Click jer klau ada iklan :)

Friday, December 31, 2010

KEK PANDAN KELAPA

Salam..
Harini kita berada di penghujung tahun 2010. Esok dah masuk tahun 2011. Malam ni tentu ramai yg bercadang bawa keluarga ke pertunjukan bunga api. Korang percaya x klau saya ckp saya x pernah menyertai sambutan tahun baru. X suka keadaan yg bersesak-sesak. Tengok dari rumah pun dah ok dan x kurang meriahnya. Dapat tengok percikan bunga api dari IKEA, The Curve dan One Utama. Konsert, tengok jer kat TV :).
OK kita balik pasal makanan lak ya. Resepi asal oleh Marjina @ My Resepi. Klik kat sini ya klau nak tengok resepi asal dan review dari rakan yg lain. Kek ni sedap. Ada rasa lemak2 kelapa. Tapi klau tengok pada bahan2 dia lebih kurang sama dgn resepi Muffin Pandan Kelapa yg saya amik di rmh CIk Mat. Apapun layan jerla resepi ni ya..

Bahan2

· 125 gm mentega
· 140 gm gula kastor
· 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
· 2 biji telur gred A
· 1/2 cawan susu segar
· 1 sudu besar pes pandan
· 1 sudu kecil esen vanila
· 1/2 cawan kelapa kering

Cara2
1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.

3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.

4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.

5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.

 Posing sblm kena sembelih..hahaha
Posing lagik...

Thursday, December 30, 2010

PUDING ROTI PELANGI

Salam....
Mmm cantikan warna puding tu. Meriah betul. Saya buat puding ni pun atas permintaan acik sebelah rumah :). Tolong hbiskan roti dia yg nak expired tu.Excelikan ni resepi Puding Roti yg telah diedit. Kalau korang tengok resepi asal, klik kat sini yeaaa. Jom kita skodeng resepi :)

Bahan2

· 5 keping roti
· 2 biji telur
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 tin susu cair (170ml)
· 10gram serbuk agar2
· 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
· 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
· 4 cawan air
. 3 pewarna pilihan (lebih pun ok)
Cara-cara
1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Tambah pewarna pilihan dan sudukan ke acuan secara berselang-seli.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...

Ini jer yg tinggal, selebihnya kat rmh sblh :)

Wednesday, December 29, 2010

DAGING GORENG THAI


Salam...
Hahaha ini resepi ke 3 yg saya cuba dalam buku Masakan Thai.  Sedap. Ala2 daging goreng kunyit tapi ada rasa sedikit masam & manis. Jom tengok resepi :)

Bahan2
200gm daging
1 batang serai - diketuk
10 helai daun purut – saya gunakan 3 helai saja
3 biji cili api – dipotong serong
1 labu bawang besar – potong bulat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun ketumbar
3 sudu besar minyak masak
1 sudu the gula
Garam
Air secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak. Goreng ½ biji bawang besar bersama daging. Masak hingga separuh masak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, cili api dan goring hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam.
4. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Tambahkan air jika perlu.
5. Apabila hampir kering, masukkan daun ketumbar dan lebihan bawang besar tadi. Kacau rata sebelum diangkat dan dihidangkan.
 
Jemput makan :)

Tuesday, December 28, 2010

KARIPAP INTI KELEDEK


Salam Selasa...
Masih lagi dlam mood bercuti... Ada 1 ari jer nak abiskan lagi. Harini nak share resepi yg sesuai dibuat sarapan atau minum petang. Kalau ikut resepi asal dapat dalam 20 biji, tp saya dapat 16 biji jer. Mgkn saiz beso sgt kutt. Mmmm lagi 1 nak bagi tau, klau ikut sukatan inti ni, mcm  bnyk sgt. Rasanya doublekan adunan tepung baru blh hbiskan semua inti (atau mgkn keledek sya beso). Apa pun jom kita tengok resepi yg saya amik kat My Resepi dan resepi asal oleh Hana.

