Click jer klau ada iklan :)

Tuesday, November 30, 2010

SAMBAL KENTANG

Salam...
Ok menu hari ni agak ringkas. Sambal ni kan mmg menu wajib utk org Malaysia ni kan, lebih2 lagi org Melayu. Kalau tiap2 hari sambal pun, masih gak x jemu2. Ada sesetengah tempat, sambalnya agak manis dan ada juga yg terlalu pedas. Kalau ikut petua org lama @ mak aku, kita perlu letak gula walaupun sedikit utk seimbangkan rasanya.
Jom kita skodeng resepi ringkas ni.

Bahan2
3 biji kentang - kupas, cuci & potong memanjang
1/2 biji bawang besar - potong bulat
6 s/b cili kisar
4 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 genggan ikan bilis - cuci & toskan
1 keping asam
Minyak
Garam
Gula

Cara2
1. Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar. Ketepikan.
2. Setelah minyak panas, goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
4. Tumis cili kisar hingga masak dgn api sederhana.
5. Masukkan bawang besar, asam, garam  dan gula. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan pula kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi.

Nyum nyum :)

Monday, November 29, 2010

BANANA LOAF

Salam semuaa..
Isnin lagii.... Bagi yg bekerja, Isnin mmg hari yg paling malas. Maklum la hari pertama bekerja selepas 2 hari cuti. Jadi hari ni aku pun macam malas jer nak menulis..hehehe. Kita tengok resepi jer la yaa.

Bahan2

1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan gula perang (blh digantikan dgn gula kastor)
3 biji pisang - di lecek
2 biji telur
1/4 s/k soda bikarbonat*
1/4 s/k baking powder*
Secubit garam
1 sudu minyak jagung

Cara2
Panaskan oven pada suhu 180. Ayak bahan bertanda *, ketepikan. Pukul telur & gula hingga
kembang & likat.
Masukkan telur & gula ke dlm campuran tepung & kacau sebati. Akhir sekali masukkan
garam & pisang yg teleh dilenyek tadi.
Masukkan dlm acuan yg telah di alaskan dgn kertas minyak. Bakar selama 45 - 50 min  atau hingga kek masak ~ bergantung pada oven masing2.

***Kek bersaiz kecil.

Macam roti pisang kan?

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA

Ianya kembali lagi..... join jgn x join. Rugi.... Harap2 apa yg saya buat memenuhi piawaian yg dikehendaki.
Kalau korang nak join, klik jer kat BEN ASHAARI . Rasanya x de blogger lain yg bagi peluang macam ni. Dengan cara ni kita dapat kenal ramai blogger baru. Jadi, jangan lepaskan peluang ni ya...
Ok sekarang nak bagi tau  5 blog yg paling saya suka? Jom skodeng :)

DAPUR TANPA SEMPADAN
Siapa yang x kenal blogger masakan yang terkenal ni. Adnan Ibrahim @ Mat Gebu. Kreativitinya memang x dapat dinafikan lagi. Yang pastinya dia bukan perempuan tapi mengalahkan orang perempuan :) Jangan marah ya Cik Mat.

BEN ASHAARI
Antara blogger yang paling ramai pengikutnya. Banyak memberi peluang kepada bloger2 baru utk mengenali satu sama lain. TERIMA KASIH Ben.

HANA MEMORIES
Seorang lagi blogger masakan. Shamsina @ Hana. Aku suka blog dia sebab susun aturnya sangat kemas. Simple jer. Dia juga banyak memperkenalkan masakan Jepun pada blogger masakan yang lain.

HAPPY HOME BAKING
Ini pun blogger masakan gak. Siti Ameera namanya. Orang Brunei Darussalam. Selain berkongsi resepi
masakan Brunei, Siti juga menjual kek secara online. Sambutan yang diterimanya sungguh mengalakkan. 
Kami saling berkongsi  info masakan yang kitaorg dapat. Sharing is Caring ")

HOME SWEET HOME
Ok last sekali blog Kak Ummi. Blogger masakan gak. Hehe nak wat camna? Kat blog diorang la aku selalu ambil resepi. Kak Ummi ni wanita bekerja mcm aku gak.. tapi rajin dan pandai memasak.

