menulis yg datang...boleh terbengkalai resepi utk arini nanti ....
Ni antara resepi yg selalu di "rewind" kat dapur saya. Boleh dikatakan resepi fav... jom skodeng :)

Bahan-bahan :)
1 ikat kangkung
1/2 cawan udang kertas yg sudah di bersihkan
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji cili merah - dihiris
Belacan sebesar ibu jari
Air
Garam
Minyak

Cara-cara:
1. Siang sayur kangkung dan basuh dengan cara merendamkan ke dalam besen utk mengeluarkan pasir dan kotoran yg melekat. Toskan.
2. Panaskan minyak, masuk bawang putih, bawang merah, cili dan belacan. Masak hingga kelayuan. Masukkan pula udang.
3. Akhir sekali masukkan sayur kangkung dan perasakan dengan garam. Boleh ditambah dengan sedikit air jika suka ianya berkuah.

Monday, November 7, 2011

ACAR TIMUN


Sambungan....
Acar kegemaran sekeluarga. Teringat masa kecik2 dulu...klau mak buat nasi minyak, acar timun ni mesti ada. Klau nak cuba, blh la gunakan sukatan di bawah, sbb ia menghasilkan 1 mangkuk kecil sahaja :)

Bahan-bahan:)
1 biji timun - buang biji dan potong 1"
1 biji carrot - buang kulit dan potong 1"
1 biji bawang besar*
3 biji bawang  putih*
2 sb udang kering*
1sb biji sawi
10 biji bawang kecil - pilih yg bulat dan kecil2
5 biji bawang putih - pilih yg kecil
1 biji cili hijau - buang biji dan potong 1"
1 biji cili merah
Minyak
Sedikit air asam
Garam - x perlu letak jika dah cukup masin sbb udang kering dah masin
2 sb cuka - optional

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga benar2 masak.
3. Masukkan carrot, bawang putih dan bawang kecil. Kacau seketika.
4. Masukkan pula timun, cili besar dan biji sawi.
5. Akhir sekali masukkan air asam, cuka dan perasakan dgn garam.
6. Kacau seketika sebelum diangkat.

Friday, August 5, 2011

PETOLA MASAK TUMIS AIR


Mmmm sekejap jer dah 5 hari kita pose kan? Hari ni mcm x de mood nak menulis, kita skodeng resepi jer la ya. Menu ni antara menu kegemaran famili saya, tp skrg ianya pun dah jadi kegemaran en asben. Mudah disediakan sedap dan berkhasiat. Lebih sedap lagi  klau cuaca panas, mmg sedap hirup kuah dia....joom kita tgk bahan2 dia yeeeaa

Bahan-bahan :)
2 biji petola - bersihkan kulit dan potong serong
Segengam udang kertas - bersih dan toskan
3 biji bawang kecil - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
3 cawan air
10gm soo hun - direndam
Garam

Cara-cara
1. Didihkan air dlm periuk dan masukkan udang, petola dah soo hun.
2. Biarkan seketika hingga petola berubah warna dan soo hun mengembang.
3. Perasakan dgn garam, dan boleh la di tutup api.
4. Dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang kecil hingga kekuningan.
5. Angkat dan masukkan bawang dalam sayur tadi. X perlu dikacau.
6. Masukan 2-3 sudu minyak yg masih panas ke dalam sayur. Sedia utk dihidang :)


Wednesday, August 3, 2011

BATANG KELADI MASAK ASAM

Assalamualaikum....
Rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua. Semoga amalan  kita pada Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan. Biasanya waktu bulan puasa ni la kita mencuba pelbagai menu yg banyak terdapat di bazar Ramadhan. Boleh jadi rambang mata tengok...tambahan pula perut tengah lapar waktu memilih, semua nak dibeli. Bagi saya berbuka di rumah lebih diberi keutamaan, masak menu yg ringkas sudah memadai.
Menu ni saya masak untuk berbuka semalam. Memang membuka selera dgn rasa masam dan masinya. Kalau ikut cara org Kerinci masak, mereka menggunakan cili api, tapi kali ni saya hanya mengunakan cili kering sahaja sbb takut sakit perut jika berbuka dgn masakan yg terlalu pedas. Apa kata kita tengok resepi mudah & sedap ni :)