Bahan2
 · 250g tepung gandum
· 2 sudu besar marjerin - panaskan
· 2 sudu besar minyak masak - panaskan
· garam skit
· air

· INTI
· 5 biji keledek
· 2 sudu besar kari ayam/daging
· 1 biji bwg besar
· 2 ulas bwg putih
. 1 sudu besar udang kering - sendiri letak
. 2 tangkai daun sup - sendiri letak
. 1 tangkai daun kari - sendiri letal
· garam
· air

Cara2
1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.

3. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari,daun kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering. Akhir sekali mskkan daun sup.

4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

5. Kalau nak tengok cara klim karipap klik jer kat sini yaa. Saya tekan dgn garfu jerk :)
Boleh juga trus disimpan jd frozen food.

Karipap tengah posing :)

Monday, December 27, 2010

KEK PISANG GEBU


Salam...
Kek pisang lagiiiii... Permintaan dari suami. Kali ni guna resepi dari rumah ros@jintanmanis. Terima Kasih Ros. Memang sdap dan mudah disediakan. Gebu dan lembap. W'pun merekah x berap cantik, tp yg penting kek ni mmg sdap. Thumbs up! Kalu nak tengok resepi asal klik jer kat sini. Jom tengok resepi :)

Bahan2
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek - saya gunakan pisang berangan
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Cara2
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Mabeles :)

Sunday, December 26, 2010

BLACKCURRANT MUFFIN

Salam dan selamat pagi :)
Sebenarnya nama resepi asal adalah Raspberry Muffin, tapi memandangkan x de stok raspberry, saya gantikan dgn blackcurrant. Cara membuatnya amat mudah. Cuma mengunakan whisk dan sukatanya menggunakan cawan. Resepi amik kat blog Cik Mat . Terima Kasih ya Mat. Akak C&P sekali ya. Jom tengok resepi mudah ni :)

Bahan2

2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)*
1 camca teh baking powder (yang ni sendiri letak)*(*gaul rata dan diayak) - saya x letak
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak sayur (saya guna minyak jagung mcm Mat)
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan Raspberry

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan oven pada suhu 200C. Sementara itu, satukan telur, susu cair, minyak jagung, gula perang dan esen vanilla dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati.

2.Masukkan tepung dan kacau pantas dengan spatula hingga rata, masukkan raspberry gaul dan isi 3/4 penuh dalam muffin cup atau paper yang dialas dalam acuan muffin.

3.Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 180C dan bakar 20 - 25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2..-saya x hias pun.



Abah favourite :)

Saturday, December 25, 2010

TAUHU BAKAR



Selamat berhujung minggu :)
Mungkin masa anda baca N3, saya dah ada kat kg :). Hahaha... Bestnya balik kg :). Pernah makan tauhu bakar? Sedapkan. Resepi ni baru cuba hujung mngu lpas. Resepi ni amik kat My Resepi. Tq utk Che Iza utk resepi ni. Klik kat sini utk tengok resepi asal.

Bahan2
4 kpg tahu
100 gm taugeh
1/2 btg timun
1/2 biji sengkuang - x letak sya gantikan dgn carot
* 3 sb lada boh / lada giling
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
1 sb bijan digoreng tanpa minyak - x letak
kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara2
 1.Tahu bakar hingga masak dan ketepikan. - saya goreng
2.Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
3.Potong kecil2 atau baji sengkuang (carot) dan timun
 4.Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5.Potong tahu kecil2 - saya potong 2 jer, letak taugeh sengkuang (carot) dan timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
6.Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur..  
Siap :)

