Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, May 11, 2010

POSTO! POSTO! POSTO!

Courier man : Saya nak jumpa Cik Zurayda Mohd Raya... Ada sini x?
Kawan : Ada sekejap ya.. saya panggil.
Tgk je bungkusan tu... dah tau dah...kwan lama masa sekolah rendah di Sabah (Shamsul) menunaikan janji dia nak bagi/blikan aku fridge magnet Australia. Hehehe Terima kasih Sul..

Mintak 1 dapat 2 hehehe....

Tengok tu ..baik x kawan saya...ada extra lagi. Kangaro tu mcm x nak kuar dari kotak tu jer..huhuhu

Semua skali dapat 3... Yeyyyy....Terima Kasih sekali lagi....:))

Dalam dunia serba canggih ni, ada juga kelebihannya. Sebagai contoh, kawan yg dah 20 tahun lebih x jmpa, aku dpt contact balik. Kawan2 sekolah rendah di Sandakan Sabah spt; Shamsul, Rosli & Asmawi aku jmpa balik. Kawan2 di sekolah di Seremban, di Bkt Gambir. Dapt juga tahu perkembangan terkini masing2. Ada yang berjaya, yg sedang2 saja & ada juga yg masih bujang trang tang2..Apa pun memang best dapat jumpa korang semua. Terima Kasih kerana sudi jadi kawan di kala susah & senang.

Monday, May 10, 2010

BIRTHDAY GATHERING

Salam semuaaa.. ni edisi lambat update & lambat celebrate la ni...huhuhu... Semuanya tertangguh sebab kenduri kendara. At last dpt juga gather2 w'pun kurang sorang......Kita org lay park @ Manhattan Fish Market...Ni la antara tetamunya - sorang x dtg psl ada hal (suami ku) & sorang lg tukang amik gambo (akak aku )
Kat sini portion dia besau....so sapa2 yg x kuat mkn baik share je la.. Klau x membazirrrr

Budak kecitt ni mmg sentiasa ada. Kaki gambo mcm bapa dia yg pura2 malu tu....kekeke

Sibuk dengan kartun Ben 10 dia... Ni Ami nyaaa..


Kita orang adik-beradik mmg buat gather2 ni setiap kali besday. Kira ni group Bandor....yg kat kg pun x mau mngalah. Buat jugak tu. Mentang2 la KFC baru buka & latest pizza pun buka kdai. Klau x kedai Siam la tempat gather2 diaorang. Huhuhu...
Anyway Terima Kasih ya pada Ani & Za pasal blanja....:))

Wednesday, May 5, 2010

SAMBAL PETAI CILI API

a Salam semua....
Sambal Petai Cili Api or Sampai Cili Api Petai? Mana2 pun ok kut.... Resepi ni memang femes di kalangan orang Kerinci yg terkenal dgn lauk mereka yg pedas2. Goreng sayur pun buh cili api gak, klau x biasa mkn blh sakit perot jadinya. Mak aku dah lama x buat sambal ni, tapi baru2 ni blk kg dia buat, so blk sini aku buat lg skali. Gian la pulok....Apapun meh kita skodeng resepi ni.

  • Bahan2;
  • 1 cawan ikan bilis yg sudah dibersihkan
  • 20 biji cili api * (blh kurangkan jika x suka pedas)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 papan petai - buang kulit & dibelah 2
  • 1 keping asam / 1 sudu asam jawa
  • Minyak utk menumis
  • Garam
Cara2;
Kisar bahan2 yg bertanda * hingga lumat. Tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak/agak garing. Masukkan ikan bilis, asam & perasakan dgn garam. Kacau. Akhir sekali, mskkan petai, kacau sekejap & angkat. (saya suka petai yg mentah-rangup, blh juga dimasak hingga layu jika suka)
***Resepi asal, ikan bilis terus dimasukkan tanpa digoreng dulu. My version, goreng ikan bilis hingga garing..:)

Tuesday, May 4, 2010

KESAN PENYAKIT MELALUI TAPAK TANGAN

Salam semua....
Hari ni nak berkongsi info yang saya dapat semalam, semasa tunggu suami datang jemput....
Info ni saya dapat dari blog pengedar HPA.... (lupa pula add. dia). Bila cuba buat kat diri sendiri dan rakan2 mmg betul...X rugi mencuba....