Bahan2
3 pokok keladi minyak (saya beli saiz yg kecil)
5 sb cili kisar
3 biji bawang kecil *
2 biji bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
2 keping asam gelugur
2 ekor ikan sepat masin - optional
Segenggan ikan bilis
Sedikit daun kesum
3 cawan air
Garam

Cara-cara :
1. Batang keladi di potong memanjang (+- 3 inci) dibuang kulit dan diasingkan isi dan batangnya. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * dan campurkan dgn cili kering.
3. Masukkan air ke dalam periuk, cili, ikan bilis dan asam gelugor. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan pula isi keladi, biarkan seketika sebelum dimasukkan batang keladi dan daun kesum.
5. Masak hingga batang keladi agak lembut dan perasakan dgn garam.
6. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng ikan sepat hingga kekuningan. Potong kecil dan masukkan ke dalam lauk tadi. Sedia untuk dihidang :)


Thursday, February 24, 2011

IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK TERUNG TELUNJUK

Minggu ni teringin nak makan masak lemak lagi. Kali ni masak ikan kembung + terung telunjuk. Mmm dah lama x mkn terung ni.... ssh betul nak cari skrg ni ~sigh~. Masak 2 ekor ikan jer sbb suami x suka masak lemak :(. Gua layan sorang2. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong - bersih dan toskan
5 biji terung telunjuk - bersih dan toskan (belah 2)
1/2 biji kelapa - ambil santanya
5 biji cili api * - blh tambah utk extra pedas
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
Sedikit kunyit hidup *
2 1/2 cawan air
1 keping asam
Garam

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * bersama 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Didihkan 1 cawan air bersama dengan bahan kisar. Baki 1 cawan lagi digunakan untuk memerah santan.
3.Masukkan ikan, garam dan terung. Masak hingga terung lembut / berubah warna.
4. Masukkan pula santan, masak hingga mendidih dan kuah agak pekat dgn api perlahan.

Soruuu timee :)

Monday, February 21, 2011

BENDI GORENG TO'YU @ KICAP

Cuaca panas mcm ni mcm mls nak masak yg berat. Lebih suka yg berkuah atau goreng ringkas. Resepi ni asalnya dari kak ipar. Dah lama betul x buat. Selalu bendi ni rebus jerk pastu cicah lak dgn sambal belacan.
Sekali sekala kita beralih menu Utara lak nooo. Jom semak resepi :)

Bahan2
10 batang bendi - bersih dan toskan - potong serong
2 biji cili besar merah - potong serong
1/2 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 genggam ikan bilis - bersih dan toskan
2-3 sb kicap masin
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Goreng hingga kekuningan. Masukkan pula cili besar.
3. Masukkan bendi dan sedikit garam. Masak dgn api besar.
4. Masukkan kicap kacau sebati.
5. Angkat bila bendi sudah berubah warna.
*** Potong bendi selepas dibasuh utk elakkan berlendir.


Jemput makan tuan puan :)

Monday, January 17, 2011

KACANG & TEMPE GORENG BELACAN

Salammm....
Buat apa tu? Memasak ke? Apa kata cuba resepi mudah ni. Masa blk kg tempohari, mak masak sayur ni. Layan gakkk. Kat sini buat lagi. W'pun x 100% sama dgn mak pnya, tapi tetap sedap....hahaha masuk bakul angkat sendirik.. Ehhh jom kita tengok resepi sebelum saya lupa dirik.....hahahha

Bahan2
1 keping tempe (sya guna tempe yg dbgks dgn plastik) - potong kecil
5 batang kacang panjang - potong 1"
1 biji bawang besar - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 biji cili hijau/merah - dihiris
1 genggam ikan bilis - bersih dan toskan
Belacan - sebesar ibu jari
4 sb minyak masak
Garam

Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng tempe hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Kacau seketika.
3. Masukkan pula cilli, belacan dan kacang panjang. Perasakan dgn garam.
4. Akhir sekali masukkan tempe yg telah digoreng.  Kacau sebati sebelum diangkat. 