Nampaknya blogger kegemeran aku semua blogger masakan kecuali En Ben. Hehehe.....


Wednesday, November 24, 2010

CHOCOLATE MINT CAKE

Salam Rabu semuaa...
Kek lagi? Nak wat camna.. mmg suka baking. Kali ni buat atas permintaan en suami. Ni salah satu kek fav. dia dan mak. Dah beberapa kali buat kek ni, tp x snap gmbr lak.Tapi kek ni lain sikit cara pembuatanya. Tepung digaul sebati dgn tepung, telur diputar dgn gula. Rasanya mmg mengancam, cuma yg leceh sikit sukatannya pakai gram. Tapi sedap pnya pasal, x kisah. Resepi ni cilok kat rumah Kak Ummi, kat rmh Cik Mat pun ada gak. Kalau nak tengok resepi asal klik kat SINI ya. Jom kita tengok resepi :)

Bahan2 (loyang 8 inci)
· 200 gm tepung naik sendiri
· 230 gm mentega
· 220 gm gula kastor
· 230 gm telor (*akak letak 4 biji saiz B mcam Ummi )
· 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
· 30 gm serbuk koko
· 50 gm susu segar
· beberapa titis pewarna hijau
· beberapa titis esen peppermint

Cara2
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.

Coraknya x berapa cantik laaa....

Tuesday, November 23, 2010

SERONOKNYAAAA CIK MAT SUDI JADI FOLLOWER :)

Assalamulaikum,
Harini aku rasa seronok sangat. Nak tau kenapa? Klau korang tengok gambar kat atas tu pun mesti tau sapa
orang tu. Blogger terhangat di Malaya ~ Che Mat Gebu. Dah lama gak aku jadi follower dia, x sangka bila En Ben buka peluang utk blogger baru, terus aku follow (2 kali beb) dan hari ni mmg x sangka Cik Mat sudi singgah dan jadi follower lagik... (teruja mcm jmpa Keanu Reaves okkk). TERIMA KASIH ya Cik Mat. Kalau korang nak melawat blog Cik Mat  tu dgn klik jer kat SINI mesti korang kagum dgn kreativitinya dalam masakan. Kredit utk Che Mat :)
TERIMA KASIH sekali lagi.

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU


Assalamualikum....
Ah Lan Wa Sah Lan....Jemput masuk blog saya ya. Terima Kasih sudi singgah. Hahaha ni 2nd time buat entry ni. TERIMA KASIH utk Ben sbb bagi peluang ni. Kalau anda berminat nak join gak,  apa kata klik kat BEN ASHAARI dan ikut jer step by step. Memang berbaloiiii.

Monday, November 22, 2010

KEK PANDAN LEMBAP

Salam Isnin semuaaa...
Sekejap jer dah hari Isnin kan. Tapi harini aku cuti. Yeeeha. Mungkin masa korang baca entry ni, aku ada kat KL jalan2 dgn akak aku. Ahakkss. Lama tul x jalan kat KL ni. Waktu org bekerja, baru sesuai nak ke KL ni, sbb org x ramai. Okeyla arini nak kongsi resepi Kek Pandan yg memang menjadi fav. suami aku.
Kalau ikut sukatan ni, dapat 2 kek mcm kat atas tu ya. Jom tengok resepi :)

Bahan2
2 2/3 cawan tepung gandum*
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar (boleh ditukar dengan santan)
2 biji telur
1 s/k baking powder*
1 s/k soda bikarbonat*
1 s/k esen vanila
2 helai daun pandan (boleh gunakan perisa pandan)
Pewarna hijau

Cara2;
1. Panaskan oven pada suhu 180. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ayak bahan bertanda *.
2. Kisar susu/santan bersama daun pandan. Tapis dan ketepikan.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang.
4. Masukkan pula minyak dan pukul lagi.
5. Masukkan susu/santan dan esen.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi. Titiskan sedikit pewarna hijau. Kacau seketika.
7. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit atau hingga masak.