Pssst....banyak ke penyakit?

Saturday, May 1, 2010

HADIAH DIRI SENDIRI.. :)

Salam semuaaaa..... Sempena hari lahir ku yang akan tiba esok, mcm biasa.. aku akan beli hadiah untuk diri sendiri...Ya la dari harapkan hadiah dari org lain, blm tentu dpt...

Bercerita pasal hari lahir ni, sewaktu remaja memang waktu di tunggu2. Masa itulah kita akan mendapat hadiah dari yag tersayang... mak & abah aku mmg x pernah lupa hari lahir kami. Semasa kanak2, ckpla sebiji kek kecil, jam, atau kasut baru. Bila meningkat dewasa, mereka menghadiahkan kami barang kemas (dgn pesanan jgn dijual kenangan ini,,,, hahha). Yang pastinya mereka ttp ingat w'pun tanpa hadiah, kmi sekeluarga akan mkn beramai2 ataupun kluar mkn bersama. Yang pastinya keluarga aku akan ingat hari2 yg penting masing2.

Selalunya aku akn bli barangn dihajati selama ini (tgk budget gak). Kadang2 g spa memnjakan diri. Rasanya thn ni smua aku dah miliki kecuali...... x pe la..mgkn rezeki ku belum sampai...tetapi aku masih berusaha dan berharap dan bertawakal. Semoga kesabaran & usaha ku ini akan berbayar akhirnya.

Ada juga kwn ku tnya knapa bazirkan duit utk bli brg yg mahal sedangkan aku blh mendapatkan nya dgn harga yg murah? Ahhh.. biarlah... itulah cara aku memujuk hati aku...huhuhu...
Yang pastinya kali ni aku sambar 3 helai tudung ,,,, :))

Harap ada baju yg sesuai utk majlis beday aku dgn saudara prmpuan ku.....
Jumpa anda di ....... Tungguuuu

Tuesday, April 20, 2010

UDANG & BUNCIS MASAK LEMAK CILI API

Ok resepi ke 2 utk arini (kuah tu sbnrnya agak kuning, tp bila publish jadi x lawa lak :(...huhu). Resepi ni pun agak mudah. Jommm kita skodeng ;0)

Bahan2;
20 ekor udang (saiz L)
10 batang kacang buncis
10 biji cili api (blh kurangkan klau x mau pedas)*
1/2 biji kelapa parut (perah dgn 1 cawan air- santan pekat)
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 s/k serbuk kunyit
1 batang serai diketuk
Garam

Cara2;
Bersihkan udang & buncis, ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * dan masak bersama santan cair (santan ke 2) & serai. Masukkan udang & buncis, biarkan seketika. Akhir sekali masukkan
santan pekat, serbuk kunyit & perasakan dgn garam. Biarkan mendidih dgn api sederhana.
Siap dihidang :))






KENTANG DADU BEREMPAH

Salam semua.....
Hehe skejap tengelam skejap timbul..... At last dpt gak update rsepi baru... Resepi ciptaan sendiri. Cepat & mudah nak sediakan...

Bahan2;
2 biji kentang (anggaran 150gm sebiji)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kari
1 sk biji sawi
Segenggam isi ayam atau boleh ditukar dgn makanan laut
Garam

Cara2;
Kentang, bawang putih & bawang merah dikupas & dipotong dadu bersama ayam & cili.
Goreng kentang & ayam hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
Tumis bawang putih, bawang merah & cili hingga layu. Masukkan serbuk kari,
biji sawi, kacau lagi.
Akhir sekali perasakan dgn garam & masukkan kentang & ayam tadi. Dah siap :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...