Sedap mkn panas2 :)

Tuesday, December 14, 2010

TAUGE UDANG KERING

Salam Selasa...
Tauge? Dulu saya memang x suka tauge. Tapi disebabkan khasiatnya utk org mcm saya, maka dipaksakan diri utk makan. Lama kelamaan dapat la membiasakan diri. Sebenarnya resepi ni saya agak jer tau, sbb selalu makan kat Kelana Seafood dulu. Kira rasanya hampir2 sama. Klau berani cuba la :)

Bahan2
1 mangkuk tauge - bersih dan toskan
2 keping tauhu - potong 9
1 genggam udang kering - rendam seketika
3 batang kucai
2 sudu kicap cair
1 biji cili merah - potong serong
2 biji bawang kecil - dimayang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air - optional (jika suka berkuah)
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, goreng udang kering hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili. Kacau seketika.
3. Masukkan pula tauhu, daun kucai, tauge dan kiap cair.
4. Masukkan air jika perlu. Perasakan dengan garam.
5. Angkat dan taburkan udang kering yg telah digoreng tadi.

Jemput makan :)

Saturday, December 11, 2010

PERIA GORENG RANGUP - RESEPI II

Selamat berhujung minggu :)
Buntu fikirkan nak masak apa di hujung minggu? Apa kata cuba resepi ni. Mudah & sedap. Excelikan sebelum ni ada N3 resepi yg sama tapi bahanya berlainan sedeikit. Kalau nak tengok resepi yg dulu klik kat sini. Resepi kali ni amik kat Majalah Rasa tp diubahsuai oleh saya...hehehe. Jom skodeng resepi :)

Bahan2
2 biji peria katak - potong serong, bersih & toskan
1 biji telur
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
4 sudu tepung jagung
Air
Minyak
Garam

Cara2
1. Pecahkan telur, masukkan garam, lada hitam dan kacau sebati.
2. Celupkan peria ke dalam telur, golekan ke dalam tepung.
3. Goreng hingga kekuningan. Makan ketika panas.
*** Boleh juga digunakan utk menggoreng cendawan. 

Nyum nyum

Saturday, November 20, 2010

KUAH DALCA


Ok menu seterusnya Kuah Dalca. Yg ni pun amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal klik jer kat sini ya. Terima Kasih untuk tuan punya resepi. Saya masak cair skt sbb nasi beriani agak kering. Tapi kuah dalca ni kalau sejuk sikit, dia akan bertambah pekat. Apapun jom skodeng resepinya....



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
· 300 gm daging rusuk - saya tukar ayam
· 2 batang lobak merah
· 1 batang terung panjang
· 3 biji ubi kentang - saya guna 4 biji
· 2 biji tomato - x letak
· 100 gm kacang buncis - x letak
· 2 cawan kacang dal
· 8 sudu besar bumbung rempah kari daging - saya guna 2 bungkus kecil
· 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
· 5 cm kulit kayu manis
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· air asam secukupnya - saya guna asam keping
· garam secukupnya
· Minyak untuk menumis

·Bahan untuk dikisar 
· 2 biji bawang besar
· 4 ulas bawang putih
· 3 cm halia

Cara-cara

1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.

2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.

3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.

4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.

5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging



Sodap!

