Sambungan....
Acar kegemaran sekeluarga. Teringat masa kecik2 dulu...klau mak buat nasi minyak, acar timun ni mesti ada. Klau nak cuba, blh la gunakan sukatan di bawah, sbb ia menghasilkan 1 mangkuk kecil sahaja :)
Bahan-bahan:)
1 biji timun - buang biji dan potong 1"
1 biji carrot - buang kulit dan potong 1"
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
2 sb udang kering*
1sb biji sawi
10 biji bawang kecil - pilih yg bulat dan kecil2
5 biji bawang putih - pilih yg kecil
1 biji cili hijau - buang biji dan potong 1"
1 biji cili merah
Minyak
Sedikit air asam
Garam - x perlu letak jika dah cukup masin sbb udang kering dah masin
2 sb cuka - optional
Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga benar2 masak.
3. Masukkan carrot, bawang putih dan bawang kecil. Kacau seketika.
4. Masukkan pula timun, cili besar dan biji sawi.
5. Akhir sekali masukkan air asam, cuka dan perasakan dgn garam.
6. Kacau seketika sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment