Click jer klau ada iklan :)

Friday, January 21, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU

Salam Jumaat...
Syoknya esok dah cuti :). Sebenarnya menu di buat masa cuti tempohari. Kebetulan ada tetamu, jadi buat la lebih sikit selain bagi kat jiran sebelah rumah. Bukan setakat bagi kuih jer tau, resepi pun bg sekali. hahaha....Cucur ni mmg best, x perlu soda bikarbonat dan ianya lemput walapun dah sejuk. Sebelum ni ada buat versi  ikan bilis, kali ni buh Udang Geragau lak dan +- apa yg patut.
Jom layan resepi ni...

Bahan2
2 cawan nasi*

2 cawan air*  diblender..
2 cawan tepung gandum (boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji lobak merah di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
1/2 cawan udang geragau - cuci dan toskan
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, udang geragau, garam dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.

Gebussss

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...