Kek Pandan Lembap

Sunday, November 21, 2010

ROTI JALA

Seronok betul waktu cuti ni. Masak dari pagi sampai petang. Roti jala ni aku makan dengan Sambal Sardin Berhalia. Sedap beb. Resepi aku ambil kat My Resepi. TQ ya tuan punya resepi. Sebelum terlupa, aku x guna acuan roti jala tapi botol sos yg plastik tu. Jadi boleh la buat roti jala 4 segi, senang nak lipat.
Tapi kena buat cepat2 sbb lubangnya satu jer. Ok kita tgk resepi lakk

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna kuning
2 helai daun pandan - utk sapu minyak di kuali

Cara2
1. Kisar semua bahan2 dalam blender hingga sebati.
2. Panaskan kuali gunakan ap sederhana), sapukan minyak & kiraikan roti atas kuali.
3. Terbalikkan apabila tepung sudah nampak agak pucat.
4. Gulung atau lipat ikut kreativiti masing2.

Jemput makan :)

SAMBAL SARDIN BERHALIA

Add caption
Salam semua dan selamat berhujung minggu. Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibubapa yg ambil cuti utk bwa anak2 jalan. Cakap pasal anak2 ni kan, sardin ni kira lauk fav. kebanyakan kanak2.
Kira pembuka selera la, lebih2 lagi kena dgn cara masaknya. Memang layaaannn. Bagi aku x kira berapa banyak yg nak dimasak, aku tetap beli sardin dlm tin yg kecil. Ikanya lebih lembut & tak brapa besar. Sedang elok la klau buh kat pinggan. Apa kata kita tengok resepi :)

Bahan2
2 tin kecil sadin
1 cawan cili kisar
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia - cincang halus
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 tin air (gunakan sukatan tin sardin)
6-10 biji cili api - belah 2 utk extra pedas
1 keping asam keping
Minyak utk menumis
Garam

Bahan2
1. Kisar bahan bertanda * bersama cili kisar.
2. Panaskan minyak, goreng halia hingga keperangan/rangup. Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga masak.
4. Masukkan ikan sardin dan bawang besar.
5. Kacau sebati. Masak hingga kuah pekat. Perasakan dgn garam.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan halia yg digoreng tadi.
7. Dah siap. Sedap makan panas2.

Paling syokk bila kunyah halia :)

Saturday, November 20, 2010

PULUT KUNING

Ok menu terakhir utk Aidiladha. Menu wajib utk famili aku. Maklumla abah aku lahir pada hari Aidiladha. Jadi sejak bayi sampai dah bercucu, memang x leh mis menu ni. Masa banjir 2006 pun mak aku tetap masak pulut kuning ni walaupun sedikit & keadaan dapur yg huru hara.Sbb dah diamanahkan oleh ibu mertuanya semasa baru berkahwin dulu. Jadi w'pun raya kali ni x blk kg, aku tetap buat gak. Rasa lain lak klau x de pulut kuning. Kali ni  aku pakai santan kotak jer. Kelapa dah habis lak aritu w'pun ada 6 kedai yg jual kelapa. Banyaknya kolestrol pada hari raya ni ekk. Eeehh jom kita tgk resepi ....

Bahan2
2 cawan pulut -bersih dan toskan
1 kotak santan
Serbu kunyit
Garam

Cara2
1. Rendam pulut selama 3 jam bersama serbuk kunyit. Toskan.
2. Sediakan pengukus. Biarkan hingga air mendidih.
3. Bancuh santan dengan sedikit garam. Ketepikan.
4. Kukus pulut hingga separuh masak. Keluarkan pulut dan gaul sebati dgn pati santan.
5. Masukkan semula dalam pengukus dan kukus hingga masak. 
***Pulut boleh tahan hingga 3 hari jika ikut kaedah ini. InsyaAllah.