Wednesday, November 3, 2010

KUBIS MASAK LEMAK PUTIH

Salam Rabu....
Skejap jer dah msk bln 11 kan. X lama lagi kita akan meninggalkan thn 2010. Waktu hujung tahun biasanya musim tengkujuh pun sampai. Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu dah pun banjir. Hujan x berhenti2. W'pun hegeri di sebelah Utara banjir, tapi kat Selangor ni panas terik. Waktu cuaca panas mcm ni, biasanya kita lebih suka makanan atau lauk yg berkuah dan x pedas. Memang layannnn
Jom kita layan resepi ni :)

Bahan2
1/4 kubis (sederhan besar dlm 200gm) - potong panjang & nipis
2 keping tauhu - potong 4
2 biji cili merah - hiris kasar
1 biji cili hijau - potong kasar
3 biji bawang kecil - dimayang
Segenggam ikan bilis - bersih & toskan
1/2 biji kelapa - ambil santannya (guna 1 cwn air)
10gm soo hoon
1 cawan air
Garam

Cara;
Masak 1 cawan air hingga didih, masukkan ikan bilis, soo hun & bawang. Biarkan sekejap. Masukkan pula tauhu, cili & kubis. Masukkan pula santan. Perlahankan api & kacau (supaya santan tidak berketul).
Apabila mendidih, perasakan dengan garam, kacau sebentar lagi, barulah ditutup api.
Dah siap..

Sedap hirup kuah waktu panas2 mcm ni :)

Monday, November 1, 2010

BENDI VS SAMBAL BANJAR


Sambungannnn....
Menu mlm tadi gak. Menu yg sihat & sedap. Bendi tu... rebus jer. Buh garam sikit. Jadi x perlu la di letakkan cara2 merebus bendi ya.... Klau x tau rebus bendi, mmmm x tau nak ckp la. Mmm sebut pasal Sambal Banjar nikan, tiba2 teringakat kat org yg mengajar buat sambal ni. Al-Fatihah utk Arwah Hartini binti Mokhtar yg telah kembali ke rahmatullah pada 06.06.2008. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin......Arwah seorang yg x kedekut ilmu utk dikongsikan dgn rakan & saudara.
Suatu sifat terpuji yg patut kita contohi.

Mari kita lihat bahan-bahanya ya...

Bahan2
3 biji cili merah - patahkan
3 biji cili api merah (boleh diabaikan jika x suka pedas)
2 biji bawang kecil
Segenggam ikan bilis - bersih & toskan
Minyak
Garam
Serbuk perasa
Lesung tumbuk (hehehe)

Cara2
Goreng cili, bawang & ikan bilis hingga agak layu. Angkat. Tumbuk kasar. Perasakan dgn garam & serbuk perasa. Siappp.

** Sebelum goreng cili, pastikan di belah dahulu utk mengelakkannya meletup dlm minyak panas.


 Bendi & sambal banjar dikawenkan :)
Close up. Nmpk x cili tu kasar2 skt?

Tuesday, October 26, 2010

SAMBAL PERIA TELUR





Mmm ni ada 1 lagi resepi mudah...Sori ya...tiba2 jer ada ekor harimau terkeluar dari sambal ni :)
Spoil betullll. Apapun jom semak resepi ni yaaa.... Layannn

Bahan2
2 biji peria katak - potong nipis & serong
2 biji telur
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dimayang
3 sudu besar cili kisar (blh digantikan dgn cili api jika suka)
1/2 cawan ikan bilis - basuh & toskan
Garam

Cara2
Ikan bilis di goreng hingga garing. Ketepikan.
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang besar & cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan peria, ikan bilis & telur. Perasakan dgn garam & kacau sebati hinga peria berubah warna sedikit.. Angkat & hidang. Siap :)

Sambal Peria Telur

Tuesday, April 20, 2010

UDANG & BUNCIS MASAK LEMAK CILI API

Ok resepi ke 2 utk arini (kuah tu sbnrnya agak kuning, tp bila publish jadi x lawa lak :(...huhu). Resepi ni pun agak mudah. Jommm kita skodeng ;0)

Bahan2;
20 ekor udang (saiz L)
10 batang kacang buncis
10 biji cili api (blh kurangkan klau x mau pedas)*
1/2 biji kelapa parut (perah dgn 1 cawan air- santan pekat)
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 s/k serbuk kunyit
1 batang serai diketuk
Garam