Friday, December 24, 2010

KEK KURMA


Salam Jumaat....
Sekejap jer dah nak weeken lagi. Dah hujung tahun ni ramai yg amik peluang bercuti dan shopping. Maklum la rmai yg dah dpt bonus. Seronokkan dapat bonus. Boleh la beli barang yg kita impikan selama ni. Bonus ni umpama durian runtuh buat pekerja. Maklum la setahun bekerja, tentu la kita nakkan imbuhan selain dari gaji setiap bulan. Ada sesetengah co. bagi smpai 8 bulan bonus pun ada tau. Blh buat umrah dgn duit bonus tu kan. Blh makan kurma yg dipetik sendiri kalau kat Mekah :). Ckp pasal kurma nikan, baru2 ni saya ada mencuba resepi kek kurma yg saya ambil kat My Resepi. Senang jer nak buat. Tapi bagi saya teksturnya agak kering. Apapun terima kasih pada tuan punya resepi ya. Klik kat sini ya utk tengok resepi asal. Jom kita layan resepi kek kurma ni :)

Bahan2
 1 cawan kurma - buang biji
 1 cawan gula pasir
 4 biji telur
 2 cawan tepung gandum
 3/4 cawan minyak masak
 1 sudu kecil soda bikarbonat
 1 sudu kecil baking powder
 1 sudu kecil esen vanila

Cara2
1. Blender telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma. - sya cuma gunakan whisk jer
2. Dalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder
3. Masukkan bahan yg di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
4. Masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
5. Bakar pada suhu 150 darjah hingga masak...lebih kurang 50 minit kot.
    - saya bakar selama 45 min dgn suhu 180


Sedap :)

Thursday, December 23, 2010

KERABU NENAS


Salam Khamis :)
Ini adalah resepi ke 2 yg saya cuba dalam buku Masakan Thai. Saya memang peminat kerabu. Kerabu ni kan selain sedap dan senang disediakan, ia juga banyak khasiat dan vitamin. Semuanya disediakan dalam keadaan segar. Banyak lagi resepi kerabu yg belum saya cuba. InsyaAllah saya akan update kat blog ni bila saya dah mencubanya nanti. Apapun jom kita tengok resepi

Bahan2
¼ biji nenas – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
½ biji bawang besar – potong nipis
4 kacang panjang – potong halus
1 tangkai daun ketumbar – potong halus
1 batang serai – potong nipis
4 biji cili api – potong nipis
1 biji cili merah – potong nipis
2 biji limau nipis – ambil jusnya (saya gunakan 1 biji saja)
Garam
Gula

Cara2
1.Gaulkan semua bahan ke dalam satu bekas.
2. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
3. Perahkan jus limau nipis dan gaul sebati
***Hidangkan terus utk mengelakkan nenas berair.
***Enak juga diletakan dlm peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Sedapnyaaaa

Wednesday, December 22, 2010

BIHUN GORENG TOMYAM

Salam semua...
Harini nak share resepi yg mudah lagi....Campak jer apa yg ada kat dapur tu.. Kebetulan ada tetamu, buat la lebih sikit. Jom kita skodeng resepi ni :)

Bahan2
1 bungkus bihun - rendam hingga lembut dan toskan
8 s/b cili kisar*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 peket perencah tomyam
15 ekor udang - bersih dan toskan
3 pokok sawi - potong 1 inci
1 mangkuk tauge
2 keping tauhu - potong 12
Garam
Minyak

Cara2
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan perencah tomyam, tauhu dan udang. Kacau rata.
4. Perasakan dgn garam.
5. Akhir sekali masukkan tauge dan sawi. Kacau sebati sebelum diangkat.


Masam2 pedas rasanya :)

Tuesday, December 21, 2010

MUFFIN PANDAN KELAPA

Huhu ni kes ketinggalan bas la ni... Camna la resepi ni leh terabai. Masa ni amik gambar pun pkai hp jer. Jadi kualitinya agak kureng sikit. Tapi resepi ni x kureng, memang sedap. Ada rasa lemak2. Resepi asal oleh Cik Mat . Kalau buat utk sukatan ni, dapat la dalam 18 biji utk cup kecil mcm dalam gambar. Jom skodeng resepi :)

Bahan2

125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur



Cara2
1.Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.

2.Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.

