Mmmm dah lama x masak ayam sambal. Sekali hadap jer selesai semuanya. Kali ni masak kurang pedas sikit. Sejak kebelakangan ni perut mcm dah x leh tahan dengan makanan pedas..huhuhu.
Kita nengok resepi jommm..
Bahan-bahan :)
1/2 ekor ayam - potong kecil, basuh dan toskan
15 tangkai cili kering* - rebus, basuh dan toskan
1 biji bawang besar* (1/2 dikisar & 1/2 lg dipotong)
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 keping asam
1/4 cawan air
Sedikit daun ketumbar
Garam
Minyak
Cara-cara
1. Lumurkan ayam dgn garam dan goreng hingga kekuningan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, asam, bawang besar dan perasakan dgn garam.
4. Masak hingga kuah pekat.
5. Masukkan ayam dan kacau sebati.
6. Tabur sedikit daun ketumbar utk lebih aroma :)
Jemput makannnn :)
No comments:
Post a Comment