Salam Isnin buat semuaa..
Sebenarnya menu ni dah lama buat.. tapi camna leh terlupa nak mskkan rsepinya dlm blog ni. Ada beberapa org bertnyakan resepinya esp. ayam tuuuu. Bagi x menghampakan, sya mskkan gak resepinya, w'pun blh dikira agak "basi" huhuhu.... Layan jer la yaaa :)
AYAM BEREMPAH
Bahan2;
1/2 ekor ayam (berat +- 1.5kg) - bersih & toskan
2 s/b sudu serbuk kari ayam
2 s/b sudu cili kisar
3 s/b sudu kicap pekat
1 s/b garam
1 s/b madu
1 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
Cara2
1. Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ayam, gaul rata.
2. Perapkan ayam 2-3 jam sebelum menggoreng.
3. Goreng ayam dengan api sederhana dan ditutup rapat utk memastikan ianya garing diluar, lembut didalam.
4. Angkat & toskan bila ayam dah kekuningan.
NASI AYAM
Bahan2
5 cawan beras - bersih & toskan
5 cawan sup
Garam secukup rasa
Cara2
1. Masukkan sup & beras ke dalam periuk.
2. Masukkan air (ikut sukatan masak nasi)
3. Kacau sebati. Perasakan dengan garam.
SUP AYAM
Bahan2
1/4 ekor ayam - potong kecil, bersih & toskan
2 kiub pati ayam
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji cengkih & halba
10 cawan air
Garam
Cara2
1. Mayang bahan2 bertanda*. Tumiskan rempah tumis bersama bahan yg dimayang tadi hingga kekuningan. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam, kiub pati ayam.
3. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam.
*** Ambil 1/2 (5 cawan) dari sup utk di masukkan ke dalam nasi.
SAMBAL NASI AYAM
Bahan2
5 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1s/b gula
1s/k serbuk perasa
1 keping asam atau 1s/k asam jawa
Air
Garam
Cara2
Kisar semua bahan2. Masak seketika hingga didih/pekat. Perasakan dgn garam.
Bahan2 hiasan;
Daun sup*
Daun bawang*
Bawang goreng
Timun*
Tomato*
*Potong ikut kreativi masing2 :)
Waaaa.. sedapnye kak.. nak2.. hehe..
ReplyDeleteakak mangkuk sup kite same la.. hehe
Cuba la masak..
ReplyDeleteMangkuk free beli ubat gg:)