3.Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS

Salam..
Hari ni malas nak menulis. Jom kita tengok resepi jer la. Resepi amik kat Ros-Jintan manis. Terima Kasih ya Ros atas resepi ni. Minta izin C&P sekali :). Kalau nak tengok resepi asal klik kat sini yaaa. Tapi Ros pnya versi cantik la sikit. X la rentung mcm saya pnya huhuhu.Excelikan yg terbakar tu mayonis yg terkumpul. Apapun ayam ni mmg sedap. X rugi mencuba...

Bahan2
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rosemary - sendiri letak
sedikit lada sulah

Cara2
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam (saya perap semalaman), bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu - tp jgn smpai rentung mcm saya..hahaha)


W'pun rentung, ko tetap sedap Cik Yam

Monday, December 20, 2010

PUDING ROTI MARBLE

Salam....
Puding lagi....hahaha. Excelikan resepi ni edit dari resepi Agar2 Roti sblm ni. Cuma kali ni rasanya lebih sedap sbb ada serbuk koko. Tapi yg dulu tu namanya Agar2 Roti tp yg ni namanya Puding Roti Marble. Tapi apapun mmg sedap. Resepi amik kat My Resepi gak & resepi asal pun oleh Hana. Klik jer kat sini kalau nak tengok komen dari org yg dah mencubanya. Jom skodeng resepi :)

Bahan2
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin -cairkan
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
 1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
 2.Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4.Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
5.Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah membeku.
6.Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!  
Yg ni versi loyang - kena potong dulu ...

SIAKAP 3 RASA

Salam Isnin...
Kerja ke arini? Kesian..hahaha... Harini saya cuti lagi...masih dlm proses menghabiskan cuti tahun :) Haaa inilah masakan yg saya cuba dari buku Masakan Thai. Buat khas utk En Asben berbuka pose. Sangat berpuas hati dgn hasilnya. Saya pun x tau masakan 3 rasa ni ada berapa versi, sbb pernah mkn di restoran Thai di D'sara Utama, kuahnya warna putih jernih dan likat. Tapi versi yg ni, ala2 masam manis pun ada. Cuma ia x terlalu masam. Apapun jom kita semak resepi :)

Bahan2
1 ekor ikan siakap - sederhana besar (dlm 500-700gm) -bersihkan
100 gm nenas - potong dadu
1/2 batang timun - potong dadu - sya potong panjang
2 biji tomato - potong dadu - sya belah 16
1/2 batang lobak - sendiri letak
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap masin
1 tangkai daun ketumbar
40gm cili kering*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Minyak
Garam 
Gula
Serbuk kunyit

Cara2
1. Perapkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit selama 15 min.
2. Goreng ikan hingga garing dlm minyak yg panas yang banyak. Angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dlam kuali dan tumis bahan kisar yg bertanda *. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato dan kicap masin.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga kuah agak pekat.
6. Masukkan pula nenas, tomato,timun, lobak dan bawang besar.
7. Kacau seketika sebelum diangkat.
8. Tuang kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar yg telah dipotong tadi.
*** Sayuran boleh dipotong mengikut kreativiti masing2.

Bismillah...

Sunday, December 19, 2010

BUKU MASAKAN

Selamat berhujung minggu :)
Saja nak kongsi tentang buku masakan yg baru dibeli. Weekend mngu lps, lepas pekena Briyani Gam Kambing, jalan2 kat kedai buku. Kononya nak cari buku resepi nasi briyani gam sbb mcm dah addict dgn briyani ni. Mmg sedap btul (sya mkn d JM Briyani). Mkn nasi jer pun dah sedap, lagila klau dgn lauknya.
Ehhh balik pasal buku ya..... dah x dpt nak cari buku resepi briyani, beli la 3 buku di atas yg saya berkenan.
PANDUAN ASAS MENGHIAS KEK, MASAKAN BRUNEI & MASAKAN THAI.

