Click jer klau ada iklan :)

Wednesday, October 14, 2009

JAMUAN RAYA - PART 1

Mmmmm x habis lagi cerita pasal raya... Raya dah pun nak habis... Saja nak kongsi menu yang sempat di jamu untuk tetamu. Jamuan pertama pada hari raya ke 3 - b'day Ami.


Cucuq udang & donut. X sempat nak ambil masa tengah banyak.....Donut tu sebenarnya x berapa jadi... Tapi tetap "clear"... Hehe siap ada yang tapau bawa balik & minta resepi.

Monday, October 5, 2009

MELAKA @ SEBELUM BERTOLAK - PART 1

Sebelum pergi, budak2 ni la yang paling seronok... Nak jalan.. Tengok la Ami, gaya mcm org besar, tapi sayang puting lupa nak buang....
Ini pula aksi Ira dengan skirt kembangnya. Senyum sampai ke telinga......

Bila dah boring tunggu orang bersiap, habis dibukanya kasut & stokin.

MELAKA @ A FAMOSA - PART 2

Tempat pertama dilawati adalah A Famosa.
A Famosa terletak di atas bukit. Kena la naik tangga...... Banyak dah berubah.

Ini gambar "Eye on Malaysia" dari atas A Famosa

Kesian mak & abah.... X larat nak naik tangga. Tapi pasal dah lama x datang ke Melaka, naik juga perlahan2 ke atas.

Asyik ambil gambar orang... Sesekali nak juga bergambar. Sama x muka dengan mak? Macam kembar kan? Masa ni kasut Ami dah kena buka, pasal dah x larat nak kejar. Pantang pakai kasut, nak berlari aje...

MELAKA @ KOTA MERAH - PART 3

Destinasi kedua ialah Kota Merah.

Di Kota Merah memang banyak beca yang cantik. Untuk 1/2 jam upahnya RM 20.00.

Famili foto dengan ular. Nampak x ular tu? Saya pegang ekornya.....


Ni pula gambar kanak2 di taman bunga. Mmm nampak macam Ira ni kakak Ami pula...


Di Kota Merah memang banyak dijual souvenier. Tapi hati2 bila menbeli kerana harga untuk pelancung agak mahal sikit. Kena pandai tawar menawar.


Tengok tu.... Mak saya pun sibuk ber"shopping" juga. Sampai x perasan gambar dia kena ambil oleh "paparazzi"



On the way balik ke parking. Kanak2 keletihan nak berjalan. So bapak2 kena la dukung.


MELAKA @ TAMAN BOTANIC - PART 4

Destinasi terakhir adalah Taman Botanic dekat dengan Taman Buaya.


Kat sini la kita orang makan bekalan yang di bawa dari rumah.



Makan tengahari sedang di hidangkan.



Lepak sekejap. Perut dah kenyang . Bagi nasi turun dulu.....Lepas ni terus balik... Dah penat masing2

Friday, October 2, 2009

HARI RAYA

Taraaaaa... inilah gambar famili kita orang. Serba oren tahun ni. Oleh kerana raya pertama sibuk marhaban 1 kampung, gambar raya ambil pada raya ke enam......Lepas ambil gambar, kami sekeluarga ke Melaka. Jalan2. Nak tau ke mana kita orang jalan, tunggu post seterusnya ya...

AKTIVITI SEBELUM RAYA ~ BAKAR LEMANG

Tahun ni giliran beraya di Johor :) dan menu wajib pastinya lemang. Ni gambar sebelum lemang kena bakar.

Sementara api dinyalakan, kita kena masukkan santan dalam buluh yang sudah di bubuhkan pulut.

Ni la lemang yang hampir masak. Proses membakarnya dalam 4 jam. Letih gak buat lemang ni. Panas pula tu. Api x boleh terlalu besar, nanti lemang berkerak. X sedap.


Ini pula gambar sifu lemang... hehehe. Cik Atai ni memang mahir buat lemang. Bila ramai anak sedara ada tolong, "taiko" rilek la jap.
Tukang ambil gambar (aku la) tugas dia cuma masukkan pulut dalam buluh jer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...