Click jer klau ada iklan :)

Friday, June 10, 2011

JELI KOKTEL BERKUAH

Masih dgn menu masa reunion :). Semasa majlis tempohari, ada beberapa rakan saya memberitahu mereka merupakan silent reader kat blog ni dan selalu juga mencuba resepi2 yg ada kat sini. TERIMA KASIH. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya utk selalau update blog ni dari masa ke semasa. Ok resepi Jeli Koktel ni saya amik kat My Resepi . Resepi asal oleh Aziemas. Terima Kasih ya utk resepi ni :).. dan utk majlis tu saya telah gandakan kpd 3 sukatannya.

Bahan-bahan untuk puding
(saya x buat -saya gantikan dgn Jelly Buah-buahan) 

1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
5 cawan air
1 cawan santan - jgn terlalu pekat

Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air masak ( gunakan tin susu )
1/2 cawan gula @ sesuai manis

Hiasan
Buah-buahan dalam tin
Nata de coco
Jelly Buah-buahan - klik di sini utk resepi

Cara-cara 1.
Untuk Puding
1. Masukkan semua bahan gaul sebati
2. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat.
3. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
 
Untuk Kuah
1. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
2. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
3. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
 
Cara Penyediaan
1. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk.
2. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
3. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
4. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais.
(sya bekukan 1 sukatan (buat 3 sukatan) hingga keras utk dimasukkan ke dlm kuah keesokan harinya. Hasilnya ~ rasanya tetap maintain dan sejuk ) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...