Salam semuaaa...
Waaa sekejap tenggelam, sekejap timbul la. Agak bz sedikit kebelakangan ni dgn preparation utk reunion nti. Banyak benda perlu diselesaikan supaya majlis berjalan lancar. Muffin ni saya buat semasa menghadiri meeting reunion ke 2 di rumah kawan baik saya ~ Ramlah. Pada Ramlahlah saya berkongsi rahsia dari zaman skolah hinggalah sekarang. Kawan yg benar2 memahami, mendengar dikala susah dan senang, suka dan duka. TERIMA KASIH RAMLAH :). Harap2 dia suka dengan muffin ni. Muffin ni kalau ikut sukatan di bawah, boleh dapat dalam 40 biji bergantung pada saiz muffin cup). Bahan- bahan :)
3 cawan tepung gandum3 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
3 sk baking soda
3 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan choc chip
3 sk esen vanila
1 1/2 cawan air panas
Sedikit biji kuaci/badam
Cara-cara;
1. Panaskan oven. Sediakan paper cup.
2. Ayak tepung, baking soda. Ketepikan.
3. Pukul gula dan minyak, mskkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan air panas dan esen vanila.
5. Akhir sekali mskkan tepung yg diayak dan gaul sebati.
6. Masukkan dlm paper cup, tabur choc chip dan biji kuaci.
7. Bakar 30-35 minit atau sehingga masak.
Proses penyejukan...
No comments:
Post a Comment