Pulut akan nampak berkilat, jika cukup santanya :)

ACAR RAMPAI


Ok kita g ke menu ke 4 ok. Menu yg sesuai utk Nasi Beriani, Nasi Minyak, Nasi Dagang dan mcm2 jnis nasi lg. Kali ni buat 1 besen besar pasal buatkan utk org sebelah rumah sekali :). Menu raya sama beb...hehe. Siap bwa blik & simpan smua resepi yg buat utk raya aritu. Bagus betul jiran aku niii
Jom tengok resepi mudah nie,

Bahan2
1 biji nenas - sederhana besar
2 biji timun
2 biji carrot
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
Garam
Gula
Serbuk perasa
*Kalau suka blh letakkan sedikit cuka & sos cili

Cara2
Potong semua bahan2 ikut kreativiti masing2.
Gaul sebati. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa.
Dah siapp.

Nyum Nyum :)

KUAH DALCA


Ok menu seterusnya Kuah Dalca. Yg ni pun amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal klik jer kat sini ya. Terima Kasih untuk tuan punya resepi. Saya masak cair skt sbb nasi beriani agak kering. Tapi kuah dalca ni kalau sejuk sikit, dia akan bertambah pekat. Apapun jom skodeng resepinya....



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
· 300 gm daging rusuk - saya tukar ayam
· 2 batang lobak merah
· 1 batang terung panjang
· 3 biji ubi kentang - saya guna 4 biji
· 2 biji tomato - x letak
· 100 gm kacang buncis - x letak
· 2 cawan kacang dal
· 8 sudu besar bumbung rempah kari daging - saya guna 2 bungkus kecil
· 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
· 5 cm kulit kayu manis
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· air asam secukupnya - saya guna asam keping
· garam secukupnya
· Minyak untuk menumis

·Bahan untuk dikisar 
· 2 biji bawang besar
· 4 ulas bawang putih
· 3 cm halia

Cara-cara

1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.

2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.

3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.

4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.

5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging



Sodap!

Friday, November 19, 2010

KERUTUK DAGING

Menu ke 2 ni pun saya ambik kat My Resepi. Klik kat sini kalau nak tengok resepi asal ya. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan ( 5 orang )
· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk
· 2 sudu cili giling
· 1/2 biji bawang besar
· 3 cawan santan pekat
· 2 sudu besar kicap pekat
· 1/2 keping gula melaka/manisan
· 2 sudu besar kerisik

· [bahan tumis]
· 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih
· 1 batang kulit kayu manis
· 2 kuntum bunga lawang
· 3 kuntum bunga cengkih
· 3 biji buah pelaga
· 3 sudu besar minyak

Cara-cara
1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. - saya potong lebar & nipis
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang.
*Kalau suka berkuah, boleh buat cair sedikit ya.

Sedap :)

NASI BERIANI


Salam.....
Minggu ni saya akan update menu Aidiladha. Tapi x larat nak buat sekaligus, jadi mana yg sempat saya akan update ya. Resepi nasi ni saya ambil dari My Resepi. CMG pnya resepi. Kalau nak tgk resepi yg asal klik jer kat sini. Minta izin C & P jer ya Cik Mat :)
Jom tgk resepi...

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

· 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
· 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
· 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
· 3 biji bawang besar, dihiris halus - utk dibuat bawang goreng
· 5 ulas bawang merah*
· 5 ulas bawang putih*
· 2 inci halia*(*dikisar halus)
· 1 batang kayu manis
· 1 kuntum bunga lawang
· 5 kuntum bunga cengkih
· 4 biji buah pelaga
· 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
· Segenggam daun ketumbar
· Segenggam bawang goreng
· 1/2 cawan gajus - saya x letak - x de
· 1/2 cawan kismis
· Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas (safron) - saya x letak - x de
· 1 kiub ayam maggi
· Garan secukup rasa
· Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.

2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.

3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.

4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.

