Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Monday, June 20, 2011

SEKITAR MAJLIS REUNION @ 05.06.2011 :D

Salam semuaa....
Soli soli... sekejap tengelam sekejap timbul.....hahaha. Keadaan kesihatan x mengizinkan mood saya utk update blog la. Sebagai pemanas badan, kita tengok N3 terakhir saya pasal reunion :) yaaaa. Lepas ni kita masak2 balik ya. Exceli bnyk gak gambar nak upload..tp takut boring lak..hehehe. Gambar2 kat bwh ni pun saya dah crop kan. So.. layan jer la yaa

Ni antara persiapan yg dilakukan sblm majlis.
Kad jemputan, hadiah utk pengetua, no. utk pertukaran hadiah dan susun meja serta kerusi.


Pada "hari bersejarah" tu semua bekas pelajar diwajibkan mengisi borang yg
disediakan.


Senyum sokmo depa semua :). Seronok betul dapat jumpa balik kengkawan lama.


Antara "penyeri" majlis :).  Dah besar anak memasing...


Emcee kita Pn Zuraidah; bacaan doa oleh En Miftahudin; Tuan Pengerusi En Kerolnezam dan
Puan Pengetua Hajah Fauziah memberi ucapan.


Antara hidangan yang disediakan; Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng,
Dalca, Tembikai dan Acar.


Menu yg sempat saya sediakan; Sardine Puff, Red Velvet Cake, Jeli Koktel dan
Nugget. Resepi dah ada ya :)


Hamper utk Lucky Draw, hadiah utk pertukaran dan Tn Pengerusi menyampaikan
sumbangan pada rakan kami.


Antara bekas pelajar lelaki dan perempuan yang hadir.


Sesi bergambar bersama Pn Pengetua :)

***Nota; Sila baca info ikut pusingan jam :)

ALHAMDULILLAH terlaksana juga perancangan kami untuk mengadakan Majlis Reunion ni. Selain dapat bertemu semula kengkawan lama, dapat juga memberi sedikit sumbangan pada pihak sekolah dan kepada kawan kami yg memerlukan bantuan .Walaupun ada kekurangan di sana sini, tp apa yg penting OBJEKTIFnya tercapai. TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dan kepada rakan yg sudi hadir.

Thursday, April 28, 2011

FROM BRUNEI WITH LOVE :)

Assalamualikummmm....
Fuhhhh lamanya x update blog. Itu tandanya lama x masak.... hahahha. Mentang2 bonda tercinta ada kat sini, blk rumah jer, jengok tudung saji :). Teringat zaman skolah dulu :).

Pada 14.04.2011 saya menerima bungkusan dr Brunei. (harap2 Meera x berkecil hati sbb akak ambil masa lama utk update kat blog ni). Sukanya x terkata. TERIMA KASIH banyak2 atas pemberian itu.

Cenderamata dr Brunei :).. sukeeee

Bungkusan tu saya terima dari Siti Ameera. W'pun kitaorang x pernah bersua muka tp ikatan persahabatan terasa erat. Bermula dengan berbalas komen di forum wanita, kemudian chat di YM, selepas tu sama2 mula menulis blog dan berlanjutan hingga ke FB. Kebetulan kami mempunyai hobi yg sama ~ memasak!


Ada juga makanan istimewa dr Brunei...... lagi sukeeee :)

Ameera ni hebat orangnya. W'pun bekerja tapi masih mampu mengambil tempahan membuat kek. Kebetulan moto kami sama "Masaklah dengan kasih sayang, InsyaAllah makanan tu akan sedap"
Amat2 berharap persahabatan ini berkekalan...dan semoga suatu hari nanti dapat saling berbalas kunjungan pula..... InsyaAllah.


TERIMA KASIH AMEERA :)

Friday, April 15, 2011

PERTEMUAN SEMULA SELEPAS 20 THN :)

Wahhhh... lamanya x update blog. Minggu paling sibuk. Bermula dgn kenduri kahwin jiran sebelah rumah, meeting reunion, check up dan operation mata abah dan kelahiran ahli keluarga baru. N3 ni pun saya tulis semasa menunggu abah operate mata dia. N3 kali ni citer pasal pertemuan semula kawan2 sekolah selepas 20 tahun! Seronok! Mmg ada yg dah brubah struktur tubuh dan muka termasuk la saya...hahahha. Kalau dulu pakai siza S, skrg dah tukar L dan XL. Tapi Azie tetap maintain :). W'pun baru 4 org yg hadir, gamatnya sudah terasa. Mesti happening majlis reunion tu nanti. :)

Hanya 4 org yg hadir.
Duduk dari kiri; Jani dan Sepul
Berdiri; Saya dan Azie
W'pun sibuk tetap curi peluang utk buat kek sebagai buah tangan :)
Harap2 kawan2 saya sukakannya. Masa ni proses penyejukan.
Kalau nak cuba resepi ni Kek Gula Hangus ni, klik kat SINI

Ready dah... :) Ada yg masih panas lagi ... hahaha

Sunday, March 6, 2011

TUTTI FRUTTI

 Weekend aritu kitaorang g mkn Yogurt Aiskrim kat Tutti Frutti. Sedap. Tapi harganya agak mahal.
RM 53.00/kg. Ada pelbagai saiz cawan. Tapi saiz yg kecil dah kehabisan stok (x tau lak klau mmg disengajakan) hahaha. Kita perlu pilih sendiri perisa dan topping yg kita suka. Layan gambar jer la ya..
5 cup ni beratnya hampir 2kg :)


