Mmmm sekejap jer dah Jumaat kan. Esok cuti lagi :) Harini nak share resepi yg saya ambil kat Majalah Rasa terbaru. Senang jer nak membuatnya. Tapi en asben kurang gemar dgn rasa lemaknya. Dia lebih suka yg bakar atau grill jer. Kalau nak cuba bolehla kurangkan sedikit cili api, sbb terlalu pedas (tengok jnis cili juga).
Sebenarnya resepi ni utk seekor ikan jer, tapi w'pun saya bakar 2 ekor ikan, kuahnya tetap cukup. Kita skodeng yok resepi :)
Bahan-bahan :
1 ekor ikan talapia - bersih dan toskan
10 biji cili api *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2.5cm belacan - dibakar *
5 biji cekur
250ml santan - saya guna 200ml santan kotak
1 biji cili merah - potong serong - sendiri letak
Garam
Cara-cara :
1. Bakar ikan talapia yg telah digaramkan hingga masak/ kekuningan. Ketepikan.
2. Tumbuk/kisar bahan bertanda *.
3. Masukkan bahan kisar, cekur dan santan dalam periuk dan masak dgn api perlahan.
4. Perasakan dgn garam. Masak hingga kuah pekat.
5. Tuangkan kuah atas ikan yg telah dibakar tadi.
Mcm sos spagetti rasanya :)
No comments:
Post a Comment