5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2



Sedap dan ringkas :)

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA


Assalamualaikum.....
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada semua....
Pada yg pulang ke kampung halaman ; pandu berhati-hati ya...

Tuesday, November 16, 2010

NASI AYAM BEREMPAH

Salam Isnin buat semuaa..
Sebenarnya menu ni dah lama buat.. tapi camna leh terlupa nak mskkan rsepinya dlm blog ni. Ada beberapa org bertnyakan resepinya esp. ayam tuuuu. Bagi x menghampakan, sya mskkan gak resepinya, w'pun blh dikira agak "basi" huhuhu.... Layan jer la yaaa :)

AYAM BEREMPAH
Bahan2;
1/2 ekor ayam (berat +- 1.5kg) - bersih & toskan
2 s/b sudu serbuk kari ayam
2 s/b sudu cili kisar
3 s/b sudu kicap pekat
1 s/b garam
1 s/b madu
1 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk

Cara2
1. Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ayam, gaul rata.
2. Perapkan ayam 2-3 jam sebelum menggoreng.
3. Goreng ayam dengan api sederhana dan ditutup rapat utk memastikan ianya garing diluar, lembut didalam.
4. Angkat & toskan bila ayam dah kekuningan.


NASI AYAM
Bahan2
5 cawan beras - bersih & toskan
5 cawan sup
Garam secukup rasa

Cara2
1. Masukkan sup  & beras ke dalam periuk.
2. Masukkan air (ikut sukatan masak nasi)
3. Kacau sebati. Perasakan dengan garam.


SUP AYAM
Bahan2
1/4 ekor ayam - potong kecil, bersih & toskan
2 kiub pati ayam
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji cengkih & halba
10 cawan air
Garam

Cara2
1. Mayang bahan2 bertanda*.  Tumiskan rempah tumis bersama bahan yg dimayang tadi hingga kekuningan. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam, kiub pati ayam.
3. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam.
*** Ambil 1/2 (5 cawan) dari sup utk di masukkan ke dalam nasi.

SAMBAL NASI AYAM
Bahan2
5 biji cili besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1s/b gula
1s/k serbuk perasa
1 keping asam atau 1s/k asam jawa
Air
Garam

Cara2
Kisar semua bahan2. Masak seketika hingga didih/pekat. Perasakan dgn garam.

Bahan2 hiasan;
Daun sup*
Daun bawang*
Bawang goreng
Timun*
Tomato*
*Potong ikut kreativi masing2 :)

Monday, November 15, 2010

AYAM MASAK KICAP

Salam....
Harini nak kongsi resepi fav. aku tapi bukat fav. suami aku.. huhuhu..
Senang disediakan, sedap rasanya. Jom skodeng bahan2 :)

Bahan2
1/2 ekor ayam - bersih & toskan
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b lada hitam*
1 inci halia*
1/2 cwan kicap
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji cili merah - belah 2
Minyak

Cara2
1. Goreng ayam hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda*. Tumis hingga naik bau/masak. Masukkan kicap.
3.Masukkan bawang, cili hijau & merah. Masak hingga layu.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

Makan time :)

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Salam perkenalan buat blogger baru or yg x berapa baru.....hehehe..
Harap sudi bertukar pandangan dan persahabatan (jadi follower) ya..... I folloowwwww.
Terima Kasih buat Ben atas inisiatif ini.
"Sharing is Caring" :)

Saturday, November 13, 2010

KELEBIHAN HARI MENGIKUT ISLAM

Salam dan selamat bercuti pada semua (yg cuti ari Sabtu jer). Haaaa sambil cuti2 tu blh la baca info ni. Saya ambik kat blog kwn saya (Siti Ameera) yg kat nun jauh di Brunei. Nak tgk blog dia blh la klik sini. Siti ni baker online yg terkenal kat Brunei.
Apapun jom layan info ni ya....

Hari Isnin
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilaporkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul   huwallahu ahad”

Hari Selasa

1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu

1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat…Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari…hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah…barulah kita dapat gambaran sepenuhnya…alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya…bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam…zaman pemerintahan nabi-nabi…

InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar…yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini.

