Click jer klau ada iklan :)

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

BAULU LEBIH ENAK

Untuk mendapatkan baulu yang lebih enak, masukkan tiga kuntum bunga lawang ke dalam telur yang telah dipukul. Kemudian, bancuh adunan seperti biasa. Cara ini juga mengelakkn baulu daripada berbau hanyir.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, March 26, 2011

PUDING TIDAK MUDAH PECAH

Ketika memasak puding, sebelum agak pekat, masukkan tiga ketul gula batu. Kemudian masak seperti biasa.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Sunday, February 27, 2011

TAUHU TIDAK MASAM

Bagi mengelakkan tauhu daripada berbau masam, bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Kemudian, sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, bilas semula tauhu tersebut.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 26, 2011

BAWANG GORENG LEBIH RANGUP

Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih rangup, selepas bawang kecil dimayang, taburkan sedikit tepung gandum dan garam. Kemudian, goreng seperti biasa. Hasilnya bawang yang digoreng bukan saja rangup tetapi juga kekuningan dan tahan lebih lama.

Sumber ; Majalah Mingguan Wanita

Tuesday, February 22, 2011

ELAK BERAS BERKULAT


Gambar ehsan Cik Google

Beras yg disimpan terlalu lama akan berkulat. Hindarinya dengan memasukkan bawang putih yg tidak dibuang kulit ke dalam bekas beras. Tutup bekas beras dengan rapat.

Sumber; Majalan Mingguan Wanita 

Sunday, February 20, 2011

ELAK PAHIT PERIA

Gambar ikhsan Cik Google

Bagi menghilangkan atau mengurangkan pahit peria, basuh peria yg hendak dimasak terlebih dahulu. Potong sedikit bahagian yg bertangkai dah bahagian berlawanan (potong kedua-dua hujungnya). Selepas itu dirikan tegak dengan bahagian berlawanan tangkai berada di bawah. Biarkan berkeadaan begitu selama 1 jam sebelum dimasak.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 19, 2011

LOBAK PUTIH ATASI KENCING TIDAK LAWAS

Gambar ihsan dr Cik Google :)

Bagi mereka yg mengalami kencing tidak lawas, amalkan lobak putih sebagai sebahagian dari menu harian. Bagi kesan yg lebih efektif, minum air rebusan lobak putih.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Sunday, February 6, 2011

KEJU TAHAN LAMA

Jika anda mengalami kerosakan peti sejuk, cara lain untuk menyimpan keju agar tahan lama adalah dengan membungkus keju dalam sehelai kain bersih yang dilembapkan dgn air garam terlebih dahulu.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Saturday, February 5, 2011

BUNGA CENGKIH KECUTKAN JERAWAT

Bagi mengecutkan jerawat, ambil beberapa tangkai bunga cengkih. Gosokkan di bahagian belakang lesung batu atau permukaan yg kasar. Kemudian titikkan sedikit air dan sapukan di bahagian yg berjerawat. Amalkan setiap malam. InsyaAllah jerawat akan hilang dan tidak meninggalkan parut.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Tuesday, February 1, 2011

CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KEK

Bagi mengatasi masalah kekeringan kek buah, sebaiknya balut kek buah dengan menggunakan kertas minyak ketika masih panas. Ia boleh menambahkan tekstur kek tersebut selain menjadikan rasanya lebih enak, lembut dan mudah dipotong.

Saturday, January 15, 2011

UBAT GIGI HILANGKAN HANYIR IKAN DI TANGAN

Setelah menyiang atau membasuh ikan biasanya tangan anda pasti berbau hanyir. Untuk menghilangkan hanyir ini, lumur tangan anda dengan ubat gigi. Kemudian bilas bersih. Selamat mencuba!

Sumber; Majalah Rapi

Friday, January 7, 2011

DAUN UBI KAYU MEMUTIHKAN NANGKA MUDA

Nangka muda yang direbus untuk dibuat kerabu atau sebagainya akan mengeluarkan getah hitam. Ini menjadikan nangka itu lebam dan tidak cantik. Cara mengatasinya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun ubi kayu ke dalam periuk dan rebuslah bersama nangka muda tadi sehingga empuk. Nangka muda akan bertambah bersih. Cara ini juga memudahkan kita mencuci periuk keran semua getahnya akan terkumpul di tepi.

Sumber; Majalah Mingguan Wanita

Monday, January 3, 2011

PERAHAN LIMAU SEGARKAN TAUGE

Tauge yang kita beli biasanya tidak tahan untuk disimpan semalaman. Namun bagi yang ingin mengekalkan kesegaranya bolehlah mencuba petua ini. Rendam tauge di dalam besen berisi air. Kemudian potong beberapa biji limau kasturi dah perah airnya ke dalam rendaman tadi. Selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. InsyaAllah, tauge akan segar keesokan harinya. Selamat mencuba.

Sumber; Majalah Wanita

Friday, October 15, 2010

PETUA - MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Daun betik terutama pucuknya banyak digunakan untuk tujuan perubatan. Ianya juga enak dijadikan ulam.
Disebabkan rasanya yg agak pahit, maka ianya kurang digemari.
Untuk mengurangkan rasa pahit daun betik, masukkan 3-4 helai daun senduduk ke dalam air rebusan. Biarkan seketika, barulah dikeluarkan daun senduduk itu

Sumber; TV 1 (rancangan apa dah x ingat )

Daun senduduk, buah & bunganya.

Friday, August 13, 2010

PETUA - AIS SEGARKAN TOMATO


Tomato sememangnya mempunyai pelbagai khasiat, namun ia cepat rosak. Bagi mengekalkan kesegaran dan ketahananya, pastikan anda merendam tomato tersebut ke dalam ais bergaram selama setengah jam. Kemudian barulah disimpan.

Sumber; Majalah Rapi

Tuesday, January 19, 2010

PETUA - HILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Papan pemotong yang sudah lama digunakan akan mudah berbau hanyir. Potong limau nipis kepada dua bahagian dan sapukan pada permukaan papan tersebut. Lakukan setiap kali selepas digunakan. Selamat mencuba!!!

Sumber; Majalah Rapi

Tuesday, January 5, 2010

PETUA - HILANGKAN GATAL KELADI

Untuk menghilangkan rasa gatal keladi, masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang ketika masakan sedang mendidih. Cara ini juga akan membuatkan keladi akan mudah lembut dan lazat.
Selamat mencuba!!!

Sumber ; Majalah Wanita

Thursday, November 5, 2009

KENALI HERBA - HEMPEDU BUMI



keterangan:
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

Friday, October 23, 2009

PETUA - HILANGKAN LEMAK AYAM

Basuh ayam menggunakan air bersih, kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air. Selepas itu, bersihkan dengan air semula. Campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak di campurkan sebelum memasaknya.

Sumber; Majalah Wanita

Thursday, August 27, 2009

PETUA - MENGELAKKAN PEDIH MATA

Biasanya mata kita akan berair bila memotong bawang merah dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya ia disebabkan getah bawang telah terpercik ke udara dan memasuki mata kita. Untuk mengelakkanya, pastikan kita memotong bawang menggunakan pisau yang nipis dan sangat tajam. Ini untuk mengelakkan kita "memerah" bawang sewaktu memotongnya.

Sumber; Majalah Rapi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...