Cara2;
Bersihkan udang & buncis, ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * dan masak bersama santan cair (santan ke 2) & serai. Masukkan udang & buncis, biarkan seketika. Akhir sekali masukkan
santan pekat, serbuk kunyit & perasakan dgn garam. Biarkan mendidih dgn api sederhana.
Siap dihidang :))






KENTANG DADU BEREMPAH

Salam semua.....
Hehe skejap tengelam skejap timbul..... At last dpt gak update rsepi baru... Resepi ciptaan sendiri. Cepat & mudah nak sediakan...

Bahan2;
2 biji kentang (anggaran 150gm sebiji)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kari
1 sk biji sawi
Segenggam isi ayam atau boleh ditukar dgn makanan laut
Garam

Cara2;
Kentang, bawang putih & bawang merah dikupas & dipotong dadu bersama ayam & cili.
Goreng kentang & ayam hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
Tumis bawang putih, bawang merah & cili hingga layu. Masukkan serbuk kari,
biji sawi, kacau lagi.
Akhir sekali perasakan dgn garam & masukkan kentang & ayam tadi. Dah siap :))

Tuesday, January 19, 2010

PERIA GORENG RANGUP

Ini la sayur kegemaran suami. Kalau masak cara lain mesti tak berusik. Bila goreng, memang licin. Rasa pahit seakan hilang dengan kerangupan tepung. Kalau selama ni peria sayur pilihan terakhir, kini tidak lagi.....

Bahan2
  • 2 biji peria katak (peria biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung rangup (tepung goreng pisang adabi pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air

Cara2
Peria di belah 2 dan dibersihkan bijinya. Potong menyerong & nipis. Campurkan semua tepung, garam & sebuk kunyit. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair . Celupkan peria satu persatu dan goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan.

Monday, July 13, 2009

SAMBAL GORENG JAWA

Resepi ni memang popular di kalangan orang Jawa...... Walaupun aku bukan orang Jawa tapi aku tetap sukakan rasanyaaa. Jom kita cuba;

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
7 biji cili api } jika suka pedas, boleh tambah
1 genggam ikan bilis } lebih pun ok jer
*** Bahan di atas di kisar
60 gm soo hun & tauhu kering ~ rendam & toskan
2 biji kentang
2 keping tauhu
2 keping tempe
*** Potong kecil & goreng hingga kekuningan
Kicap } anggaran 5 sudu, boleh tambah jika suka

Cara2;
~Tumis bahan yang di kisar hingga kekuningan, mskkan sedikit garam. Kacau rata.
~Masukkan soo hun & tauhu kering. Kacau lagi.
~baru mskkan kentang, tauhu & tempe yang telah digoreng tadi.
~Last sekali masukkan kicap & kacau rata. Siap di hidang...

Cuba tau.. mesti jadi punya....
Bye.......... Assalamualaikum!!!

Monday, July 6, 2009

BENDI & UDANG MASAK ASAM

Hari minggu biasanya di gunakan olehku untuk mencuba resepi baru. Pagi2 pergi ke pasar tani yang berhampiran rumah untuk beli barang yang diperlukan.


Tapi x namapak kacang bende la ;(... nampak udang jer (sebab aku mmg penggemar makanan laut).


Ok, sekarang kita kongsi resepi ni ok;
10biji kacang bende
10 ekor udang (saiz M)
3 ulas bawang putih
3biji bawang kecil
1 biji cili merah & hijau - belah 2 & potong 4
Sedikit halia
Sedikit asam jawa, minyak masak & garam
Cara2;
Celur kacang bendi & ketepikan
Bawang putih, bawang kecil & halia ditumbuk & ditumis.
Setelah kekuningan, masukan udang, air asam & garam.
Setelah udang masak, tuangkan ke atas kacang bendi tadi.
Dah siap..... mmm sedapnya.....
OK... selamat mencuba...
Bye................ Assalamualaikum....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...