Friday, November 12, 2010

PARSLY ~ GOOD FOR YOUR KIDNEY


Info ni kita dapat dari email. Jom share  :)

CLEAN YOUR KIDNEYS WITH LESS THAN $1.00

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments.

How are we going to do this?

It is very easy, first take a bunch of parsley and wash it clean

Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.

Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able to notice the difference which you never felt before.

Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

Tuesday, November 9, 2010

UBI REBUS VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Salam Selasa.....
Harini nak kongsi menu sarapan pagi tadi. Aku mmg suka menu ni walaupun agak old fashion :)
Lagi lak klau makan waktu hujan2. Memang mabeles :) Exceli ubi ni mak aku tapaukan masa blk kg tempohari. Masak sekejap jer dah empuk. Lembut dan gebusss.
Oklah jom semak resepi,

UBI REBUS ~ my style

Bahan2
Ubi (dlm 3kg) - kupas kulit dan potong bulat
1/2 cawan minyak
3 cawan air - sukatan ni utk ubi yg cepat empuk
2 s/b garam

Cara2
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan garam
3. Masukkan ubi dan air. Kacau sebati.
4. Masukkan ubi dan tutup.
5. Masak hingga ubi empuk/merekah.

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2
1 cawan ikan bilis - bersih dan toskan
2 cawan cili kisar *
5 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar - potong bulat
1 keping asam keping - blh ditukar dgn 1 s/k asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara2
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi.


Jom makan..

Saturday, November 6, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

ALHAMDULILLAH......
Hari ini genap11 tahun yang penuh warna-warni, suka-duka, hilai-tawa, sedu-hiba semuanya dapat diharungi dgn penuh tabah. Semoga tahun2 yg mendatang akan dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yg ramai, diberikan kesihatan yg baik,dipanjangkan umur, ditetapkan hati utk saling mengasihi serta diberikan kekuatan utk menempuhi dugaan dan cabaran mendatang.
Aminnnnn.......

Friday, November 5, 2010

KEK YOGURT

Salam Jumaat & selamat bercuti semuaa :)
Exceli ni pun salah satu buah tangan utk bwa blk kg. Resepi ni ambil kat All Receipes. Kalau nak tengok resepi asal klik kat sini. Rasanya 1st time dapat tekstur yg sungguh lembut. Mmg saya akan mencubanya lagi tapi dgn sedikit perubahan supaya kek x mudah pecah. Hari ni malas la nak menulis. So, ahkak C&P jer la ya.. Korang pandai2 la ya.... Nanti 2nd time akak buat versi Melayu lak :)


Ingredients
· 1 cup margarine, softened
· 2 cups white sugar
· 3 eggs
· 1 teaspoon lemon extract - akak guna sunquick jer
· 2 1/4 cups all-purpose flour
· 1/2 teaspoon baking soda
· 1/2 teaspoon salt
· 1 (8 ounce) container lemon flavored yogurt - (+- 250gm)

Directions
1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour a 10 inch bundt pan. Sift together the flour, baking soda and salt. Set aside.

2. In a large bowl, cream together the margarine and sugar until light and fluffy. Beat in the eggs one at a time, then stir in the lemon extract. Alternately beat in the flour mixture and the yogurt, mixing just until incorporated.

3. Pour batter into a 10 inch Bundt pan. Bake in the preheated oven for 60 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Allow to cool 10 minutes in the pan, then turn out onto a wire rack and cool completely.


