Click jer klau ada iklan :)

Thursday, December 9, 2010

APAM BERAS

Salam Khamis :)
Syok betul waktu cuti ni kan. Macam2 resepi blh dicuba. Pagi kuih lain, petang kuih lain. Kuih ni salah satu kuih fav. en asben. Buat utk bekpes. Petang pun buat kuih fav. dia gak. Tunggu N3 seterusnya ya.
Resepi ni amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal, korang boleh la klik kat sini ya.
Kali ni buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya Cha utk resepi ni :)

Bahan2

· 2 cwn nasi
· 2 cwn tepung gandum
· 2 cwn tepung beras
· 1 cwn brown sugar
· 3/4 cwn gula
· 2 1/2 cwn air
· 1 sudu kecil yis (mauripan)
· kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam. - saya perap 2 jam jer
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
*** Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan supaya senang dikeluarkan.

Jemput makan :)

1 comment:

  1. Bila tengok apam ni teringat akak masa zaman kanak-kanak dahulu. Resepi yang tidak ketinggalan zaman. Dicicah pula dengan kelapa muda yang dicampur dengan sedikit garam. Sedap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...