Za punyaaa...tokey


Aku punya :)


Ami punya :)


Nizam punya :)


Ani punya :)


Posing dulu sebelum makan :)


Aku dan tokey kecik :)

Apapun selain sedap, aiskrim yogurt ni mmg berkhasiat :). Jgan smpai yg kena "heart attack" masa nak bayar udah leeee.....hahahaha
P/s: Hati-hati masa "press" aiskrim tu ya.... :)

Friday, March 4, 2011

ATV ADVENTURE

Salam semuaaaaa...
Harini nak share xtvt bulanan kitaorang pada 26.02.2011. Kali ni main ATV lak. ATV (All-Terrain Vehicle) ni kira sukan yg agak lasak gak. Dihadkan untuk yg berumur 16 tahun ke atas jer. Mula2 tu takut gak...tapi bila "agak mahir" rasa seronok pulak. Semua penunggang perlu buat latihan di sekeliling opis diorang utk diasingkan mana yg "ok" & mana yg "ko"..hahaha. Klau x berapa mahir, marshall akan bagi "extra guide".  Apa kata kita layan gambar...

Sebelum bermula; kita posing dulu....hahahha
Saya dan kakak


Tunggu giliran nak naik bukit kat depan tu...nampak x?
Masa ni dah berdebar..tengok bukit tu mcm x caya jer blh naik. Tinggi. Licin lak tu...


Yang ni kira jalan yg rata w'pun berlopak..
Selain kena tengok jalan, kita kena tengok gak dahan2 atau buluh yg melintang kat atas.
Nanti x pasal2 dahi lebam lak...


Pusat perhentian yg pertama (yg ke 2 mahal sikit yekk)
20-30 minit utk mandi atau lepak2 jer


Dalam 11 orang, cuma 4 org jer yg mandi :)
Sejukkkk... grrrrrrrr


Sebelum balik, amik gambar lagi with sister :)


Group foto.... mana ilang 2 org lg ni...
Dari kiri; Ct, Aiza, Man, Hessha, Ana, Za, Ayang, Along dan Me


Sempat lagi snap masa tunggu turn nak turun bukit.
Nampak x yg mcm "choke" kat motor tu? Yg tu sebenarnya tempat tekan minyak...


Org lain smua dah balik, kita org x hbis lg bergambar....
Ct, Za, Me dan Linda

Memang best xtvt kali ni. Dapat lak geng 1 kepala...lagila happening. Terima Kasih semua....
Jumpa lagi next xtvt. InsyaAllah :)


Tuesday, January 4, 2011

SUATU PAGI @ TAMAN MAK LONG

Seronokkan duk kat kg...Pagi2 wangi jer bau bunga2 keliling rumah. Udara bersih dan x tercemar. Org sambut tahun baru kat kota tgk bunga api, saya blk kg :). Kat kg kita boleh rilek dan lepaskan tekanan. Suasana sunyi, burung menyanyi-nyanyi, angin bertiup sepoi2 bahasa.....bestnyaaaaa. Pagi2 dah ronda2 kebun bunga Mak Long kat sebelah rumah. Sambil2 tu amik gambar bunga guna kamera digital biasa jer...Kalau yg ada camera canggih tentu gambarnya lebih cantik kan. Jom layan mata...

Ini Pokok Cermin..Mak Long bg tau pokok ni boleh menghalau nyamuk. Daun dia berbau macam esen vanila.

 Close up...Daun dia berbulu mcm baldu :)

 Cantikkk

 Pokok sama tp yg ni bunga hijau

 Spesis keladi


 Pokok Bunga Raya jenis berlapis

 Pokok Bunga Raya berlapis bunga kuning

 Pokok Keladi beropol

 Pokok Rama-Rama

Yg ni bunga & kumbang yg x mandi tengah berposing :)

Monday, January 3, 2011

PAINTBALL

Salam Isnin dan selamat kembali bekerja :)
Harini semuanya bermula... kerja dan sekolah. Harini juga merupakan hari pertama kita semua memulakan tugas di tahun 2011. Sebelum menjadi basi, nak share last xtvt utk tahun 2010 ~ paintball. Kami seramai 8 org menyertainya. Permainan dimulakan setelah marshall selesai  memberi penerangan tentang keselamatan dan cara2 menggunakan peralatan paint ball dan pukul 10:30...... bermulalah "perang" hinggalah pukul 1:30ptg. Permainan ni mmg happening, tapi kalau x ikut peraturan mmg membahayakan. Memang terasa mcm kita kat medan perang. Walaupun penat dan bdan dipenuhi lebam akibat tembakan "musuh" kitaorang tetap puashati :) Jom layan mata dgn gambar yg sempat di "shoot" 


 Peralatan asas; vest, mask, bullet & senapang.

 Tempat pertempuran yang pertama :)

 Saya & kakak - x sangka 1 team :)

 Saya dan salah seorang dr teman sepasukan - Ayang
Siap sedia nak berperang.

 Dan.... perang pun bermula...skodeng musuh yg nak menyerang kubu kitaorang

Selesai....gambar sblm bersurai :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...