 Ni la akibatnya x sabar. Lain kali tunggu sejuk baru telangkupkan ya.....
 Posing dr sblh tepi :)
Cuba perhaikan teksturnya. Memang halusss

Thursday, November 4, 2010

BAHULU ROS


Salam Khamis....
Malam tadi baking 1 biji bahulu & 1 biji kek utk bwa blk kg. Buah tangan la katakan. Bahulu ni rasanya manis sikit. Caranya amat  mudah. Tapi akan dicuba sekali lagi pada masa akan datang. Macam x puas hati jer. Bila dah sejuk, agak keras sedikit. Kalau kawan2 nak cuba gak blh la tmbah sedikit baking powder ya.
Resepi asal dr rumah kak Ummi Zahidi .
Jom tengok resepi :)

Bahan2
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir (blh kurangkan- agak manis)
1 sk esen ros
1 3/4 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah

Cara2
1. Pukul telur & gula hingga kembang.
2. Masukkan esen ros.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
4. Masukkan dalam loyang berukuran 20" yg telah disapu dgn minyak.
5. Titiskan pewarna merah & corakkan menggunakan chopstick.
6. Masak pada suhu 180 selama +- 1 jam.

utk jiran sebelah :)

Wednesday, November 3, 2010

KEMBONG MASAK LADA HITAM


Hari ni mcm malas nak menulis. Kita terus ke resepi ke jer la ya.....

Bahan2
5 ekor ikan kembong - bersih & toskan
6 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 s/b lada hitam*
5 biji cili api* - optional
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b kicap masin
Minyak
Garam

Cara2
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak & goreng ikan hingga kekuningan/garing. Ketepikan.
3. Tumis pula bahan yg dikisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula kicap, bawang besar & cili besar. Kacau sebentar.
5. Perasakan dgn garam & angkat.

Sedappp tapi pedassss

KUBIS MASAK LEMAK PUTIH

Salam Rabu....
Skejap jer dah msk bln 11 kan. X lama lagi kita akan meninggalkan thn 2010. Waktu hujung tahun biasanya musim tengkujuh pun sampai. Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu dah pun banjir. Hujan x berhenti2. W'pun hegeri di sebelah Utara banjir, tapi kat Selangor ni panas terik. Waktu cuaca panas mcm ni, biasanya kita lebih suka makanan atau lauk yg berkuah dan x pedas. Memang layannnn
Jom kita layan resepi ni :)

Bahan2
1/4 kubis (sederhan besar dlm 200gm) - potong panjang & nipis
2 keping tauhu - potong 4
2 biji cili merah - hiris kasar
1 biji cili hijau - potong kasar
3 biji bawang kecil - dimayang
Segenggam ikan bilis - bersih & toskan
1/2 biji kelapa - ambil santannya (guna 1 cwn air)
10gm soo hoon
1 cawan air
Garam

Cara;
Masak 1 cawan air hingga didih, masukkan ikan bilis, soo hun & bawang. Biarkan sekejap. Masukkan pula tauhu, cili & kubis. Masukkan pula santan. Perlahankan api & kacau (supaya santan tidak berketul).
Apabila mendidih, perasakan dengan garam, kacau sebentar lagi, barulah ditutup api.
Dah siap..

Sedap hirup kuah waktu panas2 mcm ni :)

Tuesday, November 2, 2010

MOIST CHOCOLATE MUFFIN

Choc lagi......
Saya cuka coklat :). Bila buat kek coklat, kna buat kek pisang/pandan utk cik abang yg x suka coklat.
Hahaha.....X kan nak mkn sensorang, msti ada regu baru la syokkk :). Exceli resepi ni resepi kek coklat,
tapi kali ni buat muffin lak. Ubah selara.....

Bahan2;

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1 sk baking soda
1 biji telur
1/2 cawan butter
1/2 cawan susu segar
1 sk esen vanila
1/2 cawan air panas

Cara2;
1; Panaskan oven. Mskkan paper cup dlm mould (klau guna yg nipis).
2; Ayak tepung, baking soda. Ketepikan.
3; Pukul gula & butter, mskkan telur & pukul lagi.
4; Masukkan air panas & esen vanila.
5; Akhir sekali mskkan tepung yg diayak & gaul sebati.
6; Masukkan dlm loyang dan bakar 15-20 min.
7; Siappp.

Muffin ni tetap lembut w'pun diletakkan dlm peti sejuk :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...