Semua buku tu tunjukkan step by step cara-caranya. Senang difahami. Memang berbaloi dgn harganya. Kualiti kertas pun sangat baik. Baru jer cuba 1 resepi "Siakap 3 rasa". Sedap :). Nanti sya akan update N3 seterusnya. Tunggu yaaa....


Saturday, December 18, 2010

ROTI TELUR BERKEJU

Selamat pagi semuaaa...
Dah sarapan? Klau belum, apa kata cuba resepi mudah dan berkhasiat ni. Senang dan sedap. Sesuai utk kanak2 dan juga org dewasa. Resepi amik kat My Resepi. Klau nak tengok resepi asal oleh Hana, klik kat sini yaaa. Jom tengok resepi :)

Bahan2
4 keping roti

1 biji telur
2 keping cheese
2 sudu minyak msk

Cara2
1.Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
2.Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Belah dua.Buat lagi sampai abis.
3.Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Kuali biasa pun ok. Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
4.Dah siap...mkn sewaktu masih panas 
Sedap :)

Friday, December 17, 2010

AGAR-AGAR ROTI

Salam...
Tiba2 jer teringin nak mkn puding. So lps google.. dpt la resepi ni kat My Resepi. Resepi asal oleh Hana. Kalau nak tengok komen2 dari yg dah cuba, klik jer kat sini yaaa. Mudah jer membuatnya. X caya jom tengok resepi ;)

Bahan2

· 4 keping roti  - saya guna 5 keping
· 2 biji telur
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 tin susu cair (170ml)
· 8gram serbuk agar2 - saya guna 10gram
· 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
· 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
· 31/2 cawan air - saya guna 4 cawan

Cara-cara
1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...


Jemput makan :)

TEPUNG DAN PENGUNAANYA

Salam Jumaat...
Syoknya Jumaat.. esok cuti :). Ok hari ni nak kongsi info tentang jenis2 tepun yg biasa kita dengar dan gunakan. Selain dari ini, bnyk lagi jenis tepung yg ada di pasaran. Info ni dapat kat blog kawan baik saya di Brunei. Kalau nak tengok blog Siti klik kat sini yaaa.

1. Tepung Serbaguna

Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum biasa kerana lebih mudah didapati.

2. Tepung Berprotien Tinggi
Tepung berprotien tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya yang tinggi, maka ia lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. Tepung Berprotien Rendah
Ia sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. Tepung Gandum
Banyak terdapat dipasaran secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung Naik Sendiri
Juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta soda bikarbonat. Tepung jenis ini banyak dijual dipasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250 gm tepung gandum dengan satu sudu makan rata serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

6. Tepung Kek
Tidak banyak beza dengan tepung superfine. Anda akan mendapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu ayakkan tepung gandum sebanyak 3 kali.

7. Tepung Kastard
Selain mewangikan, tepung ini akan membuat tekstur kek menjadi lebih padat.

Thursday, December 16, 2010

HARI ASYURA

Info dapat dari Wikipedia...

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.


Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.

2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

4. Allah menjadikan 'Arasy.

5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

7. Nabi Adam a.s. dicipta.

8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar  larangan Allah.

9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

18.Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
 
Kalau nak lebih detail sila ke SINI yaaa.

PUFF DAGING

Salam Khamis
OK seperti dijanjikan, resepi yg menggunakan Daging Goreng Bawang. Tapi kali ni saya dah edit sedikit dgn memasukkan 2 biji kentang yg dipotong dadu ke dalam daging. Jom kita tengok resepi ni. Resepi asal adalah resepi Apple Puff amik kat blog Hana tapi kali ni aku guna inti daging. Jom tengok resepi :)

Bahan2
Puff pastri secukupnya
1 biji telur
Inti daging secukupnya

Cara2
1.  Ambil sekeping pastry. Bentukkan ikut bentuk yg dikehendaki. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur sekeliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.

2. Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.

3. Sejukkan di atas redai.

TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP ~ tip berguna dr Hana

· Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.

· Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.

· Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan@keemasan.

· Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.

· Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!

· Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.

· Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.


Inti daging yg telah di edit
Tp aku pnya x berapa naik la... :(

Wednesday, December 15, 2010

DAGING GORENG BAWANG

Salam Rabu....
Musim cuti sekolah ni kan, msti bnyk dapat jemputan kahwin kan? Lebih2 lagi hujung minggu. Kadang2 tu smpai x terkejar masa nak memenuhi undangan. Kalau di sebelah Johor, setiap tetamu pasti dibekalkan nasi dan lauk utk dibawa pulang. Itu istimewanya kenduri di Johor dan x terdapat kat negeri lain. Resepi kali ni ada kena mengena dgn lauk kenduri. Kalau dah banyak sgt lauk, tentu kita pun naik jemu dok perangat kan?
Apa kata kita ubah jadi satu lauk yg baru. Resepi ni mak saya dpt dr jiran masa duk di Jln Kuching dulu. Kan tentera dpt bnyk lauk dlm tin, jadi bila buat mcm ni , baru layan :)

Bahan2
1 mangkuk daging/ayam - disiat2 (mcm nak buat serunding)
2 biji bawang besar
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang hingga layu.
3. Masukkan daging yg telah disiat tadi. (kuah x diperlukan) 
4. Masak dgn api perlahan hingga kering. Perasakan dgn garam.
***Resepi ni sesuai utk daging/ayam yg dimasak kari, beriani dan kurma sahaja.
***Jika mengunakan ayam, asingkan tulangnya.

Tunggu N3 seterusnya utk ketahui apa yg blh dibuat dgn resepi ini selain dimkn dgn nasi putih.

Tuesday, December 14, 2010

TAUGE UDANG KERING

Salam Selasa...
Tauge? Dulu saya memang x suka tauge. Tapi disebabkan khasiatnya utk org mcm saya, maka dipaksakan diri utk makan. Lama kelamaan dapat la membiasakan diri. Sebenarnya resepi ni saya agak jer tau, sbb selalu makan kat Kelana Seafood dulu. Kira rasanya hampir2 sama. Klau berani cuba la :)

Bahan2
1 mangkuk tauge - bersih dan toskan
2 keping tauhu - potong 9
1 genggam udang kering - rendam seketika
3 batang kucai
2 sudu kicap cair
1 biji cili merah - potong serong
2 biji bawang kecil - dimayang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air - optional (jika suka berkuah)
Garam
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak, goreng udang kering hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili. Kacau seketika.
3. Masukkan pula tauhu, daun kucai, tauge dan kiap cair.
4. Masukkan air jika perlu. Perasakan dengan garam.
5. Angkat dan taburkan udang kering yg telah digoreng tadi.

Jemput makan :)

Monday, December 13, 2010

CUCUR NASI IKAN BILIS


Selamat bekerja pada yg bekerja dan selamat bercuti pada yg bercuti mcm aku...hahhaa.
Klau tengok gmbr tu, jgn ingat saya nak ikut jejak langkah Mat Gebu ya. Set tu sebenarnya lucky draw yg saya dapat masa dinner tempohari. Sebelum kena simpan dalam almari, baik kasi posing dulu.
Resepi kali ni kan, memang berguna kalau kita ada baki nasi yg x habis. Kira x membazir la.
Resepi ni amik kat blog Hana. Klau nak tengok resepi asal klik jer kat sini. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan

1 cwn nasi*
1 cwn air* * diblender..
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji kentang di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera
Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.


Sedapnya :)

Sunday, December 12, 2010

AYAM GORENG PAPRIKA


Hari Ahad :)  Esok dah keja kan... Nasib baik saya cuti. Boleh bermalas-malasan lagi. Resepi ni dah lama terperuk kat dalam Majalah Rasa keluaran khas Hari Ibu. Cuma baru2 ni berkesempatan nak cuba resepi yg memikat hati. Kalau ikutkan resepi asal, ayam tu kena perap semalaman, tp sya cuma perap 4 jam jer.
Mabeles gak rasanya. Cuma tepungnya agak keras bila siap digoreng. Jom tengok resepi :)

Bahan2
4 potong ayam - bersih & toskan
240gm tepung jagung - saya guna 3 sudu besar jer
3 ulas bawang putih - dicincang
1 s/k serbuk paprika
1 sudu makan minyak bijan - saya gantikan dgn minyak jagung
1 s/k lada hitam - tumbuk kasar
Garam
Minyak

Cara2
1. Masukkan lada hitam, garam, serbuk paprika dan bawang putih ke dalam mangkuk ayam.
2. Masukkan pula minyak bijan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula tepung jagung. Gaul rata. Perap semalaman.
4. Goreng ayam hingga masak/ kekuningan.
***Gunakan api sederhana dan tutup kuali utk mendapatkan ayam goreng yg garing di luar tapi lembut di dalam :)



Cuba ya :)

Saturday, December 11, 2010

PERIA GORENG RANGUP - RESEPI II

Selamat berhujung minggu :)
Buntu fikirkan nak masak apa di hujung minggu? Apa kata cuba resepi ni. Mudah & sedap. Excelikan sebelum ni ada N3 resepi yg sama tapi bahanya berlainan sedeikit. Kalau nak tengok resepi yg dulu klik kat sini. Resepi kali ni amik kat Majalah Rasa tp diubahsuai oleh saya...hehehe. Jom skodeng resepi :)

Bahan2
2 biji peria katak - potong serong, bersih & toskan
1 biji telur
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
4 sudu tepung jagung
Air
Minyak
Garam

Cara2
1. Pecahkan telur, masukkan garam, lada hitam dan kacau sebati.
2. Celupkan peria ke dalam telur, golekan ke dalam tepung.
3. Goreng hingga kekuningan. Makan ketika panas.
*** Boleh juga digunakan utk menggoreng cendawan. 

Nyum nyum

Friday, December 10, 2010

PUTERI AYU

Salam Jumaat...
Sekejap jer dah nak cuti balik. Kali ni nak kongsi resepi kuih fav. en asben lagi :).Kuih ni buat minum petang masa cuti tempohari. Rasanya sedap. Tapi x tahu di mana silapnya, dia x berapa gebu la. En Asben srh cuba lagi. Resepi ni pun amik kat My Resepi. Klik jer utk tengok resepi asal. Saya cuma buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya utk Tuan pnya resepi :)


Bahan2
· 4 cawan tepong gandum
· 1 1/2 cawan gula caster
· 3 biji telor
· 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air ) - saya guna santan kotak
· 1 sudu makan ovelette
· 1 sudu makan baking powder
· 1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
· 1 biji kelapa parut putih sahaja
· 2 sudu teh garam
· 1 sudu makan tepong ubi - saya guna tepung gandum jer

Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.  - saya kukus 15 min.

Jamu mata jer la yaaa...

Thursday, December 9, 2010

APAM BERAS

Salam Khamis :)
Syok betul waktu cuti ni kan. Macam2 resepi blh dicuba. Pagi kuih lain, petang kuih lain. Kuih ni salah satu kuih fav. en asben. Buat utk bekpes. Petang pun buat kuih fav. dia gak. Tunggu N3 seterusnya ya.
Resepi ni amik kat My Resepi. Kalau nak tengok resepi asal, korang boleh la klik kat sini ya.
Kali ni buat 1/2 adunan dari resepi di bawah. Terima Kasih ya Cha utk resepi ni :)

Bahan2

· 2 cwn nasi
· 2 cwn tepung gandum
· 2 cwn tepung beras
· 1 cwn brown sugar
· 3/4 cwn gula
· 2 1/2 cwn air
· 1 sudu kecil yis (mauripan)
· kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam. - saya perap 2 jam jer
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
*** Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan supaya senang dikeluarkan